Masa berlalu. Mereka semua sudah menginjak dewasa. Mereka memilih universiti pilihan sendiri. Walau berada dalam jarak yang jauh, mereka sentiasa berhubung sehingga kini. Mereka sentiasa bertanyakan khabar sesama sendiri. Bahkan, ada diantara mereka sudah mempunyai pasangan sesama sendiri. Siapakah mereka?
Beberapa bulan sebelum itu....
"Luna, since I first saw you I felt like I'm in heaven. I never seen somebody like you. You're different. You are my favourite picture, your smile are my favourite heal. Your laugh are my favourite music. Your-"
"Eh..dah-dahlah tu nak berdrama. Tanyalah cepat." Belum sempat Norman meneruskan kata indahnya, Adrien sudah menyampuk. Lengan Adrien dipukul kuat oleh Nadia.
"Sakitlah!" Aduh Adrien. Ni tangan ke besi ni?
"Kau ni. Janganlah kacau. Penat aku practice!" Marah Norman. Manakan tak, tiap-tiap hari dia berlatih di hadapan cermin.
"Anyways, Qay Luna Eydina Binti Abdullah, will you be my another half?" Soal Norman.
And the answer is......
"No-"
Berubah riak muka Norman. Asalnya dia senyum sampaikan ke telinga. Setelah mendengar jawapan Luna, wajahnya memamparkan riak yang sedih.
Ceh, terpaling sedih!
"No way. Yes!" Sambung Luna.
Norman yang baru ingin berbalik pergi, terhenti mendengar jawapan Luna. Dia memakaikan gelang tangan yang dibelinya khas untuk Luna. Di gelang itu terdapat ukiran nama Luna dan dia. 'Norman ❤️ Luna' Aww...so sweet!
Bersemut!
"Aku tak tahu saiz jari kau. So, aku belikan gelang ni dulu. Nanti baru kita fikir pasal cincin tunang and kahwin. Alraight?" Ujar Norman.
"Tak apa je. Gelang pun aku suka. Erm..pasal kahwin..." Jawab Luna.
"Ya?"
"Nanti-nanti boleh tak? Aku nak sambung belajar dulu. Kita tunang je dulu. Boleh?" Soal Luna berhati-hati. Takut soalan dia akan mengguris hati Norman. Kalau boleh, dia nak berkahwin selepas belajar. Tak adalah banyak sangat tanggungjawab. Mana nak fokus belajar, mana nak jaga perut suami. Nanti ada yang keluar singa jadian.
"Boleh je. Kalau macam tu, bulan depan kita tunang. Boleh?" Soal Norman.
Nampak sangat tak sabar!
"Boleh je." Jawab Luna sambil tersenyum manis. Ceyy. Ada orang tu nak kahwin dah.
"HAIH KAU ORANG ni. Berkepit je kerjaan. Dah macam belangkas! Dah dahlah tu. Kesian kita orang yang single ni. Hormat lah sikit. Tak ada common sense ke ha?" Ujar Nadia.
Sejak Luna dan Norman sudah bertunang, berkepit je kerjaan. Berbulu mata tengok. Kalau berpisah suatu hari ni, mesti nangis tak berlagu dua dua.
"Jealous lah tu." Ejek Luna.
"You, ada orang jealouslah..kesian dia." Sambungnya lagi. Kali ini, suaranya sengaja dimanjakan. Baju pakai jenis tomboy. Dengan loose shirtnya, hoodie, baggy jeans, sneakers dan topi. Tapi, bila dengan kesayangan...ya Allah...kalah gula!

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Milikku | Complete
RomanceBerkisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Nadia Imani dan Adrien Maleeq merupakan sahabat baik sejak kecil. Lama-kelamaan, Adrien menaruh perasaan terhadap Nadia. Lamarannya diterima. Zuriat diberikan oleh Sang Khalif selepas beberapa tahun. Sua...