DATO ZIKRI memperlahankan suara televisyen apabila melihat Aizad melalui ruang tamu untuk ke tingkat atas. Ada sesuatu yang dia mahu tanyakan kepada anak bujangnya itu. "Aizad, sini sekejap." Dato Zikri menunjukkan isyarat supaya Aizad dudkuk di sofa berhadapan dengannya.
Baru sahaja memijak satu anak tangga, Aizad memusingkan badannya lalu mengatur langkah ke arah Dato Zikri. Senyuman diukir manis kepada ayah yang disayanginya.
"Ya papa?" Aizad membuka jaket kulit yang tersarung di tubuh lalu duduk bertentangan dengan Dato Zikri. Jaket itu dilipat dan diletakkan di atas riba.
"Kamu dari mana?" soal Dato Zikri serius.
"Jad jalan-jalan, luangkan masa yang masih berbaki di malaysia." suara Aizad mendatar. Terasa kekok apabila berbual secara empat mata walaupun dengan bapa sendiri. Sejujurnya, dia tidaklah rapat mana dengan Dato Zikri. Lelaki itu sentiasa sibuk dengan kerjanya, sukar untuk meluangkan masa dengan anak dan isteri. Aizad memahami tanggungjawab papanya itu. Mereka dapat hidup selesa dan mewah seperti sekarang kerana siapa lagi jika bukan hasil daripada kerja keras Dato Zikri. Tidak lupa juga asbab Allah yang memberi rezeki kepada mereka sekeluarga.
"Dah solat zuhur belum?" Dato Zikri agak tegas bila bab agama. Dia bersyukur sejak kebelakangan ini, Aizad sudah menunjukkan perubahan. Anak lelakinya itu sudah rajin solat dan mengaji. Kalau sebelum ni, pantang ditegur Aizad pasti memberontak.
"Sudah. Jad solat kat surau tadi." balas Aizad tenang. Kali ini dia tidak perlu lagi mencipta alasan atau berpura-pura sudah menunaikan solat. Dia solat kerana sedar tanggungjawabnya sebagai hamba, bukan kerana takut dimarahi oleh Dato Zikri.
Jeda. Dato Zikri hanya merenung wajah anak kesayangannya itu. Jelas kelihatan dari raut wajah Aizad bahawa dia sedang menyimpan satu rasa yang tiada siapa tahu. Dato Zikri yakin ada sesuatu yang menggangu fikiran Aizad. Jika tidak, mengapa Aizad tiba-tiba sahaja mahu belajar di luar negara.
"Jad betul-betul nak belajar dekat sana ke?" soal Dato Zikri buat kali yang kedua. Dia dan isterinya, Datin Zahra sudah sepakat untuk membenarkan Aizad belajar di luar negara. Tetapi separuh hati mereka tidak rela untuk melepaskan satu-satunya anak lelaki mereka tinggal berjauhan di tempat orang.
"Yup. Jad dah fikir masak-masak. Bukan masak je, dah hangit pun. Hehe." sempat Aizad melawak. Dato Zikri ketawa. Sudah lama mereka tidak berkumpul seperti itu kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Dato Zikri akui dia tidak banyak meluangkan masa dengan keluarganya, tetapi dia tetap mengambil tahu akan setiap perkara yang berlaku.
"So, bila Jad nak pergi sana?"
"Terpulang pada papa dan mama, Jad tak kisah. Manalah tahu papa, mama dan Alia nak spend time dengan Aizad lagi ke? Takut rindu pula bila Aizad dekat sana nanti. Hahaha!" Aizad tersengih. Kalau boleh dia tidak mahulah terburu-buru meninggalkan Malaysia. Dia sudah menguruskan pasport dan proses pertukarannya ke universiti di sana, namun hatinya terasa berat mahu meninggalkan Malaysia. Nampak sangat tak matang sebab bila ada masalah saja mesti lari ke luar negara, tak ke?
Kadang-kadang, kita perlu lari daripada realiti yang menyakitkan untuk mengubati hati sendiri. Dan kadang-kadang, kita perlu meneroka dunia luar untuk lebih mengerti makna hidup. Matlamat Aizad adalah dia mahu mengenal Allah, dia mahu isi kekosongan hatinya dengan cinta Rabb.
"Eleh, tak ada makna nak rindu kamu. Papa rasa Jad yang akan rindu buah hati dekat sini." sakat Dato Zikri.
"Buah hati? Jad mana ada buah hati. Rasanya cuma mama dan papa je buah hati pengarang jantung Jad, tak ke?" Aizad mengangkat sebelah keningnya. Dalam hati tertanya-tanya juga siapa buah hati yang dimaksudkan oleh Dato Zikri.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceHighest ranking: #1 in hijrah (20 Ogos 2019) #1 in ukhuwah #1 in halal #1 in islamicfiction #1 in spiritual #3 in islamik (5 September 2019) EDISI KEMASKINI 2018 (Ada penambahan bab dan perubahan plot cerita.) Completed 2015 Edited version 2018 Hu...