"AKU MINTA MAAF," Humaira tunduk memandang lantai. Dia tidak sanggup menatap wajah Aizad yang kelihatan bingung merenungnya. Humaira bimbang dia akan mengubah keputusan yang telah dibuat.
Aizad menggeleng perlahan. Air matanya bercucuran jatuh. Dia tersentak apabila Humaira membahasakan dirinya 'Aku'. Sakit terasa hatinya sebaik Humaira meminta agar hubungan mereka ditamatkan sampai disitu sahaja. Mana mungkin dia boleh menerima kenyataan itu. Mana mungkin dia bisa meninggalkan gadis yang dicintainya tanpa alasan yang kukuh.
"Kenapa Humaira? Apa salah saya? Awak tak sayang ke hubungan kita yang dah 3 tahun ni? Awak...." Aizad terdiam kerana kehilangan kata. Dia tidak tahu apa lagi yang patut dia katakan. Keputusan yang dibuat oleh Humaira terlalu mendadak. Dia merenung dalam anak mata milik Humaira, berharap supaya gadis itu menarik semula kata-katanya atau mengatakan bahawa dia hanya bergurau. Namun, apabila melihat Humaira yang berusaha untuk melarikan matanya daripada melihat sepasang mata milik Aizad, dia tahu Humaira sedang serius.
"Aizad. Aku tak nak terus buat dosa. Kau tahu, hubungan kita ini haram di sisi agama. Tolonglah, jangan ganggu aku lagi selepas ini... " jelas Humaira, cuba untuk memujuk Aizad supaya memahami dirinya.
Aizad menghentak meja di hadapan mereka membuatkan bahu Humaira terhinjut kerana terkejut. Wajah Aizad sudah merah menahan marah. Pipinya pula sudah basah dengan air mata yang mengalir tanpa henti. Situasi ini agak janggal kerana seorang lelaki sanggup membuang egonya demi seorang gadis. Manakala si gadis berusaha sedaya-upaya untuk tidak menangisi hubungan mereka.
"Ahh! Sejak bila pula awak sudah pandai cakap fasal agama ni? Sudahlah, awak dah terlambat. Tak guna awak jadi baik!" Aizad mengejek.
"Tak, aku belum terlambat. Selagi pintu taubat masih belum tertutup, nyawa aku belum sampai kerongkong, aku masih ada peluang." Humaira menahan sebak. Sebenarnya dia juga tidak mahu putuskan hubungan itu. Tapi dia harus akur. Kata hatinya memilih Allah, bukan Aizad. Dia cuma mahu Aizad memahami bahawa jika benar mereka berjodoh, mereka pasti akan bersatu. Namun sikap keras kepala Aizad membuatkan Humaira buntu.
"Awak banyak dosa, Humaira. Buang masa aje. Heh," Aizad tidak putus asa mematahkan semangat Humaira. Dia benar-benar berharap Humaira mengubah keputusannya.
Humaira mengelap tubir mata yang sudah bertakung. Dia tidak akan sesekali mengalirkan air matanya demi lelaki itu. "Siapa tuhan? Kau atau Allah?!" tengking Humaira. Kesabarannya masih tersisa. Ikutkan hati, mahu saja dia menampar mulut celupar Aizad.
"Sudahlah. Suka hati awak. Jumpa di syurga ya, Humaira." kata Aizad mengejek lalu berjalan meninggalkan kafeteria dengan langkah yang berat. Aizad memegang dadanya yang terasa sakit. Sakit kerana tindakan Humaira. Humaira sudah menghancurkan sekeping hatinya. Humaira juga sudah berjaya menjatuhkan ego lelakinya.
Humaira menarik nafas panjang. Dia beristighfar. Masalah dia dan Aizad, sudah selesai. Cukuplah sampai di sini. Biar pertemuan hari ini menjadi pertemuan terakhir mereka. Dia tidak mahu lagi mengenang kenangannya bersama Aizad. Dia tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama. Betullah kata Aira; mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Dan itulah yang dirasakan kini. Dia harus menerima kenyataan bahawa dalam hidupnya tiada lagi lelaki bernama Aizad Hakim.
AIZAD berjalan laju ke biliknya. Sedih, kecewa, marah. Perasaan itu bercampur-baur menjadi satu. Pintu biliknya dihempas kuat. Khai yang sedang baring di atas katil terkejut.
"Opocot mak kau! Woi, tak reti bagi salam ke?" tengking Khai. Dia mengurut dadanya perlahan. Sempat dia menekan butang pause di skrin telefon bimbitnya sebelum kembali memandang Aizad yang sedang duduk di birai katil dengan wajah menyinga.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceHighest ranking: #1 in hijrah (20 Ogos 2019) #1 in ukhuwah #1 in halal #1 in islamicfiction #1 in spiritual #3 in islamik (5 September 2019) EDISI KEMASKINI 2018 (Ada penambahan bab dan perubahan plot cerita.) Completed 2015 Edited version 2018 Hu...