Chapter 24 - Air

2.8K 93 4
                                    

Hanni Dalisya mengacau air untuk Arash dan Hayden Aryan apabila sudah siap bancuhan kopi itu. Tangannya mula mengambil dulang air dan mula menuju ke arah ruang tamu.

Suara ketawa mula kedengaran. Dia melihat kearah semua yang berada disitu ada juga kak sarah bergelak ketawa bersama mereka. Nasib baik lah dia membuat air lebih. Dulang itu dipandang. Hanni Dalisya hidangkan air tersebut untuk Arash terlebih dahulu kemudian untuk Sarah Rieana dan Cabby. Cabby hanya menjeling tanda rimas apabila kehadiran Hanni Dalisya mula ada disitu.

Hayden Aryan melihat kearah Hanni. Kenapa gadis ini memberi air kopi pada Arash dulu ? Sepatutnya dia yang dapat dulu ! Bukan Arash.

"Eh eh minah ni,Aku yang suruh kau buat air dulu. Engkau boleh pulak bagi orang lain. "

Arash tersenyum kearah Hanni Dalisya. Wajah gadis itu dia pandang.

Cantik.

Dia mula minum.

"Ya Allah, Sedapnya air ni. " Kata Arash. Sarah Rieana yang mendengar pujian daripada Arash juga mencuba minum air kopi buatan Hanni Dalisya. " Wow. " Mulai hari ