Nadia berjalan sendirian di dalam pusat beli-belah. Mereka sengaja ingin mengumpan Emir. Dengan itu, Adrien meminta Nadia untuk mengekspos dalam Instagramnya yang dia berjalan-jalan sendirian.
Betul ke sendirian?
Memang taklah Adrien benarkan Nadia berjalan-jalan sendirian. Mereka semua mengikuti Nadia. Namun, dengan penyamaran.
Adrien, Norman, Ryan, Dzaki dan Luna memakai baju hoodie, topi dan mask muka agar tidak mudah dicam oleh targetnya.
Nak jaga seorang sahaja, habis seketurunan Adrien panggil. Puterilah orang katakan..
Lama berpusing di dalam pusat beli-belah itu, akhirnya target mereka munculkan diri.
"Sayang, bila Emir datang, abang nak sayang pura-pura tak kenal dia. Jangan layan. Jual mahal. Faham?"
Nadia yang teringat akan peringatan Adrien tersenyum sinis melihat Emir yang berjalan ke arahnya.
"Target dah dekat." Ujar Adrien apabila dia ternampak kelibat Emir berdekatan Nadia.
Nadia hanya mendiamkan diri. Matanya melilau ke kiri ke kanan mencari Emir.
'Gotcha.'
Nadia tersenyum sinis. Dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan dan di balas. Dia harus bersikap dingin di hadapan bekas teman lelakinya.
No more the soft Nadia. That Nadia is only for her beloved. Now, this is the other Nadia. The Nadia that for a bitch like him!
Emir berjalan terus ke arah Nadia yang masih sibuk bermain telefonnya. Keadaan sekeliling langsung tidak diambil peduli olehnya. Sangka Emir.
Apabila sudah dekat, Emir memanggil Nadia dengan gelaran yang selalu dia gunakan dahulu.
"Sayang."
Nadia berpura-pura tidak mendengar sapaan Emir walau dia tahu yang sapaan itu untuknya.
Matanya masih tertumpu terhadap telefonnya."Nadia." Panggil Emir sekali lagi.
Kali ini, Nadia memberi respon. Dia mengangkat kepala untuk menatap Emir di hadapannya.
Kening diangkat tinggi.
"Jual mahal."
Nadia yang teringat akan pesan Adrien terus berpusing untuk lari.
Emir menarik tangan Nadia dengan pantas.
Berasa tangannya ditarik, Nadia merentap tangannya semula.
Adrien sudah mengepal telapak tangan melihat tangan isterinya oleh lelaki lain.
Ryan yang perasankan tindakan Adrien menepuk lembut bahu Adrien bagi menenangkannya.
Akhirnya, Nadia pasrah dan tunggu. Tangannya dilipat di dada.
"What?" Soal Nadia dingin. Muka manisnya langsung tidak tercalit sebarang senyuman. Dingin sahaja muka itu.
"Sayang." Ujar Emir dengan mesra. Tangannya didepakan untuk memeluk Nadia.
Nadia berundur ke belakang setapak.
Emir yang sedar akan tindakan Nadia menurunkan tangannya semula.
"Pardon?"
"Sayang."
"Who?" Soal Nadia dingin.
"Nadialah. Siapa lagi Emir panggil sayang?"
Nadia mengerutkan keningnya.
"Emir. Your ex?" Emir cuba mengingatkan Nadia apabila melihat muka Nadia yang seperti tidak mengingati dirinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/344724289-288-k30559.jpg)
YOU ARE READING
Dia Milikku | Complete
RomanceBerkisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Nadia Imani dan Adrien Maleeq merupakan sahabat baik sejak kecil. Lama-kelamaan, Adrien menaruh perasaan terhadap Nadia. Lamarannya diterima. Zuriat diberikan oleh Sang Khalif selepas beberapa tahun. Sua...