ALHAMDULILLAH YA ALLAH. TERIMA KASIH ATAS ILHAM DAN IDEA. TERIMA KASIH JUGA PADA KALIAN YANG MENDOAKAN DAN RAJIN KOMEN BAGI SEMANGAT. SEMOGA PENULISAN LYS BERMANFAAT UNTUK KALIAN. DAN SEMOGA HATI KITA TERUS THABAT (ISTIQAMAH) DENGAN PENGHIJRAHAN DAN PERUBAHAN KE ARAH YANG LEBIH BAIK.
BISMILLAH. LAST CHAPTER, 3022 WORDS. ENJOY YOUR READING! :)
SEMINGGU telah berlalu sejak akad nikah yang menyatukan Humaira dan Khai. Dua hari sebelumnya, mereka telah berpindah ke rumah yang dihadiahkan oleh Dato Hamdan yang terletak di Kota Damansara. Walaupun Khai sudah bertegas untuk tidak menerima sebarang bentuk bantuan daripada keluarga Humaira, Dato Hamdan tetap berkeras mahu memudahkan kehidupan pasangan itu. Pada awalnya, Khai sudah berhasrat mahu mengusahakan sendiri pembelian rumah pertamanya demi keselesaan Humaira dan bakal anak-anaknya nanti. Tetapi setelah dipujuk oleh Dato Hamdan, Khai terpaksa akur dengan kemahuan bapa mertuanya itu.
"Papa harap kamu tak keberatan untuk terima hadiah daripada papa ni. Papa cuma nak kehidupan anak menantu papa selesa," pujuk Dato Hamdan sambil menyuakan segugus kunci kepada Khai.
Khai kehilangan kata. Kunci yang disuakan oleh Dato Hamdan tidak disambut. "Saya minta maaf, pa. Tapi saya rasa serba salah nak terima pemberian papa ni. Lagipun papa dah banyak tolong mudahkan majlis perkahwinan kami." Ujar Khai dengan kembali mengingatkan majlis perkahwinan yang separuh daripada jumlah pembelanjaannya telah ditanggung oleh Dato Hamdan. Khai memberanikan diri untuk bertentang mata dengan lelaki di hadapannya itu. Khai tidak mahu dilihat sebagai menantu yang bersenang lenang dengan kekayaan keluarga isterinya. Kalau boleh dia mahu berusaha dengan titik peluhnya sendiri untuk memberikan keselesaan kepada Humaira.
Dato Hamdan tersenyum melihat kerendahan hati menantunya. "Papa faham. Beginilah, ini kali terakhir papa beri hadiah pada kamu. Selepas ini kamu mesti usahakan sendiri. Kali ini papa harap kamu terima rumah yang papa belikan. Anggap saja ia sebagai hadiah perkahwinan untuk kamu berdua." Dato Hamdan masih tidak berputus asa agar Khai menerima pemberian ikhlas darinya.
Nafas dihela dengan lemah. Khai tidak tahu cara apa lagi untuk menolak. Kunci ditangan Dato Hamdan disambut. "Terima kasih, pa. InsyaAllah saya akan jaga anak papa macam saya jaga nyawa saya sendiri."
Lamunan Khai terhenti apabila Humaira masuk ke dalam bilik. Khai berpura-pura membetulkan kedudukan kotak-kotak hadiah perkahwinan yang diterima oleh mereka. Selepas seminggu majlis berlalu, baru hari ini mereka berkesempatan untuk membuka satu-persatu hadiah tersebut.
"Abang dah sedia? Lets unboxing wedding presents!" kata Humaira dengan penuh semangat. Gadis itu mengambil tempat duduk di hadapan Khai. Timbunan hadiah yang perlu dibuka berada di sebelah kiri mereka.
Khai tersenyum melihat kesungguhan isterinya. Kedudukan silanya diperkemaskan. Pagi itu, mereka menghabiskan masa untuk membuka hadiah sambil mengemas rumah. Khai tidak menyangka mereka menerima hadiah yang tinggi nilainya, bukan hadiah perkahwinan yang biasa dia lihat. Tidak terucap kata syukur dengan hadiah yang mampu memenuhi kelengkapan dapur mereka. Sebut saja, pelbagai barangan elektrik yang diterima kebanyakannya daripada rakan-rakan Dato Hamdan dan isteri.
"By the way, semalam Fatihah dah hantar gambar masa malam akad nikah. Abang nak tengok?" Humaira mengeluarkan telefon bimbitnya sebaik teringat akan gambar-gambar yang dihantar oleh photographer wanita yang ditugaskan untuk merakam memori indah mereka.
Khai hanya menggeleng sambil tangannya tidak henti membuka kotak hadiah. Khusyuk betul! Humaira melihat satu-persatu gambar ketika malam akad nikah itu. Rasa mahu ketawa pun ada melihat diri sendiri yang acah malu ketika sesi pembatalan air wuduk. Dia sangat berpuas hati dengan hasil kerja Fatihah. Semua gambar yang diambilnya cantik dan berkualiti. Humaira paling suka tengok gambar yang memaparkan aksi spontan dia dan Khai. Salah satunya gambar yang menunjukkan wajah marah Humaira serta riak wajah nakal Khai. Agaknya gambar itu diambil ketika Khai mengusik tentang penampilannya pada malam itu.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceHighest ranking: #1 in hijrah (20 Ogos 2019) #1 in ukhuwah #1 in halal #1 in islamicfiction #1 in spiritual #3 in islamik (5 September 2019) EDISI KEMASKINI 2018 (Ada penambahan bab dan perubahan plot cerita.) Completed 2015 Edited version 2018 Hu...