Bab 9: Gaduh

1K 44 0
                                    

" Nanti kami akan hubungi encik sekali lagi jika ada sebarang urusan lain," Kata anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Polis yang terdekat. Aku hanya mengangguk lalu Cahaya membawa aku keluar dengan segera untuk pergi ke hospital. Badrul yang telah ditangkap polis atas kesalahan mencederakan dengan niat nak membunuh kami pandang dengan lirikan mata yang tajam.

Hampir nak terberanak Cahaya bila melihat kejadian genting tadi.

" Ini kerja kau bila aku tak ada ya, Midah??!" Suara garau yang bergema di ruang tamu membuatkan kami berdua menoleh pantas.

Lelaki dengan figura yang besar, bengis dan kelihatan sedikit serabai kerana tidak menjaga hygiene diri melangkah masuk dengan beg baju di tangan.

" Apa pula ni, abang?"

" Jangan buat sial kau ya?! Kau dah mula nak main kayu tiga di belakang aku pula?!" Tempik Badrul. Aku terlepas ketawa sinis. Kelakar betullah mamat di hadapannya ini. Dia curang dia tak fikir pula perasaan bini dia. Apa yang dia nampak sekarang tu lah dia nak mengungkit.

" Apa yang kau ketawa kan?! Dah tak ada perempuan lain kau nak cari sampai bini orang pun kau nak rembat??"

" Aku tak ada masa lah nak rembat bini orang. Masa aku ni cuma cari duit untuk kesenangan keluarga je. Kau pula? Dari mana? Kerja ke atau kerjakan skandal?" Perli aku dan serentak itu telinga lelaki itu menjadi merah kerana menahan marah.

Memang ramai tak tahu lagi mulut aku macam mana bila berurusan dengan manusia kurang ajar seperti Badrul. Hanya Cahaya dan bonda sahaja pernah nampak perilaku aku serupa gengster celup bila berhadapan dengan mereka yang mencari pasal. Jiwa berontak dan kepala batu masih tersisa lagi dalam diri. Jangan fikir Ahnaf Hadi akan diam seperti orang bodoh kena ludah di muka.

" Kurang ajar kau! Datang ke rumah orang buat maksiat dengan bini orang. Lepastu kau nak mengajar aku pula?!" Badrul datang menghampiri lalu dilayangkan satu penumbuk. Dengan berbekalkan ilmu pertahanan diri yang aku belajar daripada Walid, aku terus menepis tumbukannya dan menjauhkan diri. Kalau boleh aku tak nak membalas apa-apa jika tidak mahu terlibat dengan pergaduhan ini di mata polis.

" Mentang-mentang aku ni dah tak berduit mula lah kau cari lelaki kaya lain, Midah?? Kau ni memang layak kena pijak dengan aku. Entah-entah anak dalam perut tu bukan anak aku!"

Aku beristighfar. Sudah-sudah lah kau ni buat dosa besar memfitnah isteri kau dengan tuduhan berat sebegitu. Apa bukti kau yang dia berzina? Kau mana ada saksi. Lagipun kau yang cari perempuan lain. Janganlah sebab perangai kau tu kau jadi paranoid kata bini kau pun buat benda yang sama.

" Abang ni cakap macam orang tak ada iman! Sejak bila pula saya keluar dari rumah ni untuk cari jantan?! Bukan ke abang yang haramkan saya keluar daripada rumah selain daripada ambil Khairul di sekolah?! Abang tu yang selalu tinggalkan saya dan anak di rumah bersendirian! Jangan nak tuduh saya macam-macam!" Bentak Hamidah pula. Mungkin dia dah tak tahan bila dituduh sedemikian rupa.

Lagilah mengamuk Badrul dibuatnya bila Hamidah mula berani melawan kata. " Dah pandai bersuara kau ya?! Kau ingat sikit kebodohan kau yang tak nak teruskan belajar sebab miskin, fikir dulu siapa yang kutip kau nak jadikan bini! Aku ni!"

" Jadi apa motif kau sebenarnya ni, Badrul? Apa yang membuatkan kau berhak nak buat sesuka hati kau pada Hamidah? Dia babu kau ke ha?" Cahaya keluar daripada tandas selepas membuang air besar. Dari dalam sana dia boleh dengar tempikan Badrul sehingga tak senang duduk dia di dalam sana.

Badrul seperti tersentak melihat Cahaya yang keluar dari entan mana di hadapan mata. Kalau ikut kisah cerita mereka, Cahaya ni memang manusia yang digeruni di sekolah dahulu. Siapa yang berani nak melawan budak paling disukai oleh pihak sekolah? Dengan pencapaian kokurikulum yang cemerlang, memang menjadi anak emas cikgu di sekolah.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now