Aku memandang ke arah Cahaya dengan sebuah wajah yang kepastian. Cahaya mengangguk menyuruh aku teruskan.Aku melutut ke lantai menyamai paras kami. " A-anak abah... Cahaya Armani." Aku panggil dia dengan senyuman di wajah. Armani masih belum mahu melihat wajahku. Aku tersenyum pilu melihat anak sendiri tak mahu tengok wajah abahnya lagi.
" Pujuk lagi, abang."
" Armani, meh sayang kat abah. Abah rindu kamu..." Aku mengetap bibir bila mengenangkan anak sendiri takut dengan kewujudan bapanya.
" A-Armani, abah tahu Armani marah sangat dengan abah. Abah minta maaf, sayang... A-abah salah sebab buat kamu menangis... Abah jahat kan? Abah patut lindungi kamu... Abah yang patut sayangkan kamu lebih daripada orang lain... Sebab abah lelaki cinta pertama kamu... kan?"
Perlahan aku menjatuhkan tangan apabila melihat Armani tak berganjak daripada belakang langsir. Wajahku kendur dari senyuman.
" Tak apa lah, abang. Bagi dia masa. Dia masih tak faham," Pujuk Cahaya. Aku hanya mengangguk akur.
Bonda hanya melihat kami dengan pandangan sebak. Air matanya dari tadi asyik tumpah melihat kesungguhan aku memujuk Armani.
" Abang dah kehilangan satu-satunya puteri kesayangan abang... Abang tak boleh nak maafkan diri sendiri, sayang..." Aku terus memeluk Cahaya. Dia mengusap belakang aku mengusirkan kesedihan yang membelenggu.
" Insha Allah nanti lembutlah hati dia. Abang kena sabar tau. Armani anak kita yang baik. Dia takkan marah lama-lama." Ujar Cahaya sedikit melegakan hati aku.
Kami perlahan bergerak keluar daripada bilik bonda. Mungkin lepasni bonda boleh cuba nasib dalam memujuknya.
Seketika kakiku seperti dilanggar seseorang. Kami serentak pandang ke bawah. Tubuh kecil itu sedang elok memeluk kakiku erat tanpa lepas.
" Abah..." Dia mendongak bersama lelehen air mata.
" Alhamdulillah... anak abah!" Aku pantas memeluknya erat.
" Abah, takmo marah-marah Armani..." Pinta dia dalam kesebakan. Tangannya elok mengusap dadaku supaya diredakan kemarahan dalam diri.
" Tak! Abah takkan marah Armani lagi. Armani anak ibu abah yang solehah... Terima kasih sebab maafkan abah, sayang... Abah tak nak kehilangan kamu lagi... Abah tak nak kehilangan kamu semua lagi..." Aku memeluk Cahaya sekali ke dalam pelukan.
" Allah, terima kasih untuk peluang kedua ni, Ya Allah..."
" Alhamdulillah... Ahnaf, bonda bangga dengan kamu..." Bonda mencium dahiku dengan penuh rasa syukur.
" Bonda, Ahnaf minta maaf kalau Ahnaf bertindak derhaka dengan bonda... Ahnaf tahu Ahnaf dah banyak susahkan bonda selama ni... Terima kasih sebab masih tak berputus asa dengan Ahnaf selama bonda membesarkan Ahnaf..." Aku mencium tangan bonda lama. Kucupan yang membawa erti syurga sebenar.
Bonda dan Cahaya berpandangan sebelum mengukirkan senyuman lebar. Mereka mengelap air mata yang tumpah itu.
" Abah... Nak aiskrim..." Sambil menggigit jari dia menarik-narik lengan baju aku. Kami tak dapat nak menahan senyuman geli hati terus terukir lebar.
" Boleh, sayang... Kamu nak aiskrim apa? Abah belikan seberapa banyak yang kamu nak ok?"
P.O.V. Cahaya
Alhamdulillah. Semuanya kembali seperti normal walaupun tak banyak impak yang diberikan Ahnaf. Dia masih lagi berusaha untuk mengingati setiap kenangan dan memori antara kami bersama.
YOU ARE READING
[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark side
Romance• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul ombak, apatah lagi rumah tangga yang baru dibina mereka yang dipukul ombak orang ketiga yang meretakkan hubungan dikala budi yang harus dibala...