Bab 11: Maggi telur

883 39 0
                                    


Aku dan Cahaya berdiri menekur lantai di belakang bonda yang sedang menikmati pemandangan malam di balkoni biliknya. Aku tahu perkara ini akan terjadi.

Bonda sebenarnya tak setuju dengan cadangan kami untuk meletakkan Hamidah di sini. Memberikan alasan kerana diri itu teraniaya bagi bonda itu sama sekali tak berkesan baginya.

" Kalau nak ikutkan perasaan kasihan, lagi elok kita angkut semua ibu tunggal bawa ke sini," Perli bonda lembut. Tiada nada yang menyakitkan hati terkeluar. Itulah cara bonda. Lembut tapi berbisa.

" Maaf, bonda. Kalau bukan sebab Hamidah tu kawan Cahaya, Ahnaf tak nak kisah pun. Cahaya yang nak tolong kawannya. Lagipun anaknya Khairul tu pelajar madrasah Ahnaf. Takkan Ahnaf nak biarkan anak tu terumbang-ambing? Ahnaf kesian pada dia, bonda." Jelas aku tenang. Aku mendekati bonda seraya mengusap bahunya. Aku harap pujukanku termakan.

Cahaya di sebelah aku pandang. Kami bertukar pandangan. Nampak seperti Cahaya risau. Risau kalau bonda bersikap dingin terhadapnya hanya kerana dia membuat keputusan yang semberono.

" Lepastu? Kes penceraian mereka macam mana pula?"

" Siang tadi kami dah singgah ke syarikat guaman kawan papa. Dia boleh tolong dengan harga yang berpatutan untuk Hamidah bayar. Kalau surat dari mahkamah tiba kes akan mula dibicarakan. Kalau menang, bayaran tu akan diberikan kepada dia. Insha Allah dengan izin Allah hak Hamidah dan anak-anaknya akan terbela. Kalau bekas suami dia yang gila tu tak buat hal tak datang mahkamah mungkin sebulan kes ni akan selesai." Jelas Cahaya lancar.

Kedengaran bonda mengeluh. Dia menghadap kami lalu tangannya mengusap wajah kami berdua. " Bonda sayang Cahaya sama macam Ahnaf sayangkan Cahaya. Tapi nak letakkan orang asing bersama bonda ni, bonda tak selesa sebenarnya."

" Maafkan Cahaya, bonda. Kalau bonda rasa kehadiran dia di sini menganggu bonda sebagai tetamu, sekurang-kurangnya bagilah dia bekerja di sini. Jadi pengasuh Armani pun tak apa. Bonda pun boleh tengok-tengokkan," Pujuk Cahaya lagi.

Kelihatan bonda seperti berfikir-fikir. Menantunya pun sekarang tengah mengandung. Nak menjaga Armani ni perlukan kudrat yang banyak.

" 3 bulan je, bonda. Lepastu dia akan bekerja di kedai kami dan pindah berdekatan sana," Tambah Cahaya lagi.

Bonda memberikan satu pandangan pasrah. " Hmm ye lah. Untuk menantu kesayangan bonda ni, bonda izinkan. Tapi! Bonda tak nak perkara yang tak diingini terjadi. Lagi-lagi Ahnaf kena jaga tingkahlaku!"

Kami tersentak mendengar teguran bonda. Kami masih tak dapat bayangan daripada pesanan bonda. Apa kena mengena aku dengan masalah Hamidah pula?

Kami sama-sama turun ke bawah. Hamidah yang masih di sofa ruang tamu sedang melayan Khairul yang membuat kerja sekolah.

" Kau duduk lah di sini sampai kau selamat bersalin. Habis pantang kau kerja dengan aku. Tak banyak aku boleh bantu tapi nanti aku akan carikan kau rumah sewa yang murah," Ujar Cahaya. Hamidah memeluk Cahaya seraya mengucapkan terima kasih.

" Terima kasih juga, ustaz." Dia memandang ke arah aku dengan senyuman kesyukuran. Aku hanya senyum nipis.

" Terima kasih, ustaz sebab tolong umi dan Khairul. Khairul janji Khairul akan belajar rajin-rajin. Dapat gaji besar dan belikan rumah besar macam rumah ustaz ni untuk umi," Khairul datang memeluk kakiku.

" Khairul, ustaz tak tolong banyak pun. Yang banyak tolong umi, Aunty Cahaya,"

" Terima kasih, aunty. Khairul janji Khairul tak nakal. Khairul akan jaga umi dan adik yang akan lahir nanti. Khairul nak jadi lelaki macam ustaz. Ustaz hebat,"

Lah kita pula dipujinya. Malu pula kita.

" Sama-sama, Khairul. Jangan susahkan umi di sini. Be a good gentleman okay?" Cahaya membalas dengan senyuman lebar.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now