Kring!!
Jam loceng di tepi katil sudah sakan mengeluarkan bunyi. Ini sebagai petanda untuk bangun dari katil dah mulakan hidup.
Namun, si gadis yang berbaring di atas katil berasa sangat malas untuk turunkan tubuhnya dari katil yang sangat empuk itu. Dahlah dia tidur lambat semalam. Baca buku punya pasal lah. Nasiblah penamat cerita itu seperti yang diharapkan.
Nadia hanya membiarkan jam loceng itu berbunyi sehinggalah
"Adik!! Bangun!! Adik nak suruh anak jiran pergi tutup jam loceng tu ke?! Ke nak abang buang je terus?!" Bebel Alan Iskandar.
Alan Iskandar merupakan anak sulung dari dua berdarik ini. Unur Iskandar hanya dua tahun lebih tua dari Nadia.
Seorang Alan Iskandar sangatlah kuat membebel. Kalah perempuan. Tak habis-habis membebel. Mujur tak berdarah je telinga dengar dia membebel tiap-tiap hari. Agaknya dia ni terlebih minum air kut. Tu yang air liur tak pernah habis. Nadialah yang perlu menghadap semua bebelan abangnya. Kenapa
Tak kan dia nak membebel dekat mama dan papa? Gali kubur sendiri namanya. Tak telinga tercabut, wang bulanan dipotong.Kaki galahnya melangkah ke dalam bilik Nadia. Alarm Nadia diturup dan selimut ditariknya dengan kasar. Dipaksa juga Nadia untuk bangun dari tidur. Namun, masih tak diendahkan oleh Nadia. Dasar adik 'mithali'.
Nadia menggeliat sedikit dan menarik selimut semula sampai ke paras dada. Namun, sekejap sahaja selimut di atas badannya hilang. Kini, selimut kesayangannya sudah selamat menyembah lantai.
Nasiblah lantai bilik bersih. Maunya kotor? Lebam lengan.
"Bangun-bangunlah. Pergi mandi. Nanti lambat pula ke sekolah. Macam manalah adik boleh terpilih jadi pengawas. Tak berdisiplin langsung! Kalau Cikgu Milie tahu perangai adik, mesti dia menyesal pilih adik!" Bebelnya lagi.
"Iya-iya. Adik bangunlah. Bisinglah. Pagi-pagi buta dah memekak. Tak penat ke??" Omel Nadia. Lantas, dia bangun dan mencapai tuala. Dengan malas dia melangkah ke arah tandas di dalam biliknya.
Iskandar hanya menjeling Nadia. Nadia apa lagi? Balaslah dengan jeliran. Sah lidah Nadia hilang esok!
Melihat Nadia menuju ke dalam bilik air, Iskandar melangkah keluar memberi masa Nadia bersiap sebelum ke sekolah.
***
Selepas hampir satu jam bersiap, Nadia melangkah turun siap dengan berbaju kurung biru, berkain biru dan bertudung biru. Boleh dikatakan all blue.
Seperti yang diperkatakan oleh Iskandar, Nadia merupakan seorang pengawas. Pengawas sekolah lagi. Siap pegang jawatan tinggi tau! Kau ada?
"Mama!" Jerit Nadia dengan riang. Dah macam kanak-kanak riang Nadia terkinja-kinja. Dia berlari-lari anak ke arah ibunya dan memeluknya. Ibu Nadia membalas pelukan itu sambil mengusap belakangnya.
"Ceh. Mengada!" Ujar Iskandar sambil menarik Nadia menjauhi ibu mereka. Kini, gilirannya pula bermanja dengan ibu mereka.
"Eleh. Jealous beritahu!"
Iskandar hanya menjelirkan lidah. Tidak puas hati, Nadia meluru ke arah Iskandar untuk menolaknya jauh.
'Mama aku ni!'
Mereka berdua berhenti bergaduh apabila telinga Iskandar ditarik dan pinggang ramping Nadia dihadiahkan sepit ketam. Menyengat oo! Sumpah merah dah telinga Iskandar dan pinggang Nadia.
"Abang, adik. Pagi-pagi buta dah memekak. Tak malu ke dengan jiran? Apa jiran fikir nanti? Ingat, kita hidup berjiran." Dengan penuh lemah lembut ibu Nadia, Datin Naura Irdina menasihati Nadia dan Iskandar.
Mulutnya lembut namun tidak tangannya. Sepit ketam legend Datin Nauralah yang paling mereka dua beradik risaukan. Sekali kena berhari! Kesannya makan dalam. Bagai tusukan pisau belati di ulu hati. Namun, ini merupakan bagai sepit ketam menyapa kulit. Sakit tak sakit. Merana oi!
Mereka hanya mampu senyum tanpa sebarang kata-kata. Pelukan dileraikan oleh Datin Naura. Nadia memandangnya dengan wajah sayu yang dibuat-buat.
"Abang tu ma." Rungut Nadia sambil menunjuk ke arah Iskandar di sebelahnya.
