ALIA bergegas ke kafe hospital sementara menunggu Aizad menjalani rawatan mingguan bersama Dr. Kim. Tekaknya terasa kering.
"Alia! Alia!" Satu suara memanggil dari belakang. Alia memberhentikan langkahnya lalu menoleh.
"Eh, Abang Khai? Buat apa kat sini?" tanya Alia hairan.
Khai menunjukkan plastik ubat-ubatan di tangannya. "Abang demam panas. Nasib baik tak kena tahan dalam wad. Alia teman abang Aizad buat rawatan ya?"
"Laa... demam? Syafakallah Abang Khai. Sakit tu kifarah dosa. Allah nak hapuskan dosa abang tu. Ya, Alia teman Abang Aizad. Kebetulan Alia nak ke kafe beli air kejap." Alia senyum. Khai mengangguk faham. Patut ke dia jumpa Aizad?
"Macam mana keadaan Aizad? Sejak abang keluar dengan dia minggu lepas, dia dah tak contact abang. Jadi abang tak tahu keadaan dia sekarang."
"Alhamdulillah abang Aizad dah boleh berjalan sepenuhnya. Cuma ingatan masih tak pulih lagi. Abang Khai tak nak jumpa abang Aizad dulu sebelum balik?"
"Abang nak jumpa dia, tapi tak apalah mungkin lain kali. Aizad okey tak dengan mama, papa dan Alia?" Hatinya antara mahu atau tidak. Jika dia menemui lelaki itu, mahukan Aizad bercakap dengannya?
"Hmm... Kadang-kadang tak okey. Tapi mama selalu pesan jangan give up dengan abang Aizad. Alia harap abang Khai pun tak give up dengan dia. Alia tahu hubungan kauorang berdua tak sebaik dulu. Abang Khai jangan sedih, okey? Insya-Allah ingatan abang Aizad akan pulih." pesan Alia.
Khai sekadar mengangguk. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan. Dia khuatir jika dia terus bercakap mengenai Aizad, pasti dia akan menangis di situ. Tuhan saja tahu betapa dia merindui sahabatnya itu. Dua tahun mereka tidak bertemu, meluangkan masa dan berkongsi cerita. Ia satu hakikat yang pahit untuk ditelan.
"Hah, Kak Humaira tahu tak abang sakit ni? Larat ke abang drive? Kenapa tak ajak Ain teman abang?" tanya Alia risau melihat wajah Khai yang pucat.
"Kak Humaira? Macam lah dia kisah kalau abang beritahu pun. Tak apalah, sikit aje ni. Abang kan sado! Hahaha." Khai sengih. Alia tertawa kecil.
"Okey lah abang Khai. Jaga diri. Alia pergi dulu. Assalamualaikum." Alia terus membuka langkah sebaik salam dijawab.
*******
Khai terbaring di sofa ruang tamu. Demamnya masih belum kebah walaupun sudah menelan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor. Khai tidak mahu mempersoalkan ujian sekecil itu kerana ubat-ubatan hanya asbab kesembuhan, yang Maha Menyembuhkan segala penyakit cuma Allah. Khai membasahkan tuala kecil yang diletakkan di atas dahinya entah untuk kali keberapa. Sungguh badannya sangat lemah untuk bergerak kemana-mana. Dia hanya bangun dari sofa apabila mahu solat sahaja. Jika dia memerlukan sesuatu,dia hanya perlu melaungkan nama Ain yang menjadi jururawat tidak berbayarnya selama 3 hari itu. Itulah gunanya seorang adik perempuan, kan? Nak harapkan isteri, tak ada isteri lagi. Yang ada cuma cik tunang yang garang macam singa.
Khai mengerli jam di dinding. Jarum jam menunjukkan angka 3 petang. Dia terasa mahu melelapkan mata sebentar sebelum asar menjelma. Baru sahaja ingin menutup kelopak mata, kedengaran lagu Baby nyanyian Justin Bieber dinyanyikan oleh telefon bimbitnya. Khai meniti skrin telefon bimbit itu. Tertera nama 'Nenek Kebayan' di skrin. Sengaja dia letak nama itu sebagai panggilan untuk Humaira yang suka membebel macam mak nenek. Kalau Humaira tahu, mesti kena belasah sampai lumat. Cari nahas betul kau, Khai.
"Ya, nak apa?" soal Khai sebaik sahaja telefon bimbit dilekapkan di telinga.
"Waalaikumussalam." perli Humaira.
"Sepatutnya kau yang bagi salam." jawab Khai geram.
"Aku tak sempat cakap apa-apa lagi kau main terjah je. Salah aku ke?" soal Humaira tidak puas hati.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceHighest ranking: #1 in hijrah (20 Ogos 2019) #1 in ukhuwah #1 in halal #1 in islamicfiction #1 in spiritual #3 in islamik (5 September 2019) EDISI KEMASKINI 2018 (Ada penambahan bab dan perubahan plot cerita.) Completed 2015 Edited version 2018 Hu...