Pejam celik, dua minggu berlalu dengan pantas. Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum Nadia, Luna, Mia, Ryan, Adrien dan Norman menjejakkan kaki mereka ke sekolah baharu.
Segala keperluan Nadia sebelum menjejakkan kakinya ke sekolah baharu sudah tersedia. Cuma, tinggal satu masalah yang belum selesai.
Emir...
Akankah Emir marah akan tindakannya ini?
Assalamualaikum Emir.
You free tak petang ni?
-NadiaWaalaikumussalam.
Free je. Kenapa sayang?
Emir-Kita jumpa eh. I ada
benda penting nak beritahu.
-NadiaBoleh je. Dekat mana?
Emir-Taman kejiranan I. Pukul 5 petang.
-NadiaOkay sayang.
Jumpa nanti eh. Love you!
Emir-Love you too.
-Nadia'Macam mana aku nak beritahu dia? Akankah kami putus sebab ni? Takkan kut. Dia sayang aku kan.' Bisik kata hati Nadia. Kata-kata positif diberikan. Dia terlalu risau Emir akan putuskan hubungan mereka yang telah dicipta selama 7 bulan baru.
***
Nadia duduk di atas bangku di taman itu keresahan. Telapak tangannya digosok beberapa kali. Nafas diatur. Risau dia sukar untuk bernafas.
Lama dia menunggu. Jam di tangan dikerling beberapa kali. Seminit. Dua minit. Tiga minit. Namun, kelibat Emir masih belum kelihatan.
Adrien yang sedang berjogging di taman itu ternampak Nadia yang berseorangan. Kaki diorak ke arah Nadia. Namun, niatnya dibatalkan apabila sosok seorang jejaka menghampiri Nadia.
'Emir? Apa dia buat dekat sini?'
Kaki diberhentikan dan badan dikalih semula sebelum dia sambung berjogging. Headphone dipakai semula.
"Nadia. Kenapa you nak jumpa? Apa yang penting sangat?" Soal Emir sebaik sahaja dia mengambil tempat di sebelah kekasih hatinya di atas sebuah bangku.
"You, sanggup tak you tunggu I selama 2 tahun?" Soal Nadia semula. Wajahnya tidak diangkat walau sedikit. Telapak tangan masih dimain.
"Apa maksud you? Tunggu? Tunggu apa?" Soal Emir semula. Dia tidak menjawab. Bahkan, memberikan soalan bertubi-tubi semula.
"Sorry. Tapi, I kena mungkir janji. I tak boleh bersekolah di Sekolah Putrajaya dah." Balas Nadia.
"Apa maksud you? You kena buang sekolah ke? Takkan kut. You kan baik kat sekolah." Balas Emir terkejut. Tangannya dikepal. Cuba menahan rasa marah.
Emir merupakan seorang yang baran. Namun, sifat barannya masih belum ditunjukkan kepada Nadia.
"I terpilih untuk masuk sekolah The Aqua Empire International High School. Sekolah idaman I." Jawab Nadia perlahan.
Dia memberanikan diri untuk menatap muka Emir. Namun, dia menundukkan pandangannya semula apabila dia dapat melihat api kemarahan di dalam mata Emir.
Dia takut Emir akan putuskan hubungan haram mereka. Dia pernah berjanji dengan Emir yang dia akan menjaga sepupu Emir di sekolah dahulunya.
"KIta putus." Ujar Emir tanpa nada. Wajahnya langsung tidak memandang Nadia. Beku-sebekunya wajahnya.
"A..apa yang you cakap ni? Takkan sebab I pindah you nak putuskan hubungan kita ni? You ni dah kenapa?" Soal Nadia bertubi-tubi. Walau dia menjangka jawapan Emir, dia masih terkejut akan kata-kata Emir. Dia betul-betul tidak menyangka yang Emir akan memutuskan hubungan mereka hanya disebabkan hal remeh ini. Perkara yang dia takutkan telah berlaku.
Tubir mata Nadia terasa hangat. Cuma menunggu masa untuk jatuh sahaja. Dia begitu sayangkan Emir. Tapi, Emir semudah itu meminta putus. Mukanya sudah merah menahan sedih.
"Kau mungkir janji kau! Eh perempuan, kau dengar sini eh. Aku couple dengan kau sebab nak berterima masih je. Couple kita ni hanya tanda terima kasih dari aku je. Kau tak payah nak over sangat boleh tak?! Menyemak aku!" Herdik Emir tiba-tiba selepas dia lama mendiam.
