Bab 15

110 24 0
                                        

Dua tahun berlalu, hubungan Adrien dan Nadia semakin rapat. Namun, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

"Abang!" Jerit Nadia.

"Ye? Kenapa sayang?" Soal Adrien cemas. Jelas kedengaran kerisauan pada nadanya.

Adrien yang masih berpeluh dipeluk oleh Nadia. Peluh di dahi dilap perlahan oleh Nadia. Dek kerana leka bersenam di gim rumah mereka, peluh dah macam baru sudah mandi. Buat apa pergi jauh-jauh kalau boleh buat sendiri? Ceo kan.

"Kenapa sayang? Terkejut abang, sayang jerit-jerit macam tu." Ujar Adrien sambil merangkul pinggan langsing Nadia tanda membalas pelukan hangat Nadia kepadanya

"Abang tutup mata sekejap. Boleh?" Ayatnya bukanlah ingin bertanya. Akan tetapi, lebih kepada mengarah.

"Kenapa pula? Sayang...cuba beritahu. Jangan buat abang suspen macam ni." Kenapa pula Nadia ingin Adrien menutup mata?

"Cepatlah. Nanti abang tahu. Please." Pinta Nadia sekali lagi. Kali ini, suaranya didayu-dayukan. Tak apa, suami sendiri.

"Haih..ada-adalah sayang ni." Bebel Adrien seraya menutup matanya.

Haa. Jangan ingat lelaki tak membebel. Kalau dah buka mulut, kalah mak-mak. Berdarah telinga nak dengar.

"Ish abang ni! Tutuplah elok-elok." Marah Nadia. Marah-marah manja. Manakan tak, disuruh tutup mata, dia buat main-main pula. Memang kenalah sedas di lengan sasa tu.

Sasalah tangan. Orang kuat gim ni!

"Sekejaplah." Kaki jinjang Nadia melangkah ke arah rak tudungnya. Sehelai tudung bawal hitam diambil dan dilipat secara memanjang. Ya. Nadia sudah bertudung. Enam bulan selepas berkahwin, Nadia nekad untuk menyempurkan auratnya. Pakaian dilabuhkan. Rambut ditutup. Pada awalnya, dia berasa kurang selesa. Namun, alah bisa tegal biasa. Lama-kelamaan, Nadia sudah terbiasa untuk memakai tudung. Tudung yang siap dilipat Nadia gunakan untuk menutup mata Adrien. Tutup mata ye. Jangan tutup hidung pula. Mati nanti. Jadilah janda. Haha

"Meh tangan." Pinta Nadia sebaik sahaja di sudah berada di hadapan Adrien yang kini masih menutup mata dengan menggunakan tudung hitam milik Nadia.

Lambat-lambat Adrien menghulurkan tangan kanannya.

Akibat lambat, Nadia menarik perlahan tangan Adrien dah meletakkan sesuatu di atas tapak tangan itu.

Dengan perasaan gugup, Nadia membuka semula ikatan tudung yang menutup mata Adrien. Lama Adrien merenung 'sesuatu' di tapak tangannya. Apakah itu?

Sehinggalah, terbuntang luas matanya. Terkejut. Terharu. Gembira. Takut. Semua perasaannya tercampur baur.

Positif.

"Sa-sayang." Tergagap-gagap Adrien memanggil Nadia. Tubir matanya berair. Setelah sekian lama, keinginan mereka tercapai.

"Thank you sayang. Thank you very much!" Muka Nadia menjadi sasaran bibir Adrien. Setiap bahagian dicium. Dari dahi turun ke mata turun pula ke pipi kiri dan kanan hingga ke pundak hidung dan berhenti di bibir.

"Berapa minggu dah ni?" Soal Adrien apabila pelukan hangat dileraikan. Cecair jernih di tubir mata jatuh jua. Air mata kegembiraan.

"Five weeks." Jawab Nadia dengan singkat.

Adrien melutut dan menyentuh perut Nadia yang masih kempis. Ingin dia merasakan kehangatan zuriat mereka.

"Assalamualaikum anak papa. Anak papa sihat? Duduk diam-diam dalam perut mama. Jangan sakitkan mama ya. Kesian mama. Nanti mama sakit." Adrien mula berinteraksi dengan Si Kecil malaikat di dalam rahim isterinya. Perut Nadia dicium sekilas sebelum dia berdiri semula. Kaki diangkat dan diteruskan sehingga ke dalam tandas.

Dia Milikku | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang