Bab 7

90 24 0
                                    

Kesedihan Nadia berjaya dipujuk oleh kawan-kawannya. Jenuh Adrien, Norman dna Luna memujuknya. Pada awalnya, tidak diendahkan juga. Tapi, hati milik Nadia berjaya dilembutkan oleh mereka..

Puas memujuk.

"Assalamualaikum ma. Nadia ada? Dia bangun tak lagi?" Soal Luna sebaik sahaja muka pintu rumah Nadia dibuka.

Awal pagi Luna sudah berada di muka pintu rumah Nadia.

Dia turut memanggil Datin Naura dengan panggilan mama.

"Waalaikumussalam. Ada aja. Tak bangun lagi rasanya. Eh, marilah masuk. Awalnya Luna bersiap. 2 jam lagi baru sekolah mula. Sekarang baru pukul 6 pagi. Kelaskan mula pukul 8." Balas Datin Naura.

"Memang kelas pukul lapan. Tapi, Luna dah tak sabar nak pergi sekolah baru. Dahlah baju sekolah tu cantik." Jawab Luna.

"Iya-iyalah Luna. Ni ha, Luna breakefast tak lagi? Boleh kita breakfast sama-sama. Luna tolong panggil Nadia ya." Ujar Datin Naura lagi.

Agak-agaknya anak daranga sudah bangun ke belum?

"Okay mama."

Luna berjalan menaiki tangga terus masuk ke dalam bilik Nadia yang tidak berkunci. Kalau tidur, Nadia memang tidak akan kunci pintu biliknya. Ini untuk memudahkan Datin Naura mengejutnya bangun. Jam di tepi katil tu untuk perhiasan sahaja. Nak nampak cantik katanya. Tak ada fungsi langsung. Membazir je beli.

Usai Luna memasuki bilik Nadia, matanya tertumpu pada sosok yang masih lena dibuai mimpi. Ekor bibir Luna sudah tersenyum sinis. Dia sudah mengetahui cara 'terbaik' untuk mengejut rakanya itu.

'Kau tak bangun lagi eh..tak apa. Meh kawan kau yang baik ni tolong kejutkan kau.' Kata hati Luna. Bibirnya tak lengkang dari senyuman jahat. Ingin dia mengusik Nadia. Meskipun Nadia belum dikejutkan olehnya, dia sudah dapat terbayang reaksi Nadia.

"Nur Nadia Imani!! Bangun Nad! Cepat! Emir cari Ad lah. Dia orang nak gaduh. Cepat Nad!" Jerit Luna di tepi telinga Nadia. Badan Nadia digoncang.

"Hah! Emir cari Ad! Apa lagi yang mamat tu nak!" Lantas, Nadia bangun dan berlari menuju ke tingkat bawah.

Kantuknya hilang tiba-tiba.

Datin Naura terkejut akan bunyi tapak kaki anak daranya. Tiba-tiba, Nadia membuka pintu rumah dan ingin keluar dengan tergesa-gesa. Datin Naura cepat-cepat menghalang anaknya. Manakan tak halang, mandi pun tak lagi. Bangun-bangun, dah nak keluar rumah. Apa nanti orang kata.

"Ehh. Adik nak pergi mana ni? Mandi pun tak lagi?" Soal Datin Naura.

Iskandar yang baru sahaja turun dari tingkat atas terkejut melihat drama waktu pagi. Biasanya tiada pun drama-drama macam ini.

"Mama, kita kena tolong Ad. Emir cari dia. Dia orang nak gaduh. Cepat ma." Ujar Nadia tergesa-gesa. Dia tetap mencuba untuk keluar dari rumah itu.

"Hesy. Mana ada Emir cari Ad." Ujar Datin Naura sambil menahan ketawa. Dia sudah dapat mengagak punca Nadia merapu pagi itu.

Haih. Luna..Luna.

"Tapi, Luna cakap..." Ujar Nadia. Ayat dia tergantung.

"LUNA!!!!! Kau ni kan!"

Luna sudah ketawa terbahak-bahak melihat adegan di depan matanya. Dia tak sangka yang Nadia akan percaya bulat-bulat. Apa-apa pon, rancangan Luna berjaya. Rasa malu Nadia bertambah apabila abangnya menambah ketawa Luna. Ketawa besar mereka bertiga. Semua sama aja. Ibu, abang, kawan semua sakan mengusiknya. Sabar ajalah. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia luku-luku kepala Luna. Harap kawan.

"Jap. Adik, kenapa adik risau sangat bila dapat tahu Emir nak gaduh dengan Adrien?" Soal Iskandar tiba-tiba.

"Yelah. Dah kawan adik kut. Mana tak risau." Balas Nadia sambil kaki jinjangnya menuju untuk menaiki tangga untuk mempersiapkan diri sebelum ke sekolah.

"Ye ke? Macam tak percaya je. Ke adik suka Adrien. Kalau adik nak dekat dia abang, mama dan papa-" Usik Iskandar separuh jalan. Belum sempat Iskandar habiskan katanya, Nadia sudah mencelah.

