Nadia terbangun dari lenanya apabila terdengar bunyi pintu biliknya dibuka.
Dia menatap Emir yang masuk ke dalam bilik itu dengan sebuah beg ditangan. Keningnya berkerut. Namun, dia masih memilih untuk diam.
"Sayang dah bangun?" Soal Emir. Walau dia sudah nampak yang mata Nadia celik.
"Kepala hotak kau sayang!" Marah Nadia. Dia geram dengan Emir. Bersayang bagai!
Emir ketawa perlahan. Dia langsung tidak terkesan akan amarah Nadia.
"Sayang ni comellah bila marah. Geram rasa!" Ujar Emir. Dia meletakkan beg itu di atas meja.
Nadia hanya menayangkan wajah jengkel.
"Ni beg pakaian untuk sayang." Ujar Emir. Dia berjalan ke arah Nadia. Rahang Nadia dicengkam kuat.
"Jangan melawan!" Ujarnya perlahan. Keras nadanya.
Nadia hanya dapat menahan sakit. Dia tidak dapat melawan dengan rahangnya yang dicengkam sebegitu.
Emir mengusap kepala Nadia. Kemudiannya dia menarik sedikit rambut Nadia dan dihidu.
"Wangi! Pandai you jaga." Ujar Emir. Senyuman sinis diberikan kepada Nadia.
Dia berbalik dan berlalu keluar dari bilik itu. Pintu tidak pernah lupa dikunci.
"Gila!" Ujar Nadia perlahan. Cukup perlahan hingga hanya dia sahaja yang dapat mendengarnya.
RYAN mencari isyarat keberadaan Nadia di dalam rumahnya.
Nadia sahabatnya. Dia perlu membantu Adrien untuk mencari Nadia.
"Jumpa!" Jerit Ryan sedikit. Dia sangat gembira.
"Nad. Kau tunggu kita orang datang. Kita orang akan selamatkan kau. Aku janji!" Ujar Ryan. Itu janjinya.
Ryan mencari telefonnya.
"Ish! Mana ni?!"
Setelah menjumpai telefonnya, nombor Adrien dicari dalam kontaknya.
"Hello, Adrien." Sapa Ryan.
ADRIEN terkejut apabila telefonnya berbunyi secara tiba-tiba.
Nama Ryan naik di layar telefonnya.
"Ha? Ada apa?" Soal Adrien sebaik sahaja suara Ryan mula menyapa halwa pendengaran.
"Aku dah jumpa." Ujar Ryan disebalik telefon.
"Jumpa?" Soal Adrien semula.
"Kau jumpa apa?" Soal Adrien lagi.
"Aku jumpa lokasi Nadia." Balas Ryan.
"Kau jumpa apa?! Kau kau jumpa lokasi Nadia?! Lokasi isteri aku?" Soal Adrien berkali-kali. Sungguh dia berasa gembira. Terlalu gembira hinggakan air mata mengalir kegembiraan.
"Ya Allah. Terima kasih Ya Allah."
NADIA menatap beg yang berada di dalam bilik itu. Perlahan-lahan, dia membuka langkah ke arah beg itu.
Zip dibuka. Semua barang keperluannya berada di dalam beg itu. Boleh dikatakan complete.
Namun, dia hanya mengambil berus gigi dan ubat gigi. Entah kenapa, dia ragu untuk memakai pakaian yang diberikan oleh Emir sedangkan pakaian itu baharu.
Dia bahkan tidak melihat pakaian itu. Langsung tidak menarik minatnya.
Langkah diatur ke dalam tandas. Dan gigi mula digosok.
Nadia merupakan seorang yang pembersih. Sangat pembersih. Oleh itu, dia berasa agak kurang selesa apabila giginya kotor.
Usai membersihkan diri, Nadia keluar dari tandas itu. Dia agak terkejut melihat Emir berada di hadapannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Milikku | Complete
Storie d'amoreBerkisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Nadia Imani dan Adrien Maleeq merupakan sahabat baik sejak kecil. Lama-kelamaan, Adrien menaruh perasaan terhadap Nadia. Lamarannya diterima. Zuriat diberikan oleh Sang Khalif selepas beberapa tahun. Sua...
