KENDERAAN pacuan empat roda itu meluncur dengan kelajuan sederhana di atas jalan raya. Humaira melontarkan pandangan ke luar jendela kereta. Pelbagai perkara bermain-main di kepalanya ketika itu. Perasaan pula sudah bercambur-baur sehingga sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Datin Sofia menggenggam tangan kiri Humaira. Dia faham benar perasaan Humaira ketika itu. Normal buat bakal pengantin berasa takut dan berdebar menunggu akad terlafaz. Namun berlainan bagi Humaira kerana dia tidak melalui fasa percintaan selama 3 tahun sebagaimana bekas kekasihnya, Aizad. Dia meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah soal perkahwinan yang bakal dibina tidak lama lagi. Bermula dengan musyawarah bersama ahli keluarga sehingga fasa taaruf yakni pertunangan, Humaira menyerahkan segala urusan kepada Allah melalui istikharah yang dilakukan berturut-turut. Bercinta sebelum nikah itu tiada kepastian yang kukuh tentang kemana sesuatu hubungan itu akan pergi. Berbeza dengan cara yang telah digariskan oleh Islam demi menjaga maruah dan memperoleh keberkatan hubungan itu.
"Humaira okey?" soal Datin Sofia sekaligus memecahkan keheningan di dalam kereta.
Humaira mengangguk sambil tersenyum manis. Sedangkan dalam hati Allah saja yang tahu bagaimana perasaannya. Di luar jendela, tersergam indah masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dari jarak 500 meter. Cahaya lampu kebiruaan ditambah pula pada waktu malam tidak pernah gagal memukau mata sesiapa saja yang melihatnya. Jantung Humaira berdetak semakin laju. Kereta yang dinaikinya mula memasuki perkarangan masjid.
Di tempat letak kereta, Humaira dapat menangkap figura manusia yang sangat dikenalinya bersama beberapa orang yang memegang dulang hantaran. "Tengok apa lama sangat tu? Terpegun sebab bakal suami handsome sangat?" usik Dato Hamdan yang melihat Humaira dari cermin pandang belakang.
Mendengarkan usikan nakal Dato Hamdan, cepat-cepat Humaira membenamkan wajah ke bahu Datin Sofia. "Mama tengok papa!"
Datin Sofia hanya ketawa sambil menikmati momen indah bersama anak tunggalnya sebelum bergelar seorang isteri. "Bila lagi papa boleh usik anak papa ni. Nanti dah kahwin lagilah kena usik dengan suami. Mana nak lari?"
"Huh, jangan harap Khai nak usik Humaira macam papa buat selalu. Dia itu hati kayu, tak sweet langsung!" Kritik Humaira dengan riak wajah yang dibuat-buat.
"Humaira juga yang tak nak Khai berlebihan sebelum kahwin kan? Tengoklah dah kahwin nanti, emtah-entah dia lelaki paling sweet Humaira pernah jumpa. Jangan pandang rendah pada lelaki hati kayu itu, tau!" pesan Dato Hamdan lalu ketawa. Suka benar dia melihat muka tidak puas hati yang ditayangkan oleh Humaira.
Enjin kereta dimatikan. Belum sempat Humaira keluar dari perut kereta, telefon bimbitnya berbunyi menandakan terdapat mesej baharu tiba. Skrin di swipe ke atas. Satu pesanan ringkas daripada Jasmin tertera di skrin.
Assalamualaikum sayang. Check your email please. -Jasmin
Sebaik saja membaca mesej dari Jasmin, pantas jari Humaira menekan ikon email di skrin.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم"
Humaira, Kak Mien sayang adik lillah. Bila dah jadi isteri orang nanti, adik kena ingat, syurga adik di bawah telapak kaki suami. Tetapi jangan lupa mama yang pernah jadi syurga adik, okey? Taati suami, hormati ibu bapa. Akak doakan semoga adik terus istiqamah dan menjadi Muslimah solehah serta bidadari di syurga kelak. Ingat, hijrah itu tak dibentang karpet merah sebaliknya ditaburi duri-duri ujian yang menguatkan. Jangan putus asa walau apa pun yang terjadi. 😊
Adik nervous ke tu? Hehe, tak sangka nak jadi isteri orang dah. Akak minta maaf sebab tak boleh hadirkan diri ke majlis adik. Selepas akak pulang dari Singapore, kita jumpa ya? Akak ada buatkan nota ringkas untuk adik. Bacalah bila berkelapangan nanti.
![](https://img.wattpad.com/cover/41684702-288-k952663.jpg)
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceHighest ranking: #1 in hijrah (20 Ogos 2019) #1 in ukhuwah #1 in halal #1 in islamicfiction #1 in spiritual #3 in islamik (5 September 2019) EDISI KEMASKINI 2018 (Ada penambahan bab dan perubahan plot cerita.) Completed 2015 Edited version 2018 Hu...