Bab 4

120 24 0
                                    

Luna dan Nadia berjalan beriringan masuk ke dalam kelas. Kelas mereka sangatlah bising waktu itu. Dedas desus pelajar lain dapat membuatkan mereka terdengar yang hari ini mereka bakal digemparkan dengan satu berita baik.

Apakah itu?

Kelas itu kekal bising sehinggalah guru kelas kami, Cikgu Nisa masuk ke dalam kelas bersama seorang pelajar lelaki.

"Anak-anak, hari ini kita akan terima seorang rakan baru. Perkenalkan, Tengku Norman. Dia baru perpindah dari Terengganu. Kawan dengan dia elok-elok. Cikgu tak nak dengar ada yang buli Norman ye. Kalau cikgu dapat tahu ada yang buli Norman ni, siap!" Ujar Cikgu Nisa.

Mereka semua sangat menghormati dan menyayanginya. Dia bagaikan ibu mereka di sekolah. Oleh itu, mereka sentiasa mendengar katanya.

"Norman, awak boleh duduk tepi Adrien. Di situ ye. Adrien, tolong angkat tangan kamu." Arah Cikgu Nisa sebelum memulakan pelajaran.

Cikgu Nisa mengajar mereka mata pelajaran Bahasa Melayu. Disebabkan teknik mengajarnya yang berkesan terhadap kami, mereka sentiasa mendapat lulus dalam mata pelajaran itu. Hanya segelintir sahaja yang gagal.

"What a long time, buddy!" Tegur Norman sebaik sahaja dia duduk di sebelah Adrien.

"Yeah. It's nice to see you again. Nantilah borak..cikgu dah nak mengajar ni." Jawab Adrien dingin.

Norman sangat kenal Adrien tatkala guru sedang mengajar. Dia tidak akan bercakap mahupun bermain apabila guru sedang mengajar.

***

"Bangun! Terima kasih cikgu." Ujar ketua kelas kami.

"Okay. Sama-sama. Semua boleh pergi rehat."Ujar Cikgu Nisa sebelum melangkah keluar dari kelas kami.

Nadia mengajak Luna untuk keluar rehat bersama. Baru sahaja hendak dia dan Luna keluar dari kelas, langkah mereka berhenti dan mereka melangkah ke arah Adrien.

"Ad, jom makan." Ajak Nadia apabila sudah tiba di hadapan Adrien.

"Kau dengan Luna pergilah. Aku nak borak dengan Norman." Balas Adrien dengan senyuman kecilnya. Walau dingin, Adrien masih tahu cara untuk senyum.

Nadia dan Luna berpandangan selisih ganti sebelum kembali memandang Adrien.

"Apa dia?" Soal Adrien apabila perasankan Nadia dan Luna melihatnya dengan pelik.

"Kau dengan Norman senang pula berkawan. Tapi, kenapa dengan orang lain kau punya dingin kalah kiub ais. Norman, kau guna japi apa dekat Adrien ni? Biasanya susah nak berkawan. Lebih-lebih lagi dengan murid baru." Ujar Nadia. Entah kenapa tiba-tiba sahaja Adrien rapat dengan murid baharu.

"Lahh. Kita orang memang dah kawan lamalah. Tapi, tak adalah lama macam kau dengan Ad." Balas Norman. Matanya tidak lepas dari memandang Luna di sebelah Nadia.

Nadia yang perasankan itu hanya tersenyum.

'Ingat aku tak perasan ke?'

"Ooo. Eh sekejap. Macam mana kau tahu yang aku dan Adrien dah kawan lama?" Soal Nadia polos.

"Ad kau bagitahu eh?" Sambungnya lagi tanpa menunggu jawapan.

"Ha'a." Jawab Adrien pendek. Dah beku mesti jawapannya pendek je.

"Ooo. By the way, Sabtu ni, aku dengan Luna nak pergi jalan-jalan kat mall. Kau orang nak ikut tak? Boleh abang aku ambil kau orang sekali dah alang-alang nak ambil Luna ni."Pelawa Nadia. Kalau pergi sorang-sorang atau berdua dengan Luna tak seronok. Kenalah ramai. Baru fun!

Dia Milikku | CompleteWhere stories live. Discover now