Bab 20

76 25 1
                                    

Amyra dan Emir duduk berdua di ruang tamu di rumah Amyra. Masam mencuka muka Amyra kerana kecederaan Nadia tidak seperti yang diinginkan.

"Kenapa abang Emir tinggalkan dia dengan keadaan yang cukup teruk?" Soal Amyra dengan nada tertahan. Giginya diketap.

"Kalau abang tunggu, Myra dah tak boleh jumpa abang sekarang ni." Balas Emir dengan nada perlinya.

Amyra hanya menjulingkan matanya ke atas. Wajah menyampah ditunjukkan. Kemudian itu, Amyra hanya mengangkat punggungnya dah berlalu ke tingkat atas rumahnya. Pintu bilik dihempas kuat.

Nasib tak tercabut je.

Emir menghantar pemergian Amyra hanya dengan ekoran mata. Kepalanya menggelwng sedikit. Keluhan kuat dibebaskan.

"Haih. Maafkan abang, Myra. Abang tak sanggup cederakan Nadia teruk-teruk."

"Kalau Myra sayang Adrien sangat-sangat, macam tu jugalah rasa sayang dan cinta abang terhadap Nadia."

Perlahan-lahan, Emir bangun dari duduknya dan berlalu keluar dari rumah agam itu. Pintu ditutup perlahan.

Dan kemudiannya, sebuah motorsikal Yamaha R7 berdesus keluar dari perkarangan rumah itu.

NADIA terbangun dari lenanya apabila terasa  tidurnya diganggu. Sesuatu yang mengganggu hidungnya ditepis. Badan dialih ke kiri pula.

"Sayang..bangun. Lama dah sayang tidur tu. Pening kepala nanti." Ujar Adrien. Jarinya masih lagi utuh mengusik hidung Nadia.

"Ermm.."

Nadia membuka mata apabila terdengar suara suami tercintanya.

"Abang." Sapa Nadia.

Ramah kali dia!

Senyuman Adrien hadiahkan kepada Nadia.

"Dah dah lah tu tidur. Bangun bangunlah pula. Kesian abang sorang-sorang." Ujar Adrien. Tangan Nadia ditarik sedikit.

"Okay okay. Nadia bangun. Janganlah tarik."

Walau malas, dia tetap bangun apabila dipaksa oleh Adrien.

Nadia turun dari katil dan kakinya dilangkah ke tandas.

"Sayang nak pergi mana?" Soal Adrien.

"Nak ke tandaslah."

Adrien hanya mengangguk.

"Kenapa? Nak teman ke?" Soal Nadia dengan guraunya. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

"Boleh ke?" Soal Adrien semula. Nakal senyuman yang dihadiahkan kepada isterinya.

"Gatal!"

LUNA yang sedang sibuk mengemas barangan di atas mejanya terhenti apabila terdapat seorang jejaka yang memasuki biliknya.

"Encik. Encik kena-"

Zapp!

Terhenti bicara Luna apabila sebuah pisau terbang di sisi kepalanya dan melekat di papan kenyataan kecil yang tergantung elok di dinding.

Dengan tangan yang terketar-ketar, Luna meraba permukaan mejanya untuk mencari telefon.

"Looking for this?" Soal lelaki itu dengan sinis.

Telefon Luna digerakkan ke kanan dan ke kiri sebelum telefon itu dicampakkan ke lantas. Berkecai permukaan telefon Luna.

"Ka-kau nak a-apa?!" Soal Luna terketar-ketar. Ketakutannya cuba dilindungi.

"Aku nak kau jauhkan diri dari Nadia. Beritahu suami kau dan suami dia sekali." Ujar lelaki itu.

"Kau gila!"

Dia Milikku | CompleteWhere stories live. Discover now