Emir belajan ke hulur dan ke hilir. Otaknya buntu.
"Macam mana aku nak buat dia suka dekat aku balik?"
"Ayat dia tu macam dia dah benci aku sangat-sangat."
"Itulah kau! Dulu macam dia betul-betul nak dekat kau, kau gunakan dia. Kan sekarang aku yang merana."
"Bodoh kau ni!"
Emir bermonolong sendirian. Rambutnya yang sudah serabai dirapikan semula.
"Tak apa. Myra ada cara nak buat dia sukakan Abang Emir." Ujar Amyra. Dia mencuri dengar percakapan Emir.
"Myra?"
Amyra tersenyum sinis.
Kening Emir hampir bertaut. Dia tidak memahami maksud disebalik senyuman sinis sepupunya itu.
Amyra bergerak ke arah Emir. Bahu Emir ditepuk perlahan.
"Kidnap her." Bisik Amyra perlahan namun masih dapat didengari oleh Emir.
"Tangkap?" Soal Emir kembali. Dia menileh melihat Amyra disebelahnya.
Amyra menyebak rambut panjangnya ke belakang.
"Abang Emir tangkap je. Selebihnya Myra yang akan selesaikan." Ujar Amyra perlahan. Senyuman sinis ditarik.
"Jangan risau. Myra tak akan apa-apakan kesayangan abang tu. Myra cuma nak dia jadi umpan je." Sambung Amyra.
"Umpan?"
"Umpan untuk dapatkan Adrien Maleeq. Kesayangan Amyra." Balas Amyra.
Emir yang mendengar kata-kata Amyra tersenyum.
'Nice!'
PADA malam itu, Emir bersedia di luar rumah Adrien. Setelah memastikan yang Nadia bersendirian, dia menceroboh masuk ke dalam rumah itu.
Kaki dijengket agar dia tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Kayu ditangan digenggam kemas.
Tiba di hadapan pintu bilik Nadia, dia berhenti seketika.
Nafas ditarik dalam-dalam.
'Kau nak ni Mir. Kau kena. Kau sayang dia kan?' Bisik Emir sendirian.
Dalam kiraan tiga, pintu bilik Nadia dirempuh.
Nadia yang sedang membaca buku di atas katil terkejut.
Dia bangun untuk melawan. Namun, sudah menjadi lumrah yang kekuatan lelaki jauh lebih kuat berbanding perempuan.
Dengan sekali hentukan di belakang kepala Nadia menyebabkan Nadia jatuh tersungkur.
"A..abang. To..tolong Na..Nadia." Ujar Nadia perlahan. Matanya berpinar. Telinganya berdesing. Pandangannya berpusing.
"Jangan." Larang Nadia dengan lemah sebelum dunianya gelap. Sepenuhnya gelap.
Emir yang melihat Nadia sudah pengsan, dia mengangkat Nadia keluar dari bilik itu. Kereta dituju.
Nadia diletakkan dengan perlahan di dalam kereta itu. Tangan dan kaki diikat. Ini bagi mengelakkan Nadia terbangun sebelum Emir tiba di destinasi. Karang dia bangun dia lawan. Tak pasal-pasal hancur rancangan.
ADRIEN memarkirkan keretanya di dalam garaj. Pintu rumah dituju pula. Keningnya berkerut apabila wajah Nadia tidak menyapa kornea matanya.
"Assalamualaikum. Sayang. Abang dah balik!" Laung Adrien kuat.
Sunyi. Tiada sahutan.
"Nadia ada dekat mana? Belakang ke?" Soal Adrien sendirian.
Kakinya menuju ke dapur.
YOU ARE READING
Dia Milikku | Complete
RomanceBerkisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Nadia Imani dan Adrien Maleeq merupakan sahabat baik sejak kecil. Lama-kelamaan, Adrien menaruh perasaan terhadap Nadia. Lamarannya diterima. Zuriat diberikan oleh Sang Khalif selepas beberapa tahun. Sua...