BAB 14

3.2K 225 4
                                    

TEMPOH berbaki lima hari lagi sebelum Humaira bertukar status kepada title isteri. Takut, berdebar, dan teruja jangan tanyalah. Sehingga tidak lena tidur Humaira dibuatnya kerana memikirkan perkahwinan yang semakin hampir. Semua persiapan sudah pun seratus peratus siap cuma tinggal menyerahkan semua urusan kepada Allah agar majlis itu berjalan dengan lancar. Selama seminggu ini, Humaira langsung tidak menghubungi Khai. Biarlah hari istimewa itu nanti yang mempertemukan mereka.

Keindahan tasik menjamah ruangan mata. Humaira dan Jasmin sedang duduk di bangku menghadap tasik di hadapan mereka. Seperti biasa, tasik adalah tempat kegemaran mereka berdua. Mungkin kedai buku adalah tempat di mana kali pertama mereka bersua muka namun tasik pula menjadi tempat mereka untuk saling bertukar cerita. Hari ini Humaira akan memberitahu Jasmin bahawa statusnya akan berubah dalam masa lima hari lagi. Agak lama mereka tidak bertemu kerana Jasmin baru sahaja pulang dari kursus di Johor.

"Berseri-seri muka adik akak sekarang. Ada apa-apa ke?" usik Jasmin seperti dapat menghidu ada sesuatu yang Humaira rahsiakan dari pengetahuannya..

Humaira tertawa kecil. Haila, Jasmin ini pun satu! Orang baru je nak buat suspen. Sekeping kad berwarna keemasan dikeluarkan daripada tas tangan lalu dihulurkan kepada Jasmin. Hulurannya bersambut. "Apa ini?" Walaupun hanya mata Jasmin sahaja yang boleh dilihat, Humaira yakin riak wajah gadis itu pasti sudah berubah.

Ukiran nama pada kad ditangannya dibaca. "Walimatulurus Humaira dan Khairul..." Mata Jasmin membulat. Kanan tangannya menekup mulut. "Humaira! Barakallahu lakum wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair!" (semoga Allah memberi berkah ke atas kalian serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan) Ucap Jasmin teruja. Lantas tubuh Humaira dibawa ke dalam dakapan. Sungguh dia sangat gembira dengan berita itu.

"Jazakillahu khairan, kak Mien. Datang tau jangan tak datang!" Humaira mengingatkan. Geli hatinya melihat reaksi comel dari Jasmin. Teruja sungguh sahabatnya itu.

"Insya-Allah, mestilah akak datang. Hmm... Akak kenal tak dengan jejaka bertuah itu?" soal Jasmin sambil mengingati semula jika Humaira ada memperkenalkan lelaki bernama Khairul itu kepadanya sebelum ini.

"Akak ingat tak beberapa bulan lepas masa dekat Times Square tu? Khairul, the one yang pakai baju kemeja dengan tshirt kosong kat dalam." Humaira cuba membantu Jasmin mengingati semula gerangan lelaki itu.

"Ah, yang itu. I thought Humaira dengan seorang lagi tu. Err... siapa nama dia ya? Hah, Aizad! Maafkan akak, sebab akak teringat Ain ada sebut nama dia depan akak."

"Tak apa kak. Bukan jodoh saya dengan dia." Humaira senyum nipis. Pandangan kembali ditala ke arah tasik.

"Humaira..."

"Hmm?"

"Humaira macam ada nak tanya akak sesuatu je? Tanyalah, atau ada apa-apa yang akak boleh tolong?" soal Jasmin bersedia untuk memberikan apa saja bentuk bantuan yang diperlukan oleh Humaira.

Humaira masih tidak mengalihkan pandangannya dari melihat air tasik. "Akak, macam mana kita nak tahu he is the one?"

Jasmin tersenyum. "Kita tak akan tahu selagi dia tak salam tangan wali kita. Ada orang cakap, kalau kita nak tahu seseorang itu jodoh kita atau tidak, bila kita tengok dia, berurusan dengan dia, kita akan rasa tenang. Akak kurang bersetuju dengan pendapat tersebut. Cuba bayangkan kalau kita rasa tenang dengan setiap lelaki yang kita jumpa, adakah mereka semua jodoh kita? Semestinya tidak bukan?"

Humaira mengangguk setuju. "Betul juga tu. Kita akan tahu yang he is the one bila dia dah jadi milik kita. Betul tak kak?"

"Betul tu sayang. Kalau boleh akak tahu, apa yang membuatkan Humaira pilih Khairul?"

HijrahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang