Saddiq menekan-nekan punat alat kawalan jauh TV dengan riak kebosanan. Bosan sebab tiada saluran yang menarik untuk dipertonton." Pizza!" Ketukan di pintu utama rumah agam tersebut menarik perhatiannya yang berada berdekatan dengan suara yang memecahkan kesunyian.
" Mahdi?! Are you ordering pizza?! Again??" Jerit Saddiq ke arah pintu bilik belakang sana. Tiada sahutan. Saddiq mengeluh. Memang tak salah rezeki bertandang tapi asyik dia je yang kena bukakan pintu.
" I'm coming!" Dia membuka pintu rumah agam tersebut. Senyap sunyi dan tiada sesiapa di luar. Dia menggaru kepala. Tak silap dia dia dengar bunyi ketukan dan jeritan. Atau dia sedang berhalusinasi kerana mengantuk?
Dia keluar beberapa tapak ke hadapan dan memerhatikan sekeliling jika ada sebarang kecurigaan. " Alvin? Ray?"
Pelik. Sepatutnya Alvin dan Ray bertugas di hadapan ni. Mana mereka?
" Assalamualaikum, ya ahli kubur,"
Dia menoleh pantas dan tak sempat dia berbuat apa-apa, tubuhnya tersembam ke lantai tidak sedarkan diri.
Jibril meniup jarum picagarinya seperti seorang koboi meniup muncung pistol. Satu per satu kami masuk ke dalam ruangan legar yang masih utuh dan meriah.
Aku tenang mengikuti langkah mereka yang berada di hadapan. Sambil-sambil itu aku memerhati dan memandang ke arah sekeliling; mencari petunjuk atau mana-mana jalan yang boleh membawa kami ke Cahaya.
" Beast,"
Wajah aku menghadap ke hadapan semula. Seketika wajahku berubah tegang. Gigi diketap kuat. Na'eem sudah bersedia dengan pistol di tangan. Manakala yang lain sudah mengangkat parang dan segala benda tajam yang boleh dijadikan senjata.
" Bashir," Aku balas sapaannya. " Where's my family?"
" You just arrived. Please have a sit first," Seperti orang tak bersalah, Bashir tersenyum lebar menyambut kedatangan kami.
" Where are they??" Aku bertanya sekali lagi. Suaraku sudah berubah keras. Menyebabkan Bashir mengendurkan senyuman.
" You never change. Always acting cool in front of people. Makes me want to puke," Kata Bashir meluat.
" Kau orang layan lah orang tua ni." Aku bisik ke arah mereka sebelum tenang berjalan melepasi dia.
" Hey hey! Where do you wanna go?! I'm not finished yet!"
" Bising ah," Aku terus berjalan menyusuri koridor yang menyambungkan lagi bangunan rumah agam ini ke bahagian belakang. Sambil itu aku memandang ke sekeliling mencari sesuatu yang mencurigakan.
" Bashir, jom main chess. Aku tahu kau bodoh main chess. Siapa kalah kena lari bogel," Na'eem menghadiahkan senyuman tanpa gerun kepada pembunuh bersiri di hadapannya seraya mengeluarkan catur kaca yang eksklusif dari bawah meja kopi.
" What??"
Aku menyusuri satu pintu berkunci. Terhenti langkah aku bersama dengan Zavian yang setia di belakang.
Tanganku mula mencapai tombol lalu aku pulas. Tidak berkunci rupanya. Membuatkan aku berfikir sebentar. Mengikut peta rumah ini, ini bilik seksaan. Dan aku tahu biliknya macam mana.
Zavian menepuk bahu aku. " Why?"
" Nothing. I think there's nothing interesting behind this door," Aku terus berjalan pergi tanpa menghiraukan wajah pelik Zavian.
" Maybe there's something wrong in there," Ujar Zavian memberi buah fikiran.
" No. Cahaya and Armani are not in there. We need to search the other rooms," Aku tahu yang Zavian sangat hairan dengan kelakuan aku yang kekal tenang. Kerana sebelum ni aku yang paling resah sekali bila berkaitan dengan keselamatan anak isteri aku.
YOU ARE READING
[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark side
Romance• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul ombak, apatah lagi rumah tangga yang baru dibina mereka yang dipukul ombak orang ketiga yang meretakkan hubungan dikala budi yang harus dibala...