"Mana ada adik suka dia! Dah nama pun kawan. Biasalah kalau risau." Bantah Nadia.

"Eleh. Yelah tu. Mulut memang boleh tipu. Tapi, hati dan mata tak tau. Kau terharu eh dia pergi tolong lau hari tu." Kini, giliran Luna pula untuk mengusik Nadia.

"Mana ada! Siapa cakap?!" Marah Nadia.

"Mata kau." Balas Luna pendek.

"Suka hati koranglah. Malas nak layan. Bye! Nak mandi."

"Kompang dipalu pengantin malu. Acewahh!" Nyanyu Iskandar. Iskandar memang kaki mengusik. Tapi, harapkan si pengusik ni lah yang menceriakan hari Nadia sekeluarga.

Cepat-cepat Nadia menaiki tangga takut Datin Naura, Iskandar dan Luna perasan akan mukanya yang sudah merah bagai tomato.

'Aku suka dia ke? Kenapa jantung aku berdebar sangat ni? Takkan aku suka dia. Tak mungkin. Ye, aku mengaku. Aku sedikit terharu masa dia selamatkan aku. Tapi, sikit je. Tak banyak pun. Tapikan, takkan dia suka juga. Mesti tak. Well, I'm not his type. And, aku pun tak suka dia.' Kata Nadia di dalam hati. Risau juga kalau-kalau dia akan sukakan kawannya sendiri. Tapi, dia sudah nekad. Dia tidak mahu ada apa-apa hubungan istimewa dengan sesiapa. Cukup setakat keluarga dan kawan. Dia benar-benar tidak mahu sakit lagi.

"HAI kau orang." Sapa Norman.

"Hai." Jawab Nadia, Adrien dan Luna serentak. Adrien ke sekolah bersama Nadia dan Luna memandangkan mereka berjiran. Tak perlulah mereka bazirkan minyak. Kenapa Norman tidak ikut sekali? Norman tinggal agak jauh dari kejiranan mereka.

"Jom kau orang. Kita pergi letak barang dekat loker." Ajak Ryan. Di sebelahnya ada Mia yang sudah mengenyitkan mata kepada Adrien.

Nadia sangat sakit hati. Kalau boleh, mahu sahaja dia korek biji mata Mia.

Dia..cemburu??

Mereka hairan. Kenapa Ryan sebegitu baik terhadap mereka. Kenapa tidak berbuat baik dengan Nadia memandangkan dia sukakan Nadia.

"Kau orang tak payah nak buat peliklah. Kalau aku tak tunjuk jalan, kau orang tak akan dapat jumpa loker dan kelas kita. Sekolah ni kan besar." Kata Ryan yang sudah dapat mengagak isi hati mereka berempat.

Usai mereka meletakkan barang di dalam loker, Ryan mengajak mereka semua ke kelas. Mereka melalui satu lorong di dalam taman dan masuk ke dalam sebuah bilik. Mereka semua tergamam kecuali Ryan.

"Welcoma to Callissta Room. Di sini, kita akan belajar." Ujar Ryan.

"Err..Ryan." Panggil Nadia perlahan. Dia mahu menyoal tapi ragu.

"Yes sayang?"

"Murid lain mana? Kita je ke akan belajar dalam ni." Soal Nadia. Dia hanya menghiraukan panggilan 'sayang' dari Ryan. Pura-pura tak dengar.

"Ye sayang. Kita je." Jawab Ryan. Sekali lagi, dia memanggil Nadia sayang.

"Ouh. Okay. Thanks. By the way, jangan panggil aku sayang!" Marah Nadia.

"TERIMA kasih Prof. Izzat." Ujar mereka semua.

"Laparnya. Jom Luna, Ad, Norman. Kita pergi cafeteria. Makan." Ajak Nadia.

"Eh. Kau orang nak pergi mana tu?" Soal Ryan.

"Nak pergi cafe lah. Kau tak makan?" Balas Nadia.

"Makanan kita dihantar. Kau orang pilih je. Nanti ada orang hantarkan." Jawab Ryan.

"Weh. Kenapa yang kuno sangat kau orang ni ha? Takkan tu pun tak tahu." Selit Mia.

"Suka hati kita orang lah. Yang kau nak menyebok kenapa?" Bidas Nadia. Dia memang sangat sakit hati dengan Mia.

'Kenapalah aku kena jumpa muka minah ni lagi. Menyemak je. Serabut. Tak habis-habis nak cari pasal' Bisik kata hati Nadia.

"Kau orang nak pilih ke tak ni? Aku nak order." Soal Ryan.

"Kalau nak gaduh, gaduh dekat lain. Sini tempat belajar dan makan. Bukan untuk perang mulut." Sindir Ryan.

"BYE. Jumpa esok."kata Norman sebelum dia masuk ke dalam perut kereta Audi r8 miliknya.

"Bye."balas Nadia, Luna dan Adrien serentak. Mereka pun masuk ke dalam kereta Mercedes-Benz milik Nadia. Alang sehala, balik sekalilah.

Dia Milikku | CompleteWhere stories live. Discover now