SEMINGGU KEMUDIAN...
"Humaira, petang tadi ada orang datang meminang kamu." Dato Hamdan bersuara memecah kesunyian di meja makan. Tersedak Humaira. Kunyahannya dihentikan.
"Apa?! Habistu papa cakap apa? Papa, minggu depan kan Humaira dah kena tunang dengan Khai?"
Dato Hamdan mengeluh berat. "Bila papa fikir semula, orang yang masuk meminang kamu tadi lebih baik dari Khai. Dia boleh bimbing kamu. Khai tu apa ada? Masa depan pun tak ada. Dia kerja apa sekarang? Kerja di restoran je kan? Dah kahwin nanti mesti dia kikis harta kamu, harta papa. Ilmu agama dia cukup ke untuk bimbing anak papa? Papa bukan nak hina dia, tapi ini kenyataan." Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Humaira. Walaupun dia bukannya warak sangat, tapi dia mahukan yang terbaik untuk Humaira.
"Papa! Khai tu baik lah. Cuba papa husnudzhon dengan dia? Dia tak macam yang papa sangka. Kekayaan tak penting. Dan dia bukannya mata duitan. Ilmu agama dia boleh belajar. Dia bukannya jahil sangat, pa. Lagipun haritu papa dengan mama beria-ria nak Humaira kahwin dengan Khai." Humaira mengeluh kecewa.
"Tak. Papa dah ubah fikiran. Papa nak Humaira kahwin dengan Hakim juga. Tak ada bantahan!" kata Dato Hamdan tegas. Humaira tercengang. Datin Sofia juga.
"Abang, kita kan dah setuju? Persiapan kahwin mereka dah hampir siap. Tak kan nak cancel? Mana saya nak letak muka saya ni? Khai bukan macam yang abang sangka. Memang Hakim tu anak orang berada, cukup ilmu agama. Tapi kalau Humaira dah tak suka tak kan kita nak paksa?" celah Datin Sofia membantah.
Humaira diam. Hakim? Hakim mana ni? Kenapa kau huru-harakan hidup aku wahai Hakim?
"Humaira, maafkan papa. Papa cuma nak kan yang terbaik untuk anak papa. Tak apa, macam ni. Esok mereka datang semula untuk dapatkan keputusan kita. Humaira jumpa dia dulu. Mana tahu Humaira kenal dia ke? Okey?" pujuk Dato Hamdan.
Humaira mengangguk perlahan. Dia bangun lalu mengatur langkah ke singki. Seleranya mati. "Humaira masuk tidur dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." jawab Dato Hamdan dan Datin Sofia serentak.
********
Humaira melangkah ke taman mini di tepi rumahnya. Kata papanya, lelaki yang melamarnya ada disitu. Dari jauh dia lihat dua susuk tubuh sedang bersembang. Seorang perempuan bertudung labuh manakala seorang lelaki berbaju T-shirt duduk membelakanginnya.
"Assalamualaikum." sapa Humaira.
"Waalaikumussalam." jawab mereka serentak seraya memandang Humaira. Gadis bertudung labuh yang duduk disebelah lelaki itu tersenyum manis. Lelaki bertshirt hitam itu menoleh memandang Humaira. Humaira mengamati wajah itu. Ya, familiar sangat. Macam...
"Aizad?!!" Hampir terjerit Humaira. Dia menekup mulut. Sejemput janggut di dagu Aizad buat dia hampir tidak mengenali mat salih celup itu. Aizad tersengih. Humaira bagaikan tidak percaya. Jadi Hakim yang dikatakan oleh papanya adalah Aizad Hakim? Ahh, tak mungkin! Aizad mana ada di Malaysia. Dia bermimpikah?
"Cik Humaira, duduklah. Kenapa tercegak aje?" Aizad mematikan lamunan Humaira.
Humaira duduk bertentangan dengan mereka. "Ini siapa?" tanya Humaira lalu mengalih pandangan kepada gadis bertudung labuh disebelah Aizad.
"Ini Alia. Adik aku. Alia, ini lah Humaira yang abang selalu cerita tu." Alia terus bersalaman dan berlaga pipi dengan Humaira.
"Oh... jadi ini lah bidadari yang berjaya tawan hati abang Aizad? Cantik." puji Alia sambil mencubit perlahan pipi Humaira. Humaira tersipu malu. Aizad ketawa. Suka melihat Alia menyakat Humaira.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceHighest ranking: #1 in hijrah (20 Ogos 2019) #1 in ukhuwah #1 in halal #1 in islamicfiction #1 in spiritual #3 in islamik (5 September 2019) EDISI KEMASKINI 2018 (Ada penambahan bab dan perubahan plot cerita.) Completed 2015 Edited version 2018 Hu...