Bab 10

116 24 2
                                        

Sekian lama Nadia berdiam diri. Dia tidak lagi mampu untuk menatah peritnya. Setiap kali iris cokelat cairnya bertembung dengan iris cokelat pekat milik Ryan. Ryan telah memberi titik hitam kedua dalam hidupnya.

Siapakah yang pertama?

Emir Iman.

Jejaka pertama yang berjaya meragut hatinya. Dia jugalah jejaka pertama yang mampu membuat Nadia jatuh tersungkur. Sedih yang teramat hatta sentiasa pilu. Hati kecil milik Nadia sedih untuk melepaskan Emir. Namun, apa boleh buat. Orang dah benci.

Nad. Jom lepak. Dah
lama lepak sama-sama.
-Luna

Aku busy.
Nadia-

Kau ni. Busy memanjang.
Nak kata cikgu beri kerja,
tak ada pun. Jomlah.
Aku, kau, Norman dengan Ad je.
Ryan tak ada. Dia ada hal
dengan family dia. Jomlah..
Aku rindu kau. Lama kita tak
lepak. Dekat taman eh?
Pukul 5.
-Luna

Hurm..yelah..nanti aku pergi
Nadia-

Yeay!
-Luna

Petang itu, Nadia, Luna, Norman dan Adrien berjumpa di taman seperti yang dijanjikan.

"Hmm. Apa hal nak jumpa?" Soal Nadia apabila mendapati kesemua rakannya kecuali Ryan telah tiba di taman.

"Alahh. Saja je nak jumpa. Kau ni.." Jawab Luna.

Hump!

Nak jumpa pun susah!

Nak kata Nadia suka terperap dalam rumah, bukan Nadia lah tu. Dialah yang paling suka jalan-jalan. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia split identity. Tak nak keluar rumah langsung.

"Nadia. Aku nak tanya kau ni." Adrien membuka mulut selepas lama berdiam diri.

Kini tatapan Nadia beralih pada Adrien. Sebelum dia membuka mulut, dia mengerling Norman dan Luna. Ingin dia pastikan ini merupakan masa yang sesuai untuk bertanya tentang...

Tengah hari

"Norman, Ad. Aku rasakan Nad dengan Ryan gaduh." Luna memulakan bicara.

"Apa pula kau ni. Buat apa dia orang gaduh. Bukan dapat apa-apa pun. Rugi adalah." Adrien menafikan kata-kata Luna.

"Tah Luna. Kau ni pun. Dia orang masing-masing busy. Sebab tu tak cakap mana sekarang. Masing-masing ada hal sendiri" Norman juga menafikan kata-kata Luna. Malahan, dia mengiyakan bahkan menyokong kata-kata Adrien.

"Bukan aku nak ragu dengan dia orang. Tapi, kau orang pun nampak. Dingin semacam je hubungan dia orang. Nad langsung tak bercakap dengan Ryan since dia bangun dari tidur hari tu. Lepas tu, bila Ryan nak cakap dengan dia, dia mesti lari and jauhkan diri." Terang Nadia panjang lebar.

"Hurm..aku pun tak tahulah. Kalau betul Nad dengan Ryan gaduh, mesti masalah tu besar. Ryan confess dekat dia ke? Dia still ada perasaan terhadap Nad ke?" Jawab Norman.

Adrien hanya mendiamkan diri dan menjadi tunggul kayu dan mendengar segala perbincangan antara Luna dan Norman. Diam seribu bahasa.

Riak muka Adrien sangatlah tegang. Tidak tercalit sedikit pun senyuman di bibir Adrien yang berwarna pink lembut. Bibir orang sihat..

Dia Milikku | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang