Bab 17

104 27 0
                                    

"Who the hell are you?" Sungguh keras nada Nadia sekarang. Tiada lagi Nadia yang hormatkan si suami setinggi gunung.

"Babe. I'm your husband. Adrien. Adrien Maleeq. Don't you remember me?" Walau dilayan dengan dingin oleh Nadia, Adrien masih tidak meninggikan suaranya. Dia tahu, dengan meninggikan suara masalah tidak akan berkurang. Malahan akan semakin besar.

"Tch!"

"Kau jujur je lah dengan aku! Siapa kau sebenarnya?! Apa kau buat dekat suami aku sampaikan dia tak mengaku aku sebagai isteri?!" Bentak Nadia. Kini, kesabarannya semakin menipis. Entah-entah ada pisau melayang nanti. Bukan boleh kira mak cik amnesia ni. Kan nyawa terbang.

"Abang tak buat apa-apa pun sayang. Dah sayang ni isteri sah abang. Macam mana Ryan nak mengaku dia suami sayang? Tak logik kan?" Nada Adrien masih lembut. Bahkan masih lembut.

DI luar bilik wad Nadia, Luna, Norman dan Ryan sudah sakan gelakkan Adrien.

"Kemain eh Nadia berlakon."

"Tulah. Jadi je. Nampak real pula."

"Kan..tapikan, aku kesian tengok Adrien. Member baru happy isteri dah bangun. Sekali, acah-acah amnesia. Jahat doh aku jadi doktor."

Mereka terpaksa mengawal suara gelakkan. Takut Adrien terdengar gelakkan dari dalam.

"Ish ish ish..tak patut. Tulah, abang kata jangan awak degil. Nak juga ikut idea bangang Ryan ni. Dah tahu wayar kewarasan dia terputus. Janganlah ikut. Ni tak. Makin bengong idea, makin awak suka nak ikut. Ni dengan abang-abang sekali awak heret." Bebel Norman panjang. Kepala asyik tergeleng-geleng sahaja. Bini siapa lah ni!

"Hehe..alah. Sekali-sekala."

"Ha. Menjawab!"

"Ish kau orang diamlah. Aku nak dengar ni. Ade campak-campak barang tak ni agaknya?" Marah Ryan.

Orang nak dengar, dia sibuk nak bincang hal politik. Eh?

Luna dan Norman hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Serentak.

LAMA Ryan menekup telinga di pintu bilik. Sehinggalah, pintu itu dibuka oleh Adrien dari dalam. Dengan muka yang redup, dia melangkah keluar. Mata pun dah sembap. Nampaknya, dia menangis di dalam bilik wad Nadia itu.

"Macam mana? Okay tak? Dapat pujuk?" Soal Ryan. Acah-acah prihatin. Padahal, dia lah kepala pengat dalam situasi ini. Ceh! Sumpah manusia bertopengkan shyton!

"Hmm...tak. Dia nak kau juga yang masuk. Kau.." Adrien menahan sebak.

"Kau try lah cakap dengan dia. Maybe dia dengar cakap kau. Memandangkan dia ingat kau sebagai suami dia."

Sebelum melangkah pergi, Adrien menepuk bahu rakanya itu. Hanya Ryan sahaja dapat dia sandarkan harapan sekarang.

Pemergian Adrien dihantarkan dengan ekoran mata mereka bertiga. Lesap sahaja Adrien dari pandangan mata mereka, terus kaki berura-ura memasuki wad Nadia.

"Pergh! Gilalah kau! Gempak kot. Macam mana kau dapat tahan suka?" Masuk sahaja, Ryan terus menerkan Nadia dengan soalan.

"Aku pun sebenarnya nak gelak juga. Tu aku suruh dia keluar. Kalau tak, gelaklah aku dalam ni dengan dia. Kantoi nanti." Selamba sahaja jawapan Nadia.

"Tak baik doh kau. Gitu kau layan suami kau. Menangis darah weh dia setiap hari untuk kau." Norman sentiasa backup Adrien.

"Hehehe. Nanti-nantilah aku beritahu dia. Ke aku acah-acah minta cerai. Pastu, masa dia nak lafaz, aku peluk dia. Argh!! Dah dapat. Gempak idea aku ni." Pada awalnya ingin berterus terang dengan Adrien terus tak jadi. Nak seksa lagi rupanya. Siapa nak bini macam ni?

Dia Milikku | CompleteWhere stories live. Discover now