Bahu Nadia terhinjut akibat terkejut. Tangisannya tumpah. Luruh hatinya mengetahui perkara sebenar. Rupanya selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia paling sedih, ini merupakan kali pertama dia bercinta. Ternyata dia hanya dipergunakan. Dia merasa harga dirinya sangat murah sehingga dipergunakan.
Adrien yang sedang berjogging turut terkejut apabila terdengar suara jerkahan yang agak kuat.
Dia menoleh ke arah keberadaan Nadia. Dapat dia lihat Nadia yang sedang menangis dan Emir yang sedang berdiri sambil memarahi Nadia.
"You. Janganlah macam ni. I sayang you." Ujar Nadia dalam tangisannya. Tangan Emir dipegang.
Kalau dahulu, dia yang memerli Mia. Kini, dia yang melakukan perkara yang sama. Menyentuh lelaki bukan mahramnya.
Senjata makan tuan.
"Kau ni memang tak faham bahasa kan?!" Tengking Emir lagi. Tangannya direntap. Terlepas juga pegangan Nadia.
Nadia terus menujuknya. Akibat menyampah, Emir mengangkat tangannya tinggi. Sebelum Emir sempat telapak Emir menyentuh pipi mulus Nadia, ada tangan yang menghalangnya.
Adrien mencerlung mata Emir tajam. Emir jelas kelihatan terkejut dengan kehadiran Adrien.
Nadia yang sudah menutup mata kerana takut ditampar membuka semula katanya apabila mendapati pipinya tidak terasa apa-apa.
Terbuntang mata Nadia melihat gerangan di hadapannya ini yang sedang memegang tangan Emir.
"Ad..Adrien."
"Kau kenapa!" Tengking Adrien.
"Mak ayah dia pun tak pernah naik tangan dekat dia. Kau siapa nak tampar dia!?" Soal Adrien dengan kemarahan. Mata masih belum lepas mencerlung Emir. Tajam.
Emir yang gerun akan tatapan Adrien. Dia terus melarikan diri.
Tadi bukan main nak pukul perempuan. Ni, kena cerlung sikit dah ketar lutut. Tak jantan langsung!
"Kau okay tak? Dia ada buat apa-apa dekat kau tak? Dia ada pukul kau? Ada sakit mana-mana tak?" Soal Adrien bertubi-tubi setelah Emir hilang dari pandangan mereka.
Nadia tanya menggelengkan kepalanya. Kata-kata Emir benar-benar menusuk kalbu.
"Sini aku hantar kau balik." Ajak Adrien. Dia berjalan di tepi Nadia. Tidak elok untuk seorang lelaki berjalan di belakang seorang perempuan.
***
Setibanya di rumah Nadia, Adrien mengetuk pintu rumah itu.
"Sekejap!" Laung Iskandar.
Dia membuka pintu itu. Sangkaannya ibu baapnya yang akan pulang. Namun, adiknya pula yang tiba bersama Adrien.
Dia terkejut melihat wajah adiknya. Habis merah muka putih Nadia. Dia sudah mengagak yang Nadia menangis.
Keningnya berkerut sedikit. Dia tahu yang adiknya seorang yang manja dan mudah mengalirkan air mata. Namun, Nadia juga cukup kuat untuk menahan titisan air matanya di luar rumah.
Dia menarik adiknya masuk ke dalam rumah dan menutup pintu rumah semula setelah berterima kasih kepada Adrien.
Nadia di bawa duduk ke atas sofa di ruang tamu. Iskandar mengambil tempat di sebelah Nadia.
"Kena-"
Belum sempat Iskandar habis menyoal apa-apa, Nadia memeluknya dah menangis sepuas-puasnya di dada bidang Iskandar.
Iskandar terkedu. Amat susah untuk Nadia menangis sebegini teruk. Mata dan hidungnya merah. Mulut dan dagunya bergetar. Nadia tidak dapat berkata-kata. Dia hanya menunjukkan kesedihannya melalui tangisan.
Tangan Iskandar naik mengusap belakang Nadia. Adiknya itu dipujuk.

YOU ARE READING
Dia Milikku | Complete
RomanceBerkisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Nadia Imani dan Adrien Maleeq merupakan sahabat baik sejak kecil. Lama-kelamaan, Adrien menaruh perasaan terhadap Nadia. Lamarannya diterima. Zuriat diberikan oleh Sang Khalif selepas beberapa tahun. Sua...