Chapter 19 - Ayam

3.1K 106 8
                                    

" Saya nak kamu semua buat kerja yang saya sediakan di papan putih ni. Maklumat korang semua cari sendiri dalam irtenet atau dalam buku perpustakaan . Semua sekarang ada telefon kan? Jadi gunakan telefon tu cari maklumat yang penting dan isi dalam kertas mahjong. Nanti saya nak tengok korang semua buat presentation dekat depan. Yang saya tahu saya nak tugasan tersebut dah siap pada hari jumaat ini faham ! " Kata Hayden dengan panjang lebar.

Matanya tidak lepas hanya melirik ke arah tempat duduk hanni sejak tadi. Gadis itu hanya memandang kearah lain. Tidak rela untuk menatap lelaki yang dia tidak suka.

Jackson dan Aisyah hanya mengeluh berat tanda terpaksa membuat tugasan baru lagi. Pensyarah lelaki ini selalu memberi terlebih banyak kerja tugasan buat mereka sekelas.

Pensyarah lain tidak seperti lelaki itu. Hanni yang mendengar suara pensyarahnya mula tidak suka dengan sikap lelaki itu. Tak habis-habis buat orang serabut.

Dia tidak suka apabila mata lelaki itu hanya memandang kearahnya. Perutnya mula terasa apabila menahan sakit sejak rehat tadi.

Sudahlah peperiksaan semester 2 ini sudah dekat. Ditambah lagi satu kerja yang dia perlu buat baru.

Perut kecilnya ditahan selagi boleh diurut juga dengan perlahan menggunakkan minyak angin.

Jangan la sakit lagi, Hm sabar ye perut. Diusap perutnya supaya hilang rasa.

" Encik, kalau kitaorang tak siap juga macam mana ? Yelah banyak encik bagi kitaorang buat assignment. Pensyarah yang lain pon kitaorang tengah struggle nak siapkan. Kalau kitaorang hantar minggu depan boleh tak ?  " kata Yusuf selaku wakil di dalam kelas. Hayden hanya mendengus tanda tidak suka.

Kenapa suka sangat kelas ini bagi alasan huh.

" Ada aku suruh kau hantar minggu depan ke ? " Kata Hayden dengan kasar. Yusuf mula menggelengkan kepalanya tanda takut dan terkejut apabila mata dia melihat kearah Hayden yang memandangnya dengan tajam.

Dia tidak berani untuk melawan pensyarah yang tegas dan dingin ini. Kekok dirasai ketika ini apabila melihat pensyarahnya itu.

Jika suara Hayden menyebut aku dan kau maknanya lelaki itu sedang menahan marah.

" Dah ! Buat kerja yang tertunggak tu jangan buang masa ! " Kata Hayden lagi.

" Baik, Encik Ian. " Jawab semua di dalam kelas tersebut.

Semua pelajar mula membuka buku milik mereka dan membuat tugas masing-masing.

40 minit kemudian.

Semua pelajar sedang fokus belajar dan mencari maklumat penting. Tiada langsung bunyi kedengaran di dalam mereka apabila Hayden duduk di dalam kelas itu. Tidak seorang pon yang berani mahu membuat bising apabila keberadaaan dia.

Tuk tuk tuk

" Hey, everyone ! I dah sampai ni korang ! Eh la kenapa suram je kelas ni macam kelas ini ada haba hitam lah ? Lah ada orang rupanya ! Weh Hann aku ada belikan kau ayam ni ! Kau nak tak sedap tahu ! Ayam goreng ayam goreng ayam goreng untuk Hanni ! " Jerit suara ceria lelaki apabila sampai di kelas itu. Bayangan Ziiyad Kyle mula muncul disebalik pintu. Cakkkk tangan Kyle menghayunkan plastik makanan ayam goreng yang dibelinya di hadapan pintu kelas mereka.

Pelajar lelaki yang lain hanya melopong mulutnya apabila mendengar suara Ziiyad Kyle itu. Aisyah dan Jackson menahan daripada tergelak apabila lelaki itu sudah muncul.

Ha sudah dia tak tahu ke dalam kelas ini ada pensyarah.

Kepala Hayden mula memerhati tindakan lelaki itu.
Dia sungguh tidak suka apabila lelaki lain menyebut nama gadis kecilnya. Wajahnya hanya memandang kearah Hanni pula. Gadis itu mula menunjuk jari kearahnya kepada Ziiyad Kyle. Kepala lelaki itu mula melihat dirinya.

HAYDEN LITTLE GIRL Where stories live. Discover now