Bab 35: Jibril's thoughts

715 25 0
                                    

Abu Dhabi International Airport

Aku perlahan menjejakkan kaki ke tanah bumi Abu Dhabi setelah sekian lamanya.

" Selamat datang, sepupuku yang acah batu. Ini first time kan kau datang ke Abu Dhabi? Meh aku bawa kau tour satu kawasan ni." Jibran menarik tangan aku dengan wajah yang riang. Aku pantas menarik tangan aku semula sebelum menjelingnya tajam.

" Tak payah. Tak hamak pun," Balas aku kasar. Bukan aku tak pernah pergi tapi dipandangan aku banyak sudah berubah. Segala teknologi dan infrastruktur yang semakin canggih ke hadapan sudah digunapakai oleh orang arab di sini. Bertambah maju negara ini dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang menjadi punca tanda-tanda kiamat muncul.

" Cepatlah kita ke rumah. Aku nak harini juga selesai."

" Aduh. Tapi malam ni ada konsert blackpink." Na'eem mendecit kuat. Dia sudah beli 5 tiket untuk mereka. Takkan dia nak burn duitnya itu?

" Jangan lupa siapkan diri sendiri. Malam ni aku tak nak seorang pun terkorban." Aku melonggarkan tali leher dengan riak wajah yang dingin selalu aku tonjolkan.

Harini penentu segalanya. Kunci kebebasan bagi anak lelaki keturunan Malek. Tiada lagi pembunuhan dan perebutan takhta. Malam ni nama Bashir akan terkubur selamanya dalam keluarga Tuan Besar Malek.


Masih tak berubah rumah agam keluasan stadium bola Bukit Jalil di Malaysia ini. Kami masuk dengan aura yang sukar aku gambarkan. Pembantu rumah menyambut kedatangan kami dengan begitu hormat. Mereka terus mencapai barang-barang kami bawa lalu dibawa masuk ke dalam bilik masing-masing.

Rumah ini adalah rumah kedua terbesar atuk pernah ada. Bashir sekarang berada di rumah lama pertama atuk yang sekarang kami tak duduk lagi.

Potrait atuk yang besar berada di tengah ruang legar. Kami memandang dengan sorotan mata yang tiada perasaan. Kematian yang meninggalkan seribu bala kepada keturunan yang masih ada.

Terseksa lah kau dalam kubur sana atas perbuatan kau di dunia ni, atuk. Bukan takat kau ciptakan masalah tapi syaitan-syaitan yang ada disetiap darah dan tulang anak cucu kau sendiri.

" Sekarang ni kita nak buat apa?" Tanya Jibril dalam mod membunuhnya. Mata helangnya tidak dapat ditutup lagi.

" Rehat. Sambil-sambil tu buatlah wasiat atau surat-surat penting sebagai momen terakhir." Pesan aku lalu berjalan naik ke tingkat atas. Sambil aku berjalan aku menatap barang antik yang menjadi hiasan dalam rumah ini.

Boleh dikatakan barang yang menyimpan banyak sangat sejarah dan boleh menjadi 'mata' dan 'telinga' dalam rumah ni melihat dan mendengar segala perkara yang pernah terjadi di sini.

" Assalamualaikum warahmatullah," Bilik yang dah lama tak dijejak tapi masih dalam keadaan baik kerana setiap minggu pasti pembantu rumah akan membersihkan segala apa yang patut.

Eloklah kerana tak baik tinggalkan bilik kosong lama-lama selama lebih 40 hari. Takut nanti ada yang diduduki sesuatu.

Aku baring di atas katil empuk seraya mengeluh kesedapan. Terasa selesa sangat badan apabila aku akhirnya dapat berbaring setelah sekian lama tidak berehat dengan betul.

" Abang, kenapa tak terus salin baju? Mesti tak selesa kan?" Suara Cahaya berkumandang di telinga aku. Aku pantas mencelikkan mata.

Aku pantas menghadap Cahaya yang berkerut tidak senang dengan kelakuan aku. Aku masih tergamam melihat dia di hadapan mata. Mungkin kerana rindu yang membengkak di hati membuatkan aku mampu membayangkan Cahaya di sini.

" Sayang..." Aku menarik tangannya yang sibuk membuka stokin dan tali leher aku. Senyuman yang aku terlalu rindukan itu sekarang sedang terukir lebar.

" Saya tahu abang penat. Biar saya buatkan ya? Nak kopi? Abang kan suka kopi buatan saya,"

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now