Adrien berjalan ke hulur ke hilir. Dia buntu. Kemanakah hilangnya isterinya?
"Adrien. Kau duduk dahulu boleh tak? Kita fikir sama-sama." Ujar Norman. Dia sudah pening melihat sahabatnya begini. Dia juga berasa kasihan terhadap Adrien.
"Aku buntu Man. Aku tak tahu nak cari dia mana lagi." Adu Adrien. Dia terus-menerus berjalan ke hulur ke hilir.
"Iya. Aku tahu. Kau buntu. Kau sedih. Tapi, kalau kau jalan je macam tu, masalah tak akan selesai. Kau pun tak akan jumpa Nadia balik. Kau faham tak?" Ujar Norman. Dia berusaha untuk memujuk Adrien.
"Ad. Kau beri tak Nadia rantai yang aku suruh kau beri dekat dia?" Soal Ryan tiba-tiba.
"Ada. Kenapa?" Soal Adrien semula.
"Bagus. Dia pakai tak rantai tu?" Soal Ryan lagi. Soalan Adrien diabaikan sahaja.
Tak penting..
"Ada rasanya." Baals Adrien. Dia sendiri tidak pasti.
"Nice!"
"Apa yang nice sangat? Apa kena mengena dengan rantai tu?" Soal Norman. Dia bingung.
"Tu bukan rantai biasa. Dalam rantai ti ada GPS. Jadi, kita boleh track Nadia ada dekat mana sekarang." Terang Ryan.
"Ouh. Faham!"
Ryan mengeluarkan komputer ribanya. Dia cuba menghubungkan komputernya dengan rantai yang dipakai Nadia. Namun, signalnya lemah. Sukar untuk dia mendapatkan lokasi Nadia.
Untuk mengetahui gerangan yang menculik Nadia, dia memainkan rakman suara yang berada di dalam rantai itu.
"Hai sayang."
"Okay okay. Sekarang ni, you qda di rumah Amyra."
"Perempuan tadi. Dia Amyra. Sepupu I."
"I nak you. Please. Tolong datang balik pada I."
"Tapi, I nak you."
"Kau dengar sini perempuan. Aku tak dapat kau, tiada siapa pun akan dapat kau. Faham?!"
"Bodoh!"
Suara seorang lelaki didengar oleh mereka semua dengan teliti.
Siapakah lelaki itu?
"Emir." Ujar Adrien.
"Suara Emir ke tu?" Soal Ryan polos. Dia masih belum mengenali suara Emir.
'Amyra.'
Nama gadis yang Dzaki memberitahunya tentang gadis itu. Dia perlu melibatkan Dzaki dalam pencariannya ini.
Mereka bertiga tidak dapat menyelesaikan masalah itu dengan senang. Mereka memerlukan seorang penggodam yang handal. Bahkan lebih handal dari Ryan.
"Shad. Datang sini sekarang." Ujar Adrien dibalik telefonnya.
Sepuluh minit kemudian, Dzaki tiba di tempat mereka berkumpul.
"Apahal?" Soal Dzaki sebaik sahaja dia memasuki bilik yang terletaknya Adrien, Norman dan Ryan.
"Amyra." Ujar Adrien.
"Kenapa dengan perempuan tu? Dah mampus ke?" Soal Dzaki. Sungguh dia mengharapkan kematian Amyra. Dia geram akan Amyra. Suka hati je nak langgar isteri orang.
"Tak lagi, bodoh!" Marah Adrien. Dia dahlah serabut dengan isteri yang kema culik dengan bekas kekasih isterinya sendiri.
Dapat tahu pula sepupu bekas kekasih isterinya minat dekat dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Milikku | Complete
RomanceBerkisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Nadia Imani dan Adrien Maleeq merupakan sahabat baik sejak kecil. Lama-kelamaan, Adrien menaruh perasaan terhadap Nadia. Lamarannya diterima. Zuriat diberikan oleh Sang Khalif selepas beberapa tahun. Sua...