SATU PUSINGAN.
Dua pusingan.
Tiga pusingan.
Okay done!Khai berhenti di sebuah bangku. Sebelum duduk, dia merenggangkan anggota badannya lalu dia melabuhkan punggung di bangku kayu itu. Penutup botol mineral dibuka lalu air di dalamnya dia teguk rakus. Rasanya cukuplah tiga pusingan untuk hari ini. Mata dilirikkan kepada jam yang melilit pergelangan tangan. Jarum jam menunjukkan angka 5. Iphone dikeluarkan dari poket seluar. Khai teringat kepada sahabatnya, Aizad.
"Assalamualaikum, bro." Khai memberi salam sebaik panggilannya dijawab.
"Wa... waalaikumussalam. Khai?" Aizad terkedu seketika. Dia melihat jam di dinding biliknya. 5:00 petang. Apa kena dengan Khai ini?
"Ya Khai ni. Kau sihat?"
"Err... Sejak bila pula kau rajin sangat nak call aku ni?"
"Kenapa? Aizad Hakim dah tak sudi ke nak bercakap dengan Adam Khairul?" Khai mencebik.
"Ishh, bukan itu maksud aku. Okey, aku sihat alhamdulillah. Kau?"
"Sihat juga, alhamdulillah. Aku ingat nak jumpa kau sebelum kau fly. Boleh?" Khai menyatakan tujuan sebenar dia menelefon Aizad.
"Hmm. kejap aku fikir..."
"....."
"Weh, lama gila kau fikir?" Khai bersuara apabila tidak mendengar sebarang reaksi di hujung talian.
"Aku sibuk.. kut."
"Amboi, sibuk sangat ke sampai tak boleh luangkan masa untuk sahabat dunia akhirat kau ni?" suara Khai mendatar. Terasa berjauh hati dengan Aizad.
"Eh, mana ada. Aku nak hangout dengan adik aku. Dia baru balik sebab cuti semester. Minggu depan aku dah kena fly ke sana. So, aku nak spend time dengan 'budak kecil' ni dulu. Nanti bila dah free aku roger kau eh? Jangan menangis tau?" Usai itu, kedengaran Aizad terkekeh-kekeh ketawa dengan lawaknya sendiri.
Khai dihujung talian mempamerkan riak wajah meluat. Malangnya, lawak Aizad tak sampai yang mampu membuatkan Khai tertawa.
"Apa kata kita keluar sekali? Kau dan Alia, aku ajak Humaira dan Aira. Amacam?" Dengar sahaja nama Humaira disebut oleh Khai, jantung Aizad berdegup laju.
"Kau ni tak payahlah! Yelah, kita jumpa esok. Aku hangout dengan adik aku lusa. Okey?" Geram betul Aizad dengan idea gila Khai. jika Aizad berjumpa dengan Humaira, lagi berat hati dia nak tinggalkan Malaysia.
"Hahah... okey. Kau nak jumpa kat mana?"
"Bukan kau ke nak jumpa aku? So, kau lah set tempat."
"Hmm... Times Square?"
"Okay set! Jumpa esok. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Khai menamatkan panggilan. Badan disandarkan ke belakang sambil matanya melilar melihat ke setiap sudut taman itu. Boleh tahan ramai juga orang di taman petang itu.
Seorang gadis bertudung labuh yang sedang duduk tidak jauh dari tempat Khai menarik perhatiannya. "Eh, macam kenal. Humaira!" Khai berdiri lalu mengatur langkah ke arah Humaira.
"Assalamualaikum! Humaira?" sapa Khai.
Humaira yang sedang membaca novel mengangkat muka. Terkejut dia melihat Khai dihadapannya. "Waalaikumussalam. Khai buat apa kat sini?" Humaira menoleh ke kiri dan ke kanan. Khai datang je kan?
"Aku buat apa kat sini? Aku nak masak kat sini. Kenapa?" Khai meletuskan tawa.
Humaira mengerutkan dahinya. "Masak? Kau tak ada rumah ke?" sindir Humaira. Khai menepuk dahi. Aduhh. Lambat pick up betul lah minah ni.
"Kau ni slow lah. Tak kan aku nak masak kat sini kut. Mestilah beriadah. Kau pula buat apa kat sini? Dengan siapa?" soal Khai.
"Aku pun macam kau jugak. Nak masak kat sini." Humaira menjawab sinis. Khai menekup muka. Salah tanya lah pula. Aku pula kena balik. Alahai Humaira!
"Aku dengan Aira. Dia pergi beli air." sambung Humaira bila melihat Khai hanya membisu.
