2 TAHUN KEMUDIAN...
Humaira membelek-belek album ditangannya yang terdapat gambar-gambarnya bersama Aira sejak di bangku sekolah rendah. Air matanya pantas mengalir setiap kali teringatkan Aira.
"Aira Batrisya.. tunggu aku di syurga.." Dua tahun sudah berlalu, dia masih tidak dapat melupakan Aira. Dia tetap merasakan sahabatnya itu ada disampingnya.Humaira mengingati semula saat Aira berada dalam keadaan kritikal. Luekimia stage 4.
"Humaira..." Aira cuba sedaya upaya untuk bercakap. Sudah sebulan dia ditahan di dalam wad. Tiba masa dia pergi menghadap ilahi. Meninggalkan dunia yang bagaikan penjara.
Humaira menggenggam tangan Aira. Air matanya mengalir membasahi pipi.
"Aira.. aku tahu kau kuat.." Humaira mengusap lembut kepala Aira. Aira mengukir senyuman manis. Siapa sangka itu senyumannya yang terakhir."Weh, jangan nangis. Aku tak mampu nak lap air mata kau." pujuk Aira dengan nada suara yang mendatar.
Humaira menggeleng lemah. "Aira... kau dah janji kan nak belajar sama-sama dengan aku? Kau kena tepati janji kau. Aira... kau kuat kan?" Humaira menangis teresak-esak. Ahli keluarga Aira yang berada di dalam wad itu turut menangis.
Aira senyum lagi. "Aira... kenapa tak pernah beritahu mama pasal penyakit Aira? Kenapa buat mama macam ni?" Puan Syifa, ibu Aira mengusap lembut kepala Aira.
"Hee... Aira taknak semua orang sedih. Biar Aira tanggung sendiri penyakit ni. Bila Aira dah pergi..."
"Shhh... Kau akan sihat. Percaya cakap aku." Humaira tersenyum dalam tangisan.
"Aira sayang semua.... Humaira, aku sayang kau. Maafkan salah silap aku. Jangan futur...," tersekat-sekat suara Aira.
Humaira menekup mulut. Dia tahu sudah tiba masa. "Mengucap sayang.." Puan Syifa mengajar Aira mengucap. Aira mengikut tenang. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi HUmaira dan Puan Syifa.
Humaira terus berlari keluar. Dia tidak kuat. Kenapa mesti Aira? Soalan itu bermain difikirannya. Tanpa sedar, Humaira telah mempertikaikan perancangan Allah. Dia berjalan kaki pulang ke rumahnya. Hujan mula turun dengan lebat.
Khai yang menunggu diluar wad tadi mengejar Humaira apabila melihat gadis itu berlari keluar dari wad Aira. Dia dapat mengagak apa yang terjadi. Dia mendapatkan keretanya bila melihat Humaira telah keluar dari kawasan hospital.
Pin! Pin!
Khai menekan hon keretanya. Humaira tidak menghiraukan Khai. Langkahnya tetap diteruskan. Hujan semakin lebat. Khai risau. Humaira seperti orang hilang akal! Dia takut Humaira pengsan ditepi jalan. Ya Allah Humaira, jangan buat aku risau!Khai menurunkan cermin keretanya. "Humaira, masuk! Nanti kau sakit! Masuk sekarang!"
Humaira mengendahkan. Air matanya mengalir bersama air hujan yang turun. Dia masih tidak boleh menerima kenyataan akan kepergian Aira sebentar tadi.
"Humaira masuk! Jangan degil!" Khai tetap memujuk. Dia memperlahankan keretanya menyaingi langkah Humaira.
"Tinggalkan aku!"
"Tak!" Khai menjerit geram.
"Aku nak mati... Aku nak ikut Aira..."
"Astargfirullah. Mengucap, Humaira. Jom, aku hantar kau balik. Naik cepat. Please jangan buat aku risau macam ni." Humaira menggeleng. Dia langsung tidak boleh berfikir dengan waras ketika ini.
"Humaira, Allah lebih sayangkan Aira. Kau kena terima. Jangan macam ni. Cepat masuk!" Khai semakin risau melihat Humaira yang nekad untuk berjalan dalam hujan.
Humaira memicit kepalanya. Matanya menjadi kabur. Dunia terasa berputar.
Pitam.
*********
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceHighest ranking: #1 in hijrah (20 Ogos 2019) #1 in ukhuwah #1 in halal #1 in islamicfiction #1 in spiritual #3 in islamik (5 September 2019) EDISI KEMASKINI 2018 (Ada penambahan bab dan perubahan plot cerita.) Completed 2015 Edited version 2018 Hu...