BAB 16

946 77 13
                                    


KHAI memusingkan stereng ke kiri apabila destinasi yang ingin dituju hanya beberapa meter sahaja lagi di hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KHAI memusingkan stereng ke kiri apabila destinasi yang ingin dituju hanya beberapa meter sahaja lagi di hadapan. Setibanya di Mont Kiara Skate Park, Khai mematikan enjin kereta. Khai menghela nafas berat. Tidak terus keluar dari perut kereta, lelaki itu mengimbas semula kenangan bersama Aizad di tempat itu. Sejak Aizad terlibat dalam kemalangan, Khai sudah jarang mengunjungi tempat itu untuk bermain papan luncur. Tanpa Aizad, hobi kegemarannya itu tidak lagi memberi keseronokan kepadanya. Dulu mereka sering ke tempat itu untuk bermain papan luncur dan turut menyertai pertandingan papan luncur yang diadakan. Dari situ terciptalah Knight yang terdiri daripada 8 orang remaja lelaki diketuai oleh Aizad. Namun kini segalanya hanya tinggal kenangan. Aizad menganggap permainan itu adalah permainan entah apa-apa yang tidak layak dimainkan oleh orang kaya sepertinya. Khai tidak tahu sampai bila dia harus kehilangan seorang sahabat. Dia sangat merindui Aizad. Tetapi Aizad yang dulu. Kini, dia seolah-olah tidak kenal lagi siapa Aizad Hakim yang panas baran, keras kepala dan ego itu.

Lamunan Khai terhenti apabila satu pesanan memasuki telefon bimbitnya. Nama Aizad tertera di skrin. Pantas jari Khai menatal skrin telefon itu untuk membaca pesanan dari Aizad. Akhirnya, orang yang dicari-cari beberapa hari ini menghubunginya. Terselit rasa lega di hati Khai kerana sahabatnya itu baik-baik sahaja.

'Aku nak jumpa kau. Datang seorang diri, jangan bawa sesiapa. Kalau sampai ada yang tahu, korang semua tak akan jumpa aku lagi sampai bila-bila.'

Khai merasakan ada sesuatu yang tak kena. Dia rasa tak sedap hati seperti ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. Sangka baik, Khai. Mungkin ada hal penting yang Aizad nak beritahu, sebab itu dia tak nak sesiapa tahu. Khai membetulkan duduknya. Enjin kereta dihidupkan. Sebelum bergerak, Khai menetapkan lokasi yang diberi oleh Aizad di Waze. Kemudian pedal minyak ditekan dengan lafaz basmalah.

BERULANG kali Khai melihat ke arah skrin telefon bimbitnya di mana aplikasi Waze menunjukkan arah lokasi yang diberikan oleh Aizad. Jika mengikut Waze, Khai telah pun sampai di lokasi yang dinyatakan tetapi kawasan itu tidak seperti yang tergambar di fikirannya. Di kiri kanan terdapat hutan tebal dan terdapat satu kawasan lapang beberapa meter di hadapan. Sebelum tiba di kawasan itu tadi dia perlu melalui jalan tanah merah yang berlubang sana sini. Khai memberhentikan kereta. Skrin telefon bimbit dilihat sekali lagi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HijrahWhere stories live. Discover now