Bab 26

235 17 0
                                        

Ryan terlantar lemah di atas katil hospital. Dia dikerumi oleh semua rakan-rakannya. Masing-masing memasang wajah sayu dah sedih.

"Abang, Ryan tak akan apa-apa kan?" Soal Nadia. Sungguh dia rasa bersalah.

Ryan terlantar di hospital kerana ingin menyelamatkannya.

"In Sya Allah. Kita doa sama-sama ya, sayang." Balas Adrien. Dia turut berasa bersalah di atas nasib yang menimpa rakannya itu.

"Kebarangkalian pesakit untuk hidup sangatlah tipis. Ini kerana dia mengalami penyakit barah hati dan banyak darahnya yang hilang. Untuk darah, kami berjaya memasukkan darah lain ke dalam badannya. Namun, barah hatinya, kami tak dapat rawat lagi. Ini kerana, dia telah mencapai tingkat ke tiga."

Kata-kata doktor muda itu masih lagi terngiang-ngiang di fikiran mereka semua bagaikan lagu yang sering dimainkan.

"Ryan. Kenapa kau tak beritahu yang kau sakit?" Soal Norman. Walau dia tahu yang Ryan tidak mungkin dapat menjawab soalannya, dia tetap mahu meluahkan isi hatinya yang sudah lama terbuku sejak dia mengetahui penyakit yang dialami oleh Ryan.

"Mesti ada cara untuk sembuhkan dia doktor. Mahal tak apa. Duit bukan masalah. Yang penting dia selamat, doktor."

"Maafkan saya, encik. Tapi, darah yang kami berikan juga tidak dapat menampung pesakit. Pembedahan juga tidak dapat dilakukan kerana pesakit berada dalam keadana kritikal. Bahaya kalau pembedahan diteruskan." Ujar doktor itu.

Pergaduhan Adrien dan doktor juga masih terngiang-ngiang difikiran mereka.

Mereka tidak mampu membuat apa-apa. Walau duit bukan masalah, kesihatan Ryan yang tidak membenarkan.

Sekarang, sudah seminggu Ryan terlantar sebegitu sahaja di hospital itu. Terbaring lemah dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

"Aku dengan Luna balik dulu ya. Kami nak pergi buat check up untuk baby pula." Ujar Norman setelah semua lama mendiam.

"Ha yalah. Pergi elok-elok." Balas Adrien.

"Anything, update me." Ujar Norman lagi.

Adrien hanya mengangguk.

Mereka bersalaman manakala Nadia dan Luna berpelukan.

Segaris senyuman mereka hadiahkan kepada satu sama lain.

"Pergi elok-elok ya." Pesan Nadia.

Luna pula hanya mengangguk.

Pemergian mereka berdua dihantar dengan ekoran mata.

Setelah lama duduk di dalam wad itu, Nadia, Adrien dan Dzaki turut pulang ke rumah masing-masing.

MEREKA sangkakan semua masalah tekah selesai setelah Emir membunuh dirinya di dalam rumah Amyra dan Amyra berada di dalam penjara.

Namun, masalah baharu terjadi apabila Ryan ditembak dan disahkan menghidap penyakit barah hati.

Bakalkah Ryan bangun dari tidurnya dan menjalani kehidupan seperti biasa?

Atau, Ryan bakal meninggalkan semua?

LUNA mengusap perut kempis. Senyuman nipis terukir didua ulas bibir itu.

"Assalamualaikum anak mummy. Anak mummy sihat tak?" Soal Luna kepada malaikat kecil yang masih berada di dalam rahimnya.

"Waalaikumussalam. Anak mummy sihat je. Anak mummy ni nak cakap dengang daddy pula." Sahut Norman.

Luna terkekek ketawa.

"Mengada-ngadalah. Cakap jelah dengan mummy. Tak payah cakap dengan daddy." Sambung Luna.

Dia Milikku | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang