Bab 9

93 22 1
                                        

Lama Nadia dan Ryan tidak bercakap. Hatta, mereka juga jarang bersua muka. Mereka hanya akan berjumpa di kelas sahaja.

Nadia sentiasa mencari alasan untuk melarikan diri dari Ryan. Dia sentiasa pulang lebih awal. Tiba-tiba sahaja dia menghilang. Waktu rehat pun dia hilang. Entah ke mana.

Dia pasti, itu bukan mimpi. Tapi, realiti. Realiti yang amat memeritkan. Banyak soalan bermain di dalam fikiran Nadia. Dia ingin mendapatkan penjelasan dari Ryan. Entah kenapa, setiap kali ingin memulakan bicara, dia seperti dapat merasakan semula bibirnya ditindih lembut. Lembap. Sehinggakan dia lena. Sudah banyak kali dia mencuba. Tapi, selalu gagal.

'Sampai bila nak jadi macam ni, Nad. Kau memang tak sayangkan persahabatan kau dengan dia orang ke apa?' Gumam Nadia sendirian.

Disebabkan dia sentiasa melarikan diri dari Ryan, hubungan dia dengan Luna dan Adrien pun semakin renggang. Dia benar-benar tidak mahu hubungan mereka yang tidak ternilai terputus. Tiada apa yang boleh menggantikan keistimewaan hubungan mereka. Walaupun mereka hanya kawan baik, mereka saling melengkapi. Sentiasa memerlukan satu sama lain. Tak boleh kurang. Tak sama!

Mia

Mia apa lagi? Happylah. Hubungan dua merpati renggang. Boleh dia kebas nanti.

"Adik. Kenapa termenung sangat tu? Okay tak ni? Dah nak tembus pinggan tu adik renung." soal Datin Naura.

Datin Naura merupakan seorang yang penyayang. Pantang nampak orang tengah frust, mesti mulut tu akan ringan then tolong selesaikan masalah. Memang sah sifat ibu-ibu.

"Tak ada apa-apa lah. Adik okay je."

"Betul ni? You know that you can share everything with me right? So, if you're not okay, just tell me then. I'll help you if I can." Soal Datin Naura semula. Dia mahu memastikan bahawa anak bongsunya betul- betul tak ada masalah.

Dia bukan nak sibuk dalam life Nadia. Cuma, sebagai ibu, dia bertanggungjawab untuk mengetahui dan menolong untuk menyelesaikan masalah Nadia. Tak hanya Nadia, masalah Iskandar pun dia tolong selesaikan juga.

"Iya. Adik betul-betul okay. Cuma, stress pasal sekolah je. Kerja kinda banyak and susah juga." bohong Nadia.

'Maafkan adik mama. Adik terpaksa tipu.' Nadia meminta maaf kepada ibunya namun, hanya di dalam hati. Tiada siapa yang dapat mendengarnya melainkan dirinya sendiri dan Sang Khalif.

Dia tahu jikalau dia memberitahu ibundanya bahawa bibir anaknya diragut, pasti dia akan cari puncanya. Dia tidak mahu memperbesarkan masalah. Cukuplah dengan masalah yang dah ada ni. Ni pun dah teruk sangat. Datin Naura paling pantang jika maruah keluarganya dicalar. Kenapa Nadia takut sangat untuk beritahu ibundanya?

Beberapa bulan lepas

"Diana! Mana anak kau?! Panggil dia keluar sekarang!" jerkah Datin Naura.

"Eh..kau ni kenapa? Anak aku? Kenapa dengan anak aku?" soal Diana semula.

Diana dan Datin Naura merupakan rakan sekelas dahulu. Hubungan mereka tidaklah rapat sangat seperti bestfriends. Tapi, mereka hanya mengenali sesama sendiri begitu-begitu sahaja. Akan tetapi mereka bukanlah musuh. Nak kata rapat, taklah rapat sangat. Nak kata musuh, tak ada gaduh-gaduh pun. Just setakat hai and bye je. Tapi, anak mereka boleh pula melekat. Kuat betul tarikan magnet ni.

"Kau panggil Emir keluar sekarang! Aku nak jumpa dia." tengking Datin Naura.

Sepupu Emir yang baru turun tangga pun terkejut mendengar tengkingan Datin Naura. Ingat turun nak hilangkan haus. Tiba-tiba hilang pula rasa ni setelah memdengar suara Datin Naura yang bergema satu rumah.

