Nadia dan kekasih hatinya berjalan beriringan di dalam sebuah pusat beli-belah. Senyuman manis terukir di dua ulas bibir merah jambu Nadia. Sungguh dia gembira.
"You. Saya nak masuk kedai ni sekejap." Ujar Nadia. Baju Emir ditarik sedikit.
Selepas Emir mengatakan yang dia menyukai Nadia, Nadia terus bersetuju untuk menjadi teman wanitanya. Namun, ada sesuatu yang perlu Nadia laksanakan terlebih dahulu.
Apakah itu?
"Sure." Jawab Emir. Dia mengikuti langkah pendek Nadia masuk ke dalam kedai itu.
***
"Bangun! Assalamualaikum cikgu." Ujar ketua kelas sebaik sahaja Cikgu Nisa.
"Waalaikumussalam. Semua boleh duduk." Jawab Cikgu Nisa.
Cikgu Nisa mengeluarkan beberapa helaian kertas sebelum dia mula membuka mulut untuk berbicara.
"Semua. Dengar sini sekejap. Memandangkan bulan ini merupakan bulan terakhir untuk sesi persekolahan untuk tahun ni, cikgu nak beritahu kamu semua sesuatu." Ujar Cikgu Nisa.
Semua pelajar berpandangan sesama sendiri sebelum salah seorang dari kalangan pelajar itu bersuara.
"Apa dia cikgu?" Soalnya.
Cikgu Nisa hanya tersenyum.
"Nama-nama yang cikgu panggil sila berdiri dan datang ke hadapan kelas. Yang pertama, Adrien Maleeq, Ryan Aish, Tengku Norman, Luna Eydina, Mia Anisya dan Nadia Imani. Kamu semua sila datang ke hadapan kelas." Ujar Cikgu Nisa.
Mereka berpandangan. Kenapa mereka dipanggil?
"Tahniah! Untuk pengetahuan semua, mereka semua terpilih untuk belajar di The Aqua Empire International High School. Kamu semua akan mula belajar di sana bermula tahun depan." Ujar Cikgu Nisa. Hampir terkejut mereka mendengar berita gembira itu.
The Aqua Empire International High School merupakan sebuah sekolah swasta. Mereka hanya akan mengambil beberapa pelajar terpilih untuk masuk ke dalam sekolah itu dengan tajaan penuh dan biasiswa.
Semua pelajar menepuk tangan.
"Yang lain, kamu semua boleh teruskan kerja sendiri. Kamu berenam, cikgu nak cakap sikit. Mari sini." Ujar Cikgu Nisa lagi.
Mereka bergerak mengelilingi meja yang diduduki oleh Cikgu Nisa.
"Cikgu doakan awak semua berjaya di sekolah baru." Ujar Cikgu Nisa sebak.
Mereka semua merupakan pelajar kesayangan Cikgu Nisa. Tipulah kalau tak sedih.
Nafas ditarik mendalam sebelum Cikgu Nisa meneruskan bicaranya. Nadia yang memahami perasaan gurunya itu memegang lembut tangan Cikgu Nisa. Senyuman manis diberikan kepada Cikgu Nisa.
"Awak berenam akan dapat biasiswa setiap bulan sampailah awak habis belajar di sekolah tu. Dan jangan risau, awak semua akan ditaja." Ujar Cikgu Nisa.
Mereka terangguk-angguk mendengar percakapan cikgunya itu.
"Ni fail awak semua. Awak semua bukan lagi tingkatan 4 di sekolah tu, tapi, grade 11. Ouh, sebelum cikgu terlupa, semua maklumat yang awak semua perlukan ada dalam fail tu." Sambungnya lagi.
"Cikgu rasa dah tak ada apa dah. Awak semua boleh dah balik ke tempat duduk semula."
Mereka mengambil fail yang dimaksudkan oleh Cikgu Nisa.
***
"Bangun! Terima kasih cikgu."
"Sama-sama. Awak semua boleh balik. Jumpa tahun depan ya." Balas Cikgu Nisa.
Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari bilik darjah itu. Kini, tinggallah Nadia dan Luna.
Mereka berjalan ke arah Cikgu Nisa.
"Cikgu..." Panggil mereka serantak.
"Ya? Kenapa Nad, Luna?"soal Cikgu Nisa sebaik sahaja mendengar Nadia dan Luna memanggilnya.
