Bab 32: Comeback

747 28 1
                                    


P.O.V. Ahnaf

Kami memandang separuh Mansion yang berjaya dijilat api itu. Bomba datang lambat kerana berlakunya kemalangan yang amat dasyat di sepanjang laluan ke sini.

Seperti kemalangan itu dirancang oleh sesetengah individu.

Bonda yang diselubungi selimut tebal pemberian anggota bomba tersebut aku dekati. Ahli keluarga yang lain turut selamat dengan menggunakan laluan rahsi kecemasan jika berlaku kes sebegini.

Kazar, Chaira dan anak-anaknya elok sahaja melepak di gazebo sambil bergurau sakan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mentang-mentang lah perkara macamni bagi mereka benda biasa sahaja untuk dilalui.

Konon kata tak adventure. Cibai ah.

" Bonda tak apa-apa ke?" Tanya aku lembut. Bonda tersenyum kecil menandakan yang dia ok. Mendengar penjelasan daripada bomba tadi punca api bermula di dapur kerana saluran dari tong gas bocor dan mungkin anak buah kami yang merokok menyalakan api berhampiran dengan kawasan tersebut mengakibatkan tong itu meletup.

" Syukur alhamdulillah, bonda selamat," Aku memeluk bonda erat.

" Macam mana boleh jadi macamni? Bonda yakin ini kerja Bashir?"

Bonda tidak menjawab malah memandang ke arah pegawai polis berpangkat inspektor sedang berjalan ke arah kami.

" Encik Ahnaf Hadi? Anak kepada Puan Amberlee ya?" Aku memandang ke arah tag namanya. Rifhan.

" Ya saya. Saya daripada rumah mak mertua tadi. Cepat-cepat datang ke sini lepas tahu rumah terbakar. Boleh saya nak tahu lebih lanjut tentang kes ni hanya kemalangan semata-mata atau ada orang cuba nak cari pasal?" Aku beriak serius.

Insp. Rifhan memandang tepat ke arah wajahku. " Encik ni ada musuh ke?" Straight forward betul soalan.

" Musuh tu mestilah ada. Tipulah kalau manusia dalam dunia ni cakap tak ada musuh. Kebanyakannya musuh dalam selimut lah kita jumpa. Tapi kenapa tuan tanya macamtu?"

" Kalau ada keterangan yang lebih lanjut boleh berjumpa dengan pegawai bawahan saya di sana tu,"

" Eh. Saya nak tahu pasal kes ni ada orang sabotaj ke tak," Aku semakin panas apabila inspektor ni cuba untuk mengelak menjawab pertanyaan aku.

" Macamni... Kami dapat satu mesej berbaur ancaman yang ditulis pada dinding dengan menggunakan darah yang kami syak adalah darah manusia. Pihak forensik sedang mengenalpasti darah itu kepunyaan siapa. Kami ada jumpa juga kesan pecah masuk di bilik utama rumah agam yang paling besar. Kalau dibandingkan dengan kesemua bilik yang ada, hanya bilik utama sahaja yang disentuh berdasarkan CCTV yang kami dapat daripada encik Kazar,"

Aku terasa bagaikan darah terus menyerbu ke otak. Sudah tiba waktu untuk kami menghabiskan Bashir. Aku menoleh ke arah tiga lutong tadi yang sedang memerhatikan kerja-kerja pihak berkuasa dengan riak wajah yang dingin.

Aku pasti dalam kepala mereka memikirkan perkara yang sama sepertiku.

Aku tak risau kalau pihak polis nak selongkar tempat ni kerana semua barang terlarang kepunyaan yang lain telah disorokkan di beberapa tempat yang ada pintu rahsia. Bilik penyeksaan yang ada turut boleh berubah menjadi bilik tidur normal menggunakan teknologi canggih yang atuk pinta dalam membangunkan Mansion tersebut.

" Apa mesej yang ditinggalkan?"

" Tak panjang. Hanya ayat 'I tricked you, Beast,' yang kami dapat baca di sebalik dinding yang sudah hitam hampir dimamah api itu. Benda ni dah melibatkan jenayah besar jadi kalau encik tak keberatan untuk memberi keterangan tentang dalang yang encik rasa encik syaki, encik boleh beri berjumpa dengan pegawai sana." Jawab Insp. Rifhan panjang lebar.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now