Iskandar hanya menjeling tajam ke arah Nadia. Nadia pula membalas dengan muka 'kesah apa aku?'
"Abang, adik cepat siap. Lambat papa tinggal. Pergi sekolah jalan kaki." Kini, giliran bapa mereka, Dato' Asiah Izkandar yang baru turun berbicara. Kata-katanya memang sentiasa penuh dengan amaran, tetapi, dia jarang betul-betul melakukan amarannya selagi tidak diperlukan. Kekadang, ada juga pernah kena tinggal. Tak pasal-pasal Nadia kena tumpang Luna. Nasib sejalan!
"Okay, papa."
"Okay."
Jawab Nadia dan Iskandar serentak . Takut juga kena tinggal. Memang taubat dah bila dulu pernah kena. Mereka melangkah ke meja makan untuk bersarapan.
***
Usai bersarapan, mereka pun bertolak ke sekolah. Perjalanan rumah ke sekolah hanya mengambil beberapa minit sahaja kalau dengan kereta. Kalau jalan kaki?? Uish. Tak nak! Tak pasal-pasal berpeluh-peluh ke sekolah.
"Wehh..sampai pon Nur Nadia Imani..panjang umur. Lama tau aku tunggu" Gelak sahabat Nadia, Luna Kristina atau nama Islamnya Qay Luna Eydia. Tanganya sudah didepakan untuk memeluk Nadia.
Sebagaimana namanya, dia merupakan bekas seseorang yang beragama Kristian. Namun, dia tak berjaya menemukan kedamaian dalam agamanya dulu. Setelah berjumpa dengan Nadia, dia berpindan ke Agama Islam. Alhamdulillah!
Akan tetapi, ibu bapanya sedikit membantah pemindahan agamanya. Setelah berjaya memujuk, ibu bapanya menetapkan sebuah syarat. Namanya 'Luna' masih perlu ada di dalam nama Islamnya. Maka, terhasillah Qay Luna Eydina.
Kenapa perlu kekalkan nama 'Luna'? Ibu bapanya memberitahu itu merupakan namanya. Tak kesah agama apa sekalipun, Luna lah nama dia. Sejak hari dilahirkan sehingga dia dimatikan.
"Kau ni kan Luna. Tak sah kalau tak kecoh." Kata Nadia kepada Luna seraya menjelingnya. Mana tak kecoh? Kuat kut suara dia! Sampaikan majoriti pelajar di sana memandang Nadia dan Luna sambil berbisik-bisik. Tahan malu Nadia ada kawan otak wayar tak sambung macam dia ni. Agaknya dia tak minum susu dulu. Itu yang bebal semacam.
Stres!
"Ehh memang. Kalau tak, tak jadilah Qay Luna Eydia" Jawabnya. Ada saja jawapan minah ni. Memang tak akan pernah menang kita cakap dengan dia. Dia akan belit selagi mampu. Dan, bila sahaja dia tak mampu?
Tanpa melengah masa, mereka berdua melangkah ke kelas. Usai meletakkan beg sekolah di dalam kelas, mereka turun semula untuk bertugas.
Disebabkan mereka berdua sama-sama pengawas sekolah, sama kumpulan pula, mereka selalu bertugas bersama. Rezeki tahun ini.
Di dalam ahli jawatan tertinggi pengawas, Nadia merupakan ketua biro disiplin manakala Luna merupakan ketua biro mengumpat..ehh gurau-gurau. Jangan marah. Luna merupakan penolong bendahari.
Alhamdulillah. Sampai sekarang, mereka tak pernah salah guna kuasa. Jadi, guru pengawas amat mempercayai mereka.
Ketika sibuk meronda, Luna secara tiba-tiba memberhentikan langkah Nadia dan memintanya untuk menoleh ke kiri.
Tanpa banyak soal, Nadia pon menoleh ke kiri dan ternampak seseorang yang sangat dikenali. Salah. Dua! Dua-dua Nadia kenal.
Memang nasib berjumpa mereka.Luna memang suka usik Nadia dengan dua mamat ni. Yang seorang tu tak apalah. Tak kesah mana. Dah memang suka. Seorang lagi tu.
Dahlah kawan dari kecil. Gilalah tetiba nak sukakan dia. Memang tak lah!
Seorang merupakan murid baru di sekolah mereka. Dan malang nasib Nadia, dia sekelas dengannya. Memang setiap harilah Luna usik!Memang sesal nasib Nadia!
Dan seorang lagi merupakan senior Nadia. Senior itu jugalah seorang yang dia minati sejak tingkatan satu. Namun sayangnya, dia tak pernah perasankan kehadirannya. Sedih hidup ini.
Sakit!

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Milikku | Complete
RomansBerkisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Nadia Imani dan Adrien Maleeq merupakan sahabat baik sejak kecil. Lama-kelamaan, Adrien menaruh perasaan terhadap Nadia. Lamarannya diterima. Zuriat diberikan oleh Sang Khalif selepas beberapa tahun. Sua...