"Terima kasih cikgu atas segala ilmu yang cikgu telah curahkan kepada kami. Terima kasih sangat-sangat cikgu. Tanpa cikgu, mungkin kami semua tak akan terpilih untuk belajar di sekolah itu. Terima kasih cikgu dah tunaikan hajat kami. Jasa cikgu kami tak akan pernah lupa. Saya juga nak minta maaf kalau saya ada silap terhadap cikgu. Saya harap cikgu tak akan simpan di dalam hati. Maaf kalau saya tak dapat jadi murid yang cikgu harapkan. Dan, saya minta maaf bagi pihak kami semua. Maaf dan terima kasih cikgu. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi eh cikgu. Saya akan ingat cikgu sampai bila-bila. Saya tak akan sesekali lupa jasa cikgu terhadap saya. Jasa cikgu terhadap saya sangat besar dan saya tak mampu untuk balas kerana tak terkira besarnya." Luah Nadia sambal teresak-esak.
"Cikgu, terima kasih sudi ajar saya. Terima kasih sudi tolong saya dalam Matematik. Dari saya tak faham langsung Matematik, cikgu dah berjaya buat saya menguasai Matematik. Termia kasih cikgu. Cikgu dah buat saya jatuh cinta dengan Matematik. Dari markah saya yang tak pernah lulus, cikgu ajar saya sampailah saya selalu dapat A. Tanpa cikgu, saya tak akan dapat buat semua ni. Terima kasih cikgu. Saya juga nak minta maaf atas segala salah silap saya terhadap cikgu. Cikgu maafkan saya ya. Cikgu doakan kami berjaya ya? Kami sayang cikgu" Kini, giliran Luna pula untuk meluahkan perasaannya sambil mengesat cecair jernih yang mengalir dari matanya.
Memang sangat sukar untuk mereka meninggalkan cikgunya. Mereka rapat dengan Cikgu Nisa sejak tingkatan 1 lagi. Mereka pasti akan merindui Cikgu Nisa. Banyak kenangan manis yang mereka cipta bersama Cikgu Nisa. Sungguh pilu untuk mereka berpisah dengan Cikgu Nisa. Meraka tahu, mereka bukan sahaja berpindah kelas, akan tetapi, mereka juga berpindah sekolah. Amatlah susah untuk mereka berjumpa semula dengan cikgu kesayangan mereka. Mereka amat menyayangi Cikgu Nisa. Tapi, apa boleh buat. Ini semua ketentuan Allah S.W.T. Ini semua qada' dan qadar Allah. Allah lebih mengetahui.
Takdir Allah.
"Ehh. Janganlah nangis. Cikgu tak buat apa-apa pun. Kejayaan ni, terhasil dari titik peluh awk berdua. Cikgu cuma tolong kemaskan je. Cikgu pon akan rindu awak orang. You guys are my fav students. You guys always understand my feeling. You guys never do anything wrong to me. I am so lucky to have you guys as my student. Thank you very much. Thank you cause you guys want to be my student. You guys always cheer me up. Remember this, no matter what happen, never give up in your dream. Okay? I'll always pray for you guys. In Syaa Allah, we can meet each other again in the future. Come here." Balas Cikgu Nisa sambil mendepakan tangannya. Tipulah kalau dia tak akan merindui dua sosok pelajar di hadapannya ini. Dia sangat terharu akan kata-kata yang dilemparkan oleh Nadia dan Luna. Did pasti akan merindui mereka.
"In Syaa Allah, bila kita ada masa free, kita boleh jalan-jalan dekat mall sama-sama. Beside, sekolah awk tu dekat KL je. Tak jauh mana pon. Boleh je kita set masa and jalan-jalan sama-sama. Nak?" Pujuk Cikgu Nisa akan dua hati yang pilu itu setelah usai memeluk mereka.
"Nak!" Jawab Nadia dan Luna serentak sebelum mereka bertiga mengambil gambar bersama-sama dan keluar dari kelas. Itulah kali terakhir mereka menjejakkan kaki di dalam kelas itu. In fact, itu jugalah kali terakhir mereka berenam menjejakkan kaki di sekolah ini. Banyak memori yang tercipta di sekolah ini. Harapnya mereka dapat menyesuaikan diri di sekolah baharu kelak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Milikku | Complete
RomanceBerkisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Nadia Imani dan Adrien Maleeq merupakan sahabat baik sejak kecil. Lama-kelamaan, Adrien menaruh perasaan terhadap Nadia. Lamarannya diterima. Zuriat diberikan oleh Sang Khalif selepas beberapa tahun. Sua...