BAB 3

4.8K 381 19
                                    

"HUMAIRA, aku harap kau boleh bersabar. Nah," Aira menghulurkan sehelai kertas bersaiz A4. Setelah kertas itu bertukar tangan, riak wajah Humaira terus berubah.

"Astargfirullah.... Kerja siapa ni?" Humaira jatuh terduduk. Matanya mula berkaca. Mengingatkan rasa malu yang bakal dia tanggung nanti, akhirnya air matanya mengalir jatuh ke pipi. Humaira menangis teresak-esak. Sesekali dia mengesat wajahnya dengan telekung yang masih tersarung di badan. Tompokan air mata mula kelihatan pada telekung merah jambu milik Humaira.

Aira yang melutut di hadapan Humaira setia meminjamkan bahunya sebagai tempat kepala Humaira berlabuh. Belakang Humaira diusap lembut untuk mententeramkan jiwa Humaira yang sedang kacau. "Shhh... Jangan menangis, Humaira. Aku tak tahu kerja siapa. Yang pasti gambar ni banyak ditampal di sekitar kolej. Aku dah cabut semua yang aku jumpa. Kau jangan risau, Amira tengah pusing satu kolej, kalau-kalau ada yang masih tertinggal." Aira cuba memujuk. Dia mendakap Humaira erat untuk menyalurkan kekuatan kepada gadis itu. Aira yakin Humaira mampu hadapi ujian sekecil ini. Ya, hanya ujian kecil jika dibandingkan dengan Allah yang Maha Besar.

"Ya Allah... Aku malu weh. Besarnya ujian mu Ya Allah!" keluh Humaira yang masih meletakkan kepalanya di bahu Aira.

"Sabar sayang. Pasti ada hikmahnya. Sekarang katakanlah dalam hati--Wahai ujian yang kecil, aku ada Allah yang Maha Besar!" pinta Aira lembut. Harapannya semoga Humaira redha dengan ujian yang menimpanya ini. Ini baru permulaan dalam perjalanan hijrahnya.

Humaira memejam rapat matanya dengan air mata yang masih mengalir. "Wahai ujian yang kecil, aku ada Allah yang Maha Besar!" ujar Humaira dalam hati. Bagaikan silap mata, Humaira dapat merasakan sedikit kekuatan menyelinap masuk dalam dirinya. Dia harus kuat. Ujian ini tidak sehebat ujian yang menimpa kekasih Allah, Muhammad SAW.

"Macam mana aku nak keluar bilik ni? Aku malu sangat, Aira. Siapa sanggup buat aku macam ni?" Humaira menatap lama kertas yang terpampang wajah dia dan Aizad yang kelihatan sangat dekat. Di bawah gambar tertulis ayat--
'BAJET ALIM. PADAHAL COUPLE JUGA. DASAR HIPOKRIT!'

Humaira yakin sesiapa sahaja yang melihat gambar ini pasti bersangka yang bukan-bukan. Apa yang harus di katakan kepada mereka nanti?Humaira redha dengan ujian yang menimpanya ini, tetapi bagaimana cara dia untuk berhadapan dengan orang-orang diluar sana? Kuatkah dia nanti?

"Calm down, Humaira. Jangan bersangka apa-apa perkara buruk akan berlaku, ya? Fikirkan yang baik-baik, InsyaAllah akan datang perkara yang baik-baik. Aku akan sentiasa ada untuk kau, Humaira. Kita sama-sama sakit, kita sama-sama hadapi semua ini, okey? Now, wipe your tears," Aira masih tidak jemu memujuk Humaira agar bertenang. Walau apa pun yang berlaku, Aira pasti akan mencari siapa dalang disebalik semua ini. Sesiapa sahaja yang menyakiti Humaira, mereka juga telah menyakiti Aira.

"Kau percayakan aku kan, Aira? Gambar ini... Gambar ini dah lama. Demi Allah, aku tak berjumpa dengan Aizad lagi sejak hari itu. Kau percayakan aku, Aira?" Soal Humaira sambil merenung tepat ke dalam anak mata Aira.

Aira mengangguk laju dengan yakin. "Aku percayakan kau, dulu, kini dan selamanya. Sudah, jangan fikirkan lagi. Nanti kita selesaikan sama-sama, okey? Aku akan tolong kau. Aku janji!" Lima batang jari diangkat dengan penuh semangat. Aira tersenyum manis memandang Humaira yang mulai tenang.

Tiba-tiba lagu doa iman nyanyian kumpulan Unic kedengaran. Humaira dan Aira saling berpandangan lalu Humaira bersuara, "Aira, tolong ambilkan handphone aku atas meja, boleh?" pinta Humaira perlahan dengan suara yang serak. Dia sudah tiada daya ingin bersuara atau bergerak. Berita yang diterimanya ini telah meragut segala kekuatannya dan melemahkan seluruh tubuh badannya.

Aira segera mendapatkan Iphone milik Humaira yang terletak di atas meja solek lantas dihulurkan Iphone itu kepada Humaira. Melihat nama Ain yang tertera di skrin, Humaira pantas menyapu butang hijau ke atas.

HijrahWhere stories live. Discover now