Bab 25

131 18 0
                                        

Luna menatap luar jendela hingga dia sendiri hanyut di dunianya.

Secara tiba-tiba, dia tersenyum.

"Walau aku tak dapat Dzaki Arshad sebagai suami aku, aku dapat yang lebih baik, lebih soleh, lebih sopan dan yang paling penting, yang paling menyayangi aku." Ujar Luna. Gambar ditangan diusap lama.

Tulisan Qay Luna Eydina dan Tengku Norman diusapnya.

"Abang hati-hati tau! Luna tunggu kepulangan abang. Luna ada kejutan untuk abang." Ujarnya lagi.

Perutnya yang masih kempis diusap.

"Anak mummy duduk diam-diam tau dalam ni. Kita tunggu daddy balik, kita kejutkan daddy." Ujar Luna.

Dia bangun dari kerusi di tepi jendela dan berlalu ke dapur apabila perutnya sudah berkeroncong kuat.

DI bahagian Nadia pula, sebuah motorsikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta sport memarkir di celah-celah semak.

Segala barangan yang diperlukan disediakan.

Sengaja mereka ke sana pada malam hari memandangkan manusia yang tinggal di dalam rumah itu bukanlah burung hantu.

"Ready?" Soal Adrien.

Semua mengangguk.

Dalam sekelip mata, mereka sudah berada di tingkat paling bawah rumah itu.

Mereka berempat berpecah agar sesi pencarian Nadia dapat tamat dengan lebih cepat.

Adrien membuka semua pintu yang dilaluinya. Semuanya tidak berkunci kecuali satu pintu di hujung barisan pintu-pintu itu.

Tombol dipulas ke kiri dan ke kanan.

'Sayang ada dalam ni ke?' Soal hati Adrien. Dia tidak mahu mengeluarkan suara. Bimbang penghuni rumah itu bakal bangun.

NADIA yang berada di dalam bilik itu berdecit.

"Apa yang dia buat dekat luar tu? Tak ada kerja ke pusing kiri kanan tombol tu? Tak pernah main tombol pintu? Aku nak tidur pun tak senang." Omel Nadia sendirian.

Dia terus mengomel hingga dia terperasankan kasut yang berada di sebalik pintu itu.

"Takkanlah." Perlahan-lahan, dia menarik senyuman.

Kasut itu merupakan pemberiannya suatu ketika dahulu kepada Adrien sebelum Adrien menjadi suaminya yang sah.

"Abang?" Panggil Nadia perlahan.

Adrien yang berada di luar mengeras. Benar sangkaannya.

"Sa-sayang? Sayang ke tu?" Soal Adrien bertubi-tubi. Matanya berair.

"Ya. Ya. Nadia ni. Ya Allah. Abang." Jawab Nadia. Dia terlalu gembira.

"Ya Allah sayang. Sayang sabar sekejap. Abang panggil yang lain." Ujar Adrien pula.

Adrien menekan punat walkie-talkie dan dia berbicara, "Kau orang datang tingkat dua. Bilik hujung sekali. Sekarang. Aku dah jumpa Nadia."

"Roger!" Sahut semua ahli kunpulannya itu.

Ryan, Norman dan Dzaki bergegas ke tempat keberadana Nadia dan Adrien.

Tiba di hadapan pintu, mereka memulas tombol pintu.

Kunci.

"Kita kena pecahkan pintu ni." Ujar Ryan.

Yang lain hanya mengangguk.

"Sayang, Nadia." Panggil Adrien.

"Ya?"

"Sayang jangan duduk belakang pintu ni. Abang nak pecahkan. Duduk dekat lain. Jauhkan diri dari pintu ni." Arah Adrien. Lembut sahaja nada dia berbicara bersama kekasih hatinya itu.

Dia Milikku | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang