Kelihatan dua orang gadis remaja berjalan-jalan bergandingan tangan di dalam sebuah pusat beli-belah.
Seorang berambut panjang paras pinggang dan seorang lagi berambut pendek paras bahu.
Pakaian yang dipakai juga dapat menampakkan betapa berbezanya personaliti mereka.
Yang berambut panjang memakai baju kemeja hitam bersama seluar yang berwarna krim. Kasut tumit tinggi berwarna putih turut dikenakan bersama pakaian itu.
Yang berambut pendek pula hanya memakai baju hoodie krim bersama seluar slack hitam. Sneakers putih dikenakan dengan pakaian itu.
Seorang beraura feminim dan seorang lagi beraura tomboy. Kelainan ini yang menyebabkan mereka rapat dan saling memerlukan.
"Weh, Luna. Aku nak masuk Popular sekejap. Nak cari novel." Ujar Nadia seraya menarik rakannya itu.
Luna pula hanya pasrah ditarik. Lagipun, dia juga ingin mencari barangan sekolah.
Bunyi kasut tumit tinggi Nadia membantah sunyi di dalam kedai buku itu.
Sedang Nadia ralit memilih novel, dia langsung tidak sedar yang ada seseorang yang mengambil gambarnya dari belakang.
Alah..nak risau buat apa? Nanti Nadia dapat juga gambar-gambar tu.
Luna tersenyum puas melihat gambar yang diambilnya menjadi.
Usai Nadia mencari novelnya, kini, giliran Luna pula untuk mencari barangan sekolahnya.
Usai membayar, mereka berdua berjalan bersama-sama keluar dari pusat beli-belah itu. Masing-masing memegang plastik di tangan.
SETIBANYA di rumah Luna, Luna turun dari kereta.
"Thank you Abang Is." Ujar Luna. Dia melambai-lambai Nadia yang berada di kerusi depan sebelah pemandu.
Iskandar hanya senyum sahaja dan mengangguk sedikit.
"Jumpa esok, Luna!" Jerit Nadia.
"Jumpa esok!"
YOU ARE READING
Dia Milikku | Complete
RomanceBerkisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Nadia Imani dan Adrien Maleeq merupakan sahabat baik sejak kecil. Lama-kelamaan, Adrien menaruh perasaan terhadap Nadia. Lamarannya diterima. Zuriat diberikan oleh Sang Khalif selepas beberapa tahun. Sua...