Adrien. Adrien Maleeq. Dia sama umur dengan Nadia dan Luna, 15 tahun. And even, sama kelas. Tapi, perangai dia tidak sama langsung dengan mereka.
Kelas mereka sangat ceria dan ibarat zoo manakala Adrien. Dia merupakan seorang sangat dingin dan sukar untuk didekati. Mulutnya juga tajam. Tajam semula jadi. Tak perlu diasah.
Satu-satunya perempuan yang dia berkawan sekarang ni hanyalah Nadia. Ni pun, sebab mereka dah lama berkawan. Luna pon dia tak kawan mana.
Haha. Kesian.
Bagi majoriti perempuan, dia ni ibarat bidadara kiriman Tuhan. Mukanya yang putih bersih, bibirnya yang sedikit pink dan tingginya yang ibarat dia makan tiang dahulu sewaktu kecil.
Yang membuatkan Nadia hairan adalah, ketika mereka berumur 11 tahun, Nadia lebih tinggi darinya. Tapi sekarang...mak ai..apalah yang dia makan sepanjang perpisahan.
Nadia dan Adrien atau nama manjanya Ad berkawan sejak kecil lagi. Jadi, mereka sangat rapat dan mengenali satu sama lain luar dan dalam. Iye ke? Nadia pun sebenarnya banyak dah lupa pasal dia ni. Entah dia pun sama. Haha.
Disebabkan hubungan mereka yang rapat, ramai yang mengatakan mereka berdua merupakan pasangan kekasih.
"Ermm Nad." Adrien melangkah ke arah Nadia dan Luna sebaik sahaja senior itu melangkah pergi. Siapakan senior itu? Itulah orang Nadia minati. Jangan risau. Nanti bakal diberitahu. Just wait.
"Hmm. Asal? Tak tahu nak pergi mana? Tulah kau. Aku suruh cari kawan kau tak nak. Kan dah jadi kera sumbang. Muka pun nak sama dah." Gelakan Nadia memecah suasana yang bagai terdapat malaikat yang lalu.
Adrien hanya mencebik.
Nadia menghabiskan tawa sebelum sambung berbicara.
"Kau pergi kat dataran perhimpunan. Cepat, perhimpunan dah nak start. Nanti lambatkan. Pastu, kena denda dengan cikgu." Ujar Nadia. Dia memang dah dapat agak soalan yang bermain di fikiran Adrien ni.
Maklumlah, kawan sejak kecil lagi. Kenapa lah Nadia yang dapat kawan macam dia ni..pendiam betul. Susah nak cari kawan. Tapi best juga. Dia kinda protective.
Lama bersembang, Nadia baru perasan bahawa Luna sudah diam seribu bahasa. Mana ke tak, hari lain tak ada peluang macam ni..nampak Si bidadara dalam jarak dekat. Bukan selalu..
Mereka menghantar pemergian Adrien hanya dengan ekoran mata.
"Nadia..."
"Hm?"
"Nadiaa..."
"Iya?"
"Nadiaa...."
"Kau nak apa? Serabut aku. Aku tahulah nama aku Nadia. Kau tak payah panggil berkali-kali macam ni." Bentak Nadia. Serabut tahu tak bila orang asyik panggil tanpa memberitahu sebab.
"Alah..janganlah marah." Rajuk Luna.
"Ololo..merajuk ni?"
Diam.
"Hump! Merajuklah kau sorang-sorang. Aku tak nak pujuk. Ronda sorang-sorang. Bye!" Ujar Nadia seraya kaki jinjang dihayun meninggalkan Luna.
'Ingat aku ada masa nak pujuk orang merajuk? Aku dah lah tak pandai pujuk orang.'
"Muhammad Ryan Aish! Masuk dewan sekarang!" Tempik Nadia kuat. Sangat kuat sampaikan beberapa pengawas yang turut meronda bersama mereka memalingkan wajah ke arah aku dan Luna.
"Err..err.."
"Kau err apa? Masuk dewan sekarang!" Marah Nadia.
"Kau tak payah nak beli nasi lemak Cik Ana tu. Kau masuk dewan sekarang!" Marah Nadia lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/344724289-288-k30559.jpg)
YOU ARE READING
Dia Milikku | Complete
RomansaBerkisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Nadia Imani dan Adrien Maleeq merupakan sahabat baik sejak kecil. Lama-kelamaan, Adrien menaruh perasaan terhadap Nadia. Lamarannya diterima. Zuriat diberikan oleh Sang Khalif selepas beberapa tahun. Sua...