4/2/2005" Hey Hanni cepat sayanggg kata nak jumpa abah kesian abah tunggu lama dekat sana tu dah siap ke belum ha ? "
Jerit puan aisya dari tingkat 1 dirumahnya padahal boleh aja mereka berjumpa di rumah.Ni tidak ada sahaja dua beranak ni punya karenah.
Katanya mahu spend time together la apalah tak menyabarnya si anak perempuan sorang itu.Yang si ayah pon join je plan anaknya
Ish ish ish penat dia menunggu sorang sorang di ruang tamu ni.
" Kejap mama hm mama nampak tak hazel hanni???? "
Puas cari padahal dia letak dekat atas katil je
hm kat mana ea?" Ya Allah hanni sayangg hazel ni ada dalam beg mama la dah turun cepat kesian abah kamu tu tunggu."
Puan aisya melihat hazel anak patung arnab di dalam handbagnya.
Dalam banyak banyak nama hazel jugak anaknya sebut tergeleng geleng kepala puan aisya melihat sikap anaknya itu.
" Okay mama, hehe yeay jumpa abah jumpa abah yeay Abah I'm coming hehe. " Jerit hanni akibat terlalu gembira.
Hanni mula berlari dengan laju keluar daripada biliknya.Terkejut puan aisya apabila melihat anak perempuannya berlari dari tingkat 2.
Malah anak perempuannya itu mula melompat di kawasan tangga.
Anak sapa ni ? Ikut perangai suami dia ke?
Takkan la perangai dia kot bayangkan la budak perempuan berusia 5 tahun berlari sekitar tangga.
" ASTAGFIRULLAHALAZIM HANNI?! "
Puan aisya geram melihat hanni tersengih-sengih dihadapannya.
" Hehe mama nak hazel hm oleh ? "
Hanni menghulurkan kedua dua tapak tangan kecilnya kehadapan mamanya." Nah ambik la tahu dah nanti kalau takde kesayangan hazel ni ada orang tu moody. "
Puan Aisya memberi anak patung itu kepada anaknya sambil tersenyum.
" Hehe,Terima kasih mama sayang mama. "
"Sama-sama hanni sayang, dah jom hanni jangan lupa baca doa keluar rumah."
" Okay mama. "
Hanni mula menadah tangan dan membaca doa sebelum keluar rumah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ
Allahumma inni a-'udzu bika an adhilla aw udholla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala 'alayya.
Bermaksud : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, janganlah sampai aku tersesat atau disesatkan (syaitan atau orang jahat), tergelincir atau digelincirkan orang lain, menganiaya atau dianiaya orang lain, dan berbuat bodoh atau dibodohi orang lain.
Kenapa hatinya berasa tidak sedap hati ya? Mungkin firasat je kot.
Airport
" Hanni sayang nak ice-cream tak hm? "
Tanya puan aisya." NAKKKKKKKKKKK MAMAAAAA!!!! "
" Okay jom kita pergi kedai dekat depan tu."
Tunjuk puan aisya kepada hanni anaknya.