BAB 17

1K 88 12
                                    


"ALONG bangun!" Khai segera membuka mata apabila satu tepukan kuat mengenai bahunya.

"Pergilah tidur dalam bilik. Tidur kat sini buat apa?" soal Ain sambil bercekak pinggang di hadapan Khai. Terasa hendak ketawa pula melihat wajah kebingungan yang ditayang oleh Khai.

Khai memerhati kawasan di sekelilingnya. Tidak silap dia berada di dalam hutan bersama Aizad. Bagaimana pula dia boleh berada di rumah? "Aizad mana?" soal Khai perlahan. Dia merenung wajah Ain dengan harapan gadis itu mempunyai jawapan kepada soalannya.

"Along merepek apa ni? Ain rasa along mengigau lah. Pergi basuh muka sana!" marah Ain. Dia sempat mendengar Khai bercakap dalam tidur dengan menyebut nama Aizad jadi dia terus mengejutkan abangnya itu.

 Dia sempat mendengar Khai bercakap dalam tidur dengan menyebut nama Aizad jadi dia terus mengejutkan abangnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Khai membulatkan mata. Sepasang matanya terus melirik ke arah jam dinding di ruang tamu. 11 pagi. Ah, betul lah dia bermimpi! Kini dia sudah ingat apa yang berlaku. Seawal jam 8 pagi tadi, dia membantu bapa saudara dan sepupunya memasang empat buah kanopi di luar rumah. Oleh kerana matanya terasa berat kerana tidak cukup tidur sejak semalam, dia tertidur di sofa ruang tamu selepas penat memasang kanopi dan mengatur meja kerusi untuk tetamu. Dia masih ingat semalam dia sibuk mencari Aizad sambil mengedarkan kad undangan perkahwinan kepada rakan-rakannya. Agak lewat juga dia pulang ke rumah. Pada waktu malam pula dia membantu keluarganya membuat persiapan akhir untuk kenduri perkahwinannya lusa nanti. Debaran mulai terasa apabila mengingatkan malam ini dia bakal melafazkan akad di masjid Putrajaya. Keesokan harinya akan berlangsung kenduri di rumah pengantin perempuan pula. Tiada persandingan seperti yang dimahukan oleh Humaira, cuma makan-makan untuk para tetamu.

"Oit, termenung pula bakal pengantin ni. Along mimpi buruk ke?" soal Ain prihatin.

Mendengarkan soalan Ain, fikiran Khai terus beralih pada mimpi yang dialaminya tadi. Serius seperti benar-benar berlaku! Khai memegang rusuk kirinya. Dia sangkakan dirinya sudah mati kerana ditikam oleh Aizad. Mujurlah semuanya hanya mimpi. Dia yakin tidak mungkin Aizad akan bertindak sekejam itu.

"Ya Allah, dia termenung lagi. Along, apa kata pergi mandi kemudian solat dhuha." Ain memberikan cadangan. Pening kepalanya melihat telatah Khai. Apalah agaknya mimpi yang dialami lelaki itu.

Khai tersengih sambil mengusap belakang lehernya. "Goodies dah siap packing?"

"Sudah."

"10 ekor ayam dah potong belum?"

"Sudah juga. Para jejaka idaman malaya tolong potongkan tadi." balas Ain. Jejaka idaman malaya yang dimaksudkan adalah sepupu-sepupu lelakinya. Untung ada tiga orang bujang itu, boleh juga diharapkan untuk buat kerja.

"Kek dah ada orang pergi ambil ke?"

"Sudah, along."

"Pelamin dah siap hias?"

"Along dengan Kak Humaira tak nak bersanding, remember?"

"Ah, along lupa. Hmm... Dah ambil baju along kat butik?"

HijrahWhere stories live. Discover now