Sebuah motorsikal berkuasa tinggi Suzuki GX R1000R Race hitam, Yamaha MT-09 merah, Yamaha R7 biru dan Aprilia RS660 putih laju meluncur di atas jalan raya. Kedengaran ngauman motorsikal-motorsikal berkuasa tinggi itu dari kejauhan.
Mereka semua berhenti di hadapan sebuah rumah banglo. Namun, ianya sukar untuk mereka memasuki rumah itu. Ramai pengawal berbadan sasa sedang berkawal.
Mereka menyorokkan motorsikal di dalam semak samun bertentangan rumah itu.
Sayang..rumah je cantik. Semak berleluasa. Siapa nak tolong kemas tanpa bayaran?
Hanya senjata yang perlu sahaja diambil. Setelah mengaggih tugas, mereka bergerak. Adrien meninjau utara rumah, Norman meninjau selatan rumah, Ryan meninjau timur rumah manakala Dzaki meninjau barat rumah.
Setelah memastikan semuanya selamat, mereka memanjat masuk ke dalam pagar. Namun, belum sempat kaki Norman menyentuh lantai, dia disapa oleh salah satu pengawal rumah itu.
"Sedap ceroboh?" Soal pengawal itu dengan nada sinis dan menjengkelkan.
"Sedap. Manis rasanya." Loyar Norman. Sempat lagi dia berloyar buruk. Nyawa dah dihujung tanduk dah ni.
Dush!
Sesaat, tubuh Norman melayang dan merempuh dinding rumah itu. Norman mendesis kesakitan apabila belakangnya merempuh dinding batu itu.
Terdengar bunyi lemparan yang kuat, Ryan cepat-cepat berlari ke arah punca bunyi itu. Masa ini, pendengaran streofoniknya sangat membantu.
Apa itu pendengaran streofonik? Pergi buka buku teks sains tingkatan tiga. Bab berapa? Tak ingat. Hahaha...
Pendengaran stereofonik ialah pendengaran menggunakan kedua-dua belah telinga.
Ia membantu manusia menentukan arah dan lokasi bunyi.NADIA dan Luna berada di rumah Adrien. Luna bermalam di sana oleh kerana permintaan Adrien.
"Kesian tinggal bini aku sorang-sorang. Kan benda lain teman."
Yalah. Memang dia sorang je ada bini.
Mereka berdua duduk di ruang tamu. Tika asyik melayan cerita sambil mengunyah kudap-kudap, Nadia membuka mulut.
"Luna. Kenapa Adrien, Norman dan Ryan keluar? Dia orang pergi mana?" Soal Nadia. Badan dikalih menghadap Luna.
Luna cuak. Namun, riak wajahnya cuba dikawal. Tak mahu Nadia kesan perubahan mukanya.
"Err. Dia..dia orang ada kerja. Company ada masalah kut. Aku pun tak tahu." Tipu Luna.
'Sorry Nad. Ni permintaan suami kau.'
Adrien meminta Luna untuk merahsiakan punca dia dan rakannya yang lain pulang lewat.
"Kalau dia tahu, mesti dia bantah. Mesti dia tak nak aku buat macam ni."
"Dah tu. Kau tahu dia tak nak kenapa buat juga?"
"Hutang nyawa dibayar nyawa. Walau aku redha dan terima, darah bayar darah. Dia punca anak sulung aku hilang. Dia punca Nadia koma. Semua ni, dia yang buat."
"Ouh. Tapi, kenapa dia tak beritahu aku? Pastutlah dia macam stres je kebelakangan ni." Ujar Nadia. Dia memfokuskan mata ke arah television semula.
"Maybe sebab dia tak nak kau tertekan. Yalah. Kau kan baru pulih." Ujar Luna lagi.
"Ouh. Okay. Tak apalah. Nanti aku tanya dia."
"RYAN. Ryan!" Panggil Adrien disebalit alat pendengaran yang menghubungkan mereka berempat.
YOU ARE READING
Dia Milikku | Complete
RomantizmBerkisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Nadia Imani dan Adrien Maleeq merupakan sahabat baik sejak kecil. Lama-kelamaan, Adrien menaruh perasaan terhadap Nadia. Lamarannya diterima. Zuriat diberikan oleh Sang Khalif selepas beberapa tahun. Sua...