Aira tiba dengan membawa dua plastik air ditangannya."Eh, Khai." Aira duduk disebelah Humaira. Menghadap Khai yang berdiri dihadapan mereka.
"Err... Hai Aira." Khai tersengih.
"Hmm okeylah. Aku balik dulu. Korang jangan balik lambat pula. Dah lah perempuan. Baha..." Khai pantas menekup mulutnya. Sejak bila pula aku ambil berat pasal orang ni. Dia tunduk menahan malu.
"Hahaha... Yelah Khai, kitorang tahu." Aira ketawa kecil.
"Okey bye. Assalamualaikum." Khai terus berlalu dari situ.
"Waalaikumussalam." jawab Humaira dan Aira serentak.
*********
Humaira berada di kedai buku. Dia membelek setiap buku yang ada dia rak itu. Tidak ada satu pun berkenan di hati. Sedang sibuk dia mencari buku yang dia mahukan, dia tidak sedar dia telah melanggar seseorang di sebelahnya. Buku di tangan gadis itu jatuh ke lantai.
"Eh, akak. Maaf, saya tak sengaja." Humaira tunduk lalu mengambil buku gadis itu. Diteliti tajuk dimuka depan buku yang lebih kurang 200 muka surat kemudian dihulurkan semula kepada gadis dihadapannya. Terkejut juga Humaira saat melihat gadis berniqab di hadapanya.
"Err... Maaf sekali lagi." Humaira tunduk menahan malu.
"Tak apa. Small matter. Err..."
"Humaira. Nama saya Humaira."
"Ouh Humaira. Nama akak Amanda Jasmin. Panggil Kak Mien je."
"Okey Kak Mien." jawab Humaira kekok lalu bersalaman dengan Jasmin.
"Adik cari buku apa?"
"Hmm tak tahu lah kak. Memandangkan sekarang cuti semester, tak tahu nak buat apa. Banyak novel je kat rumah." sengih Humaira.
Jasmin tersenyum. Dia tahu buku apa yang Humaira perlukan. "Nah, adik beli yang ni. Akak dah pernah baca. Best tau." Jasmin menghulurkan sebuah buku bertajuk Untuk Kita Pendosa oleh Hilal Asyraf.
Buku bertukar tangan. Humaira membelek buku itu. Dia tersenyum puas. "Terima kasih Kak Mien. Saya pergi bayar dulu eh." Humaira terus melangkah ke kaunter bayaran.
*********
"Assalamualaikum." Humaira menekan loceng rumahnya dua kali. Cuti semester dah bermula, tak kan dia nak terperap je dekat dorm. Aira pula awal-awal lagi dah balik ke rumah ibu bapanya di Puchong.
Pagar rumah banglo dua tingkat itu automatik terbuka. Kemudian muncul pula Mak Teh dimuka pintu. "Waalaikumussalam. Humaira! Ya Allah... Rindunya mak teh dekat kamu." Mak Teh memeluk Humaira erat.
"Ira rindu Mak Teh juga." pelukan di balas.
"Mari masuk." pelawa Mak Teh.
"Ummi dengan Abah ada?" Humaira meletakkan begnya di tepi sofa. Tadi ada juga Mak Teh mahu membawakan beg pakaiannya, tetapi dia terus menolak. Humaira yang sekarang tak sama dengan yang dulu. Dia mesti belajar berdikari dan tidak mengharapkan orang lain.
"Ummi kamu dekat butik lagi waktu ni. Abah macam biasa, dekat pejabat lah mana lagi. Kamu duduk dulu, Mak Teh pergi ambilkan air untuk kamu ya."
"Eh tak payah susah-susah lah Mak Teh. Ira nak pergi mandi dulu. Dah nak masuk zuhur ni." Humaira mematikan langkah Mak Teh.
Sejak bila pula Si Humaira ni rajin solat? Mak Teh mula tertanya-tanya di dalam hati. "Mak Teh! Dah sampai mana mengelamun?" Humaira memetik jarinya di hadapan muka Mak Teh.
"Err... Dah lah pergi mandi." Mak Teh terus berlalu ke dapur. Humaira mengangkat begnya lalu menapak ke anak tangga untuk ke bilik.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceHighest ranking: #1 in hijrah (20 Ogos 2019) #1 in ukhuwah #1 in halal #1 in islamicfiction #1 in spiritual #3 in islamik (5 September 2019) EDISI KEMASKINI 2018 (Ada penambahan bab dan perubahan plot cerita.) Completed 2015 Edited version 2018 Hu...