"Myra. Tolong panggil abang Emir." arah Puan Diana, ibu saudara Amyra.

"Okay aunty."

"Abang Emir. Turun. Aunty panggil." Panggil Amyra. Amyra Natasha merupakan sepupu Emir. Amyra jugalah punca Emir dan Nadia couple.

"Kenapa mummy panggil Emir?" Soal Emir.

"Tak tahu. Tapi, kecoh juga dekat bawah." Jawab Amyra. Bahu diangkat sedikit menandakan dia memang tidak tahu.

"Emir!!"

Emir terdengar namanya dipanggil, lantas terus turun ke tingkat bawah dengan cepat. Dia sangat terkejut pabila bertentang empat mata dengan Datin Naura. Mananya tak, muka macam nak baham orang. Harap bukan kanibal. Kalau tak, dah lama Emir lesap dari muka bumi.

Dia berjalan ke arah Datin Naura dan ibunya, Diana Mellysa.

Lututnya lemah longlai. Rasa mahu tercabut. Tangannya sejuk. Dahinya berpeluh. Berbagai-bagai sakit takutnya datang. Dia tersangatlah takut untuk menghadap 'bakal' mertuanya.

Mertua tak jadi!

"Emir Iman! Kau mari sini!" Panggil Datin Naura apabila penglihatannya terserempak dengan ex-boyfriend anaknya.

"Ke-kenapa aunty?" Soal Emir dalam ketakutan. Apabila dia dalam.ketakutan, dia pasti akan gagap. Tak boleh bercakap dengan betul.

"Kau tanya aku kenapa?!"

"Kau pergunakan anak aku, then kau tanya kenapa?! Kenapa bengap sangat kau ni!"

"Kau ni ada otak ke tak?!"

Muncul sifat ketua pengawas milik Datin Naura. Semasa sekolah rendah dan menengah, dia merupakan ketua pengawas. Cikgu mengambilnya sebagai ketua lengawas dek kerana sifatnya yang baik tapi tegas. Dia mudah didekati. Akan tetapi, don't cross her limit or you'll regret it!

"Kau couple dengan anak aku, lepas tu, kau putuskan dia macam tu je! Atas alasan, dia dah tak sekolah dekat tempat yang kau tetapkan. Sebab apa?! Nak minta dia tengokkan sepupu kau tu! Kau ingat anak aku tu bodyguard sepupu kau ke?!" tengking Datin Naura bertubi-tubi.

"Maafkan saya aunty. Say-"

"Saya apa saya?!"

"Kau ingat anak aku tu apa? Boleh guna suka hati. Nak ambil, tak nak buang. Ni lah lelaki. Dia minta putus tak apa, bila kita minta putus tak boleh pula. Dasar lelaki Jahanam!"

Emir hanya diam seribu bahasa. Dia tidak tahu bagaimana lagi ingin tegakkan benang yang basah. Memang dia yang salah. Pergunakan Nadia.

"Kau dengar sini, lepas ni, aku tak nak kau muncul dalam hidup Nadia lagi. Kalau kau muncul juga, siap kau aku siat!"

Itulah amaran terakhir Datin Naura.

"O-okay"

Sempat Emir menjawab sebelum Datin Naura membalikkan diri dan membuka langkah ke arah kereta Audi tt hitamnya.

NADIA mengeluh seorang diri di atas sejadah di dalam bilik tidurnya. Usai solat, dia tidak melipat telekung dan sejadah terus. Sebaliknya, dia termenung dan mengeluh.

Sejak kejadian itu berlaku, dia selalu berfikir bukan-bukan. Kekadang, dia bahkan takut untuk tiduk. Takut kejadian yang sama terjadi. Namun, apa dayanya? Boleh ke dia undur masa?

Akan tetapi, dia tahu yang dengan menjauhkan dirinya dengan Ryan dapat mengelakkan perkara yang tidak mahu berlaku.

Namun, dengan dirinya menjauhkan diri dengan Ryan, dia juga akan meregangkan talian persahabatan dia dengan yang lain.

Buntu. Dia buntu sekarang.

"Ya Allah. Tolong aku Ya Allah." Rintih Nadia. Air matanya perlahan-lahan mengalir membasahi pipi mulusnya.

Dia Milikku | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang