BAB 7

3.4K 255 11
                                    

"Akak, kenapa akak pakai niqab?" soal Humaira ingin tahu. Humaira dan Jasmin sedang duduk di taman. Siapa sangka, pertemuan di kedai buku dua hari lalu membuatkan mereka semakin rapat sehingga sekarang.

"Akak nak jadi ketua bidadari syurga." jawab Jasmin ringkas.

"Err... Apa kena mengena?" Humaira masih tidak mengerti.

"Adik tahu tak, syurga mahal. Tapi tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Nak masuk syurga, kena bayar dengan amalan kita di dunia. Contohnya, menutup aurat adalah perintah Allah. Pakai niqab kira bonuslah sebab ikut sunnah. Jadi akak pecaya, kalau kita jaga kehormatan kita, kita jaga imej pakaian para isteri Rasulullah SAW, insyaAllah kita akan masuk syurga. Faham tak?"

Humaira mengangguk mengerti. "Akak mesti cantik kan?" Humaira tersengih.

"Eh, mana ada. Hahaha. Tak semestinya orang pakai niqab ni cantik-cantik. Adik, Islam sangat pelihara maruah wanita. Jangan senang-senang je bagi lelaki tengok muka kita, aurat kita. Sebab tu kena tutup aurat. Nanti apa yang tinggal untuk bakal suami kita kalau aurat kita dah dilihat oleh ajnabi? Okay berbalik kepada soalan adik tadi. Orang yang masuk syurga, adalah orang yang taat perintah Allah. Okay dah faham kan kenapa akak pakai niqab?" Jasmin tersenyum disebalik niqabnya.

"Err... Tak paham." Humaira tersengih.

"Orang yang taat perintah Allah adalah orang yang jauhi larangan Allah dan istiqamah. Berniqab juga adalah salah satu perintah Allah. Memang tak wajib. Tapi kalau kita pakai, dapat pahala. Allah sayang. Adik tak nak jadi kesayangan Allah?"

Humaira terkedu. "Jadi saya kena pakai niqab ke?"

"Terserah lah. Tapi sebelum tu, kita kena ubah apa yang patut diubah. Takut jadi fitnah untuk agama jika sikap tak kena dengan pemakaian. Orang yang pakai niqab dengan istiqamah, dekat akhirat nanti dapat bersama-sama dengan Saidatina Fatimah meniti titian sirat. Siapa tak nak kan? So pilihan di tangan adik." jelas Jasmin.

Humaira hanya mengangguk. Dia tahu dia belum betul-betul berubah. Masih lagha. Ikhtilat entah kemana. Ya memang dia tak bergaul dengan mana-mana lelaki. Tapi sejak kebelakangan ini dia makin rapat dengan Khai. Ya, Khai. Ke mana sahaja dia pergi, mesti ada Khai walaupun mereka tidak pernah berdua-duaan.

Ya Allah Humaira. Jaga ikhtilat! Hatinya mengingatkan.

*********

"Hello Kak Humaira comel! Jom hangout?" Ain menyergah dari hujung talian.

"Assalamualaikum." Humaira menyindir.

"Eh lupa. Waalaikumussalam. Jom lah kak." Ain ketawa kecil.

"Akak busy lah dik." Humaira memberi alasan. Dia tahu Ain mesti akan ajak Khai dengan mereka sekali. Yelah, Ain mana boleh pergi mana-mana tanpa Khai.

"Alaa akak. Please...Ain bosan duduk rumah. Jom lah teman Ain. Ain nak shopping baju sikit. Akak kata nak tolong Ain berubah? Baju Ain mana ada labuh-labuh kak. Please akak comel?" Ain memujuk.

Humaira menghembus nafas berat. Lemah betullah kalau orang pujuk macam ini. "Ain, akak..."

"Okay kak. Jumpa kat Times Square tau? Assalamualaikum!" Ain memotong percakapan Humaira lalu menamatkan panggilan.

"Eh Ain? Ain!!" Humaira merengus geram. Dia terus menghantar satu pesanan ringkas kepada Jasmin.

Telefon bimbit Jasmin berbunyi menandakan satu mesej masuk. Dia mencapaikan telefon bimbitnya. Tertera nama Humaira di skrin.

Assalamualaikum. Kak Mien, jom jumpa esok? Saya tunggu dekat Times Square. -Humaira

Jasmin tersenyum. Jarinya menari di keypad untuk membalas mesej dari Humaira.

HijrahWhere stories live. Discover now