BAB 10

3.2K 249 15
                                    

HUMAIRA pandang Khai. Khai segera mengalihkan pandangan ke tempat lain untuk mengelakkan bertemu mata dengan Humaira yang kelihatan seperti mahu menelannya.

"Aku pelik, macam mana mama aku boleh kenal ibu kau?" Humaira geram melihat Khai yang hanya beriak tenang.

"Entah. Yang aku tahu, ibu aku cakap dorang dah lama kenal. Dia tak sangka kau anak kawan baik dia sendiri. Sebab tu dia pinang kau. Salah kau lah. Siapa suruh selalu datang rumah aku." Khai menjeling.

"Eh, apa pula? Kalau tak sebab adik kau si Ain ni ajak aku, tak ingin aku datang rumah kau. Heh." Humaira menarik muka masam. Badan disandarkan ke belakang.

"Hah, dah mula dah suami isteri ni gaduh. Cuba bawa bincang elok-elok?" sakat Ain yang dari tadi tidak bersuara.

"Ain!!" marah Humaira dan Khai serentak. Ain tersengih.

"Jangan marah-marah, nanti cepat tua. Kak Humaira, masin kan mulut Ain? Dulu Ain ada cakap mana tahu Kak Humaira jadi kakak ipar Ain. Alhamdulillah termakbul. Hahaha." sakat Ain lagi.

Humaira menjeling geram. "Adik, tolong lah abang. Pujuk ibu batalkan pertunangan kitorang. Please?" rayu Khai.

"Tak nak. Ain nak Kak Humaira jadi kakak ipar Ain. Kalau Ain tolong abang, musnahlah harapan Ain dengan ibu." Ain menjelir lidah. Khai mengeluh berat.

"Haishh... Ada adik pun tak boleh harap." Khai meraup rambutnya ke belakang. Serabut.

"Ain, tolong lah. Akak tak baik pun. Ramai lagi lebih baik dari akak. Akak tak nak kahwin dengan Abang Khai poyo tu. Please?" Humaira menggenggam kedua tangan Ain erat.

"I say no, means no!" Ain menggeleng laju.

"Sampainya hati...." Humaira rasa ingin meraung.

"Khai, please buat sesuatu." rayu Humaira.

"Kau nak aku buat apa? Aku tak boleh fikir langsung tahu tak?! Serabut gila doh." Khai meletakkan kepalanya di atas meja.

"Okay macam ni. Balik nanti, kau pujuk ibu kau lagi sekali, aku pula pujuk mama aku. Kalau tak berjaya juga, tak boleh buat apa lah." Humaira mengeluh berat.

"Okay aku cuba. Ain, jom balik." Khai berdiri. Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluar.

"Kau balik naik apa? Jom aku hantarkan." pelawa Khai.

"Tak payah. Aku datang naik teksi, balik naik teksi lah."

"Kau ni harap je orang kaya. Tapi hidup macam orang miskin. Pelik aku tengok kau. Jom lah aku hantar. Bahaya sorang-sorang." Khai tetap memaksa.

"Jom lah Kak Ain." pujuk Ain.

"Aku bukan tak nak suruh driver mama aku hantarkan, tapi aku dah biasa naik teksi. Tak apalah." Humaira terus keluar dari restoran itu untuk mencari teksi. Ain mengejar dan menarik tangan Humaira masuk ke dalam kereta abangnya.

"Kau ni degillah. Kalau jadi apa-apa nanti siapa susah? Aku jugakkk..." bebel Khai.
Humaira yang duduk di tempat duduk belakang mencebik.

"Kenapa pula kau yang susah?"

"Yelah, dah kau tu kan bakal tu..." Khai mengetap bibir. Dia menampar perlahan mulutnya yang hampir terlepas cakap.

"Bakal apa?" Humaira menjongket sedikit keningnya.

"Maksud aku, kau tu dah lah perempuan. Nanti kena culik ke, bunuh ke. Aku juga kena sebab kali terakhir kau dengan aku. Ada otak tak nak guna." sindir Khai menahan malu.

"Dah dah. Aku tak nak dengar kau membebel macam mak nenek. Baik kau diam." arah Humaira. Kepalanya serabut. Macam-macam hal dia fikir. Macam mana nak batalkan pertunangan ni?

HijrahWhere stories live. Discover now