BAB 19

951 73 9
                                    

LANGKAHAN demi langkahan yang diatur menuju ke tempat letak kereta semakin lama semakin perlahan. Lelaki itu menahan air mata yang mula bertakung di kelopak mata. 'No more tears, okay? You're gonna be happy without them. Please, be strong, dude!' Hati lelakinya mula berkata-kata. Dia sudah bertekad tidak akan menangisi sesiapa yang pergi dari hidupnya. Dia sudah kehilangan semuanya. Semua yang dia miliki! Untuk apa lagi dia tangisi yang sudah pergi? Dia sudah kehilangan wanita yang dicintai, sahabat yang disayangi, dan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakang dalam hidupnya. 

Tiada siapa lagi yang peduli akan dirinya.

Tiada siapa lagi yang sudi bertanya bagaimana perasaannya.

Dia sudah merelakannya segalanya, buat apa lagi mahu difikirkan?

Telefon bimbit yang tersimpan di dalam poket baju melayunya dikeluarkan. Ikon kenalan ditekan. Tertera di skrin 1400 nombor kenalan yang telah disimpan sekian lama sejak dia menggunakan telefon bimbit itu 2 tahun lalu. Di ruangan carian, dia menaip nama 'Adam Khairul'. Sebaik nombor lelaki itu tertera di skrin, dia memejam mata beberapa saat sebelum memadam nombor itu. Selepas itu, dia mencari ikon album lalu mula memadam semua gambar tanpa meninggalkan walau sekeping gambar. Aplikasi Whatsapp pula menjadi sasaran seterusnya. Terdapat lebih 23 mesej belum dibaca sebaik aplikasi itu dibuka. Tanpa menghiraukan mereka yang cuba memujuknya sejak beberapa hari lalu, dia terus memadam akaun Whatsapp itu. Dia bercadang mahu membeli nombor baharu esok hari agar tiada sesiapa lagi dapat menghubunginya.

Dia mahu move on.

Dia mahu melupakan semua perkara yang sudah terjadi.

Jika boleh dia mahu memulakan kehidupan baru di tempat lain. Jika bukan di tanah air sendiri, dia mahu tinggal di luar negara. Semuanya sudah dirancang di dalam kepalanya, cuma tinggal direalisasikan saja. Setelah memadam apa yang patut, dia menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar lalu mengeluarkan kunci kereta. 

"Abang Jad!" Suatu suara dari beberapa meter di belakang melaungkan namanya.

Dia sangat mengenali pemilik suara itu.

Alia Alwani. Mustahil dia tidak mengenali adik kandung sendiri.

Aizad tidak menoleh apatah lagi memberhentikan langkahnya. Sejurus selepas itu, sepasang tangan merangkul tubuhnya dari belakang. Kemudian terasa kepala gadis itu menyembam di belakang badannya. Pelukan kemas di pinggang telah menghentikan langkahnya.

 Pelukan kemas di pinggang telah menghentikan langkahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang Jad... Where have you been?" Rengek gadis itu lalu menangis.

"Please, stay. We need you, abang. Please, I beg you..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HijrahWhere stories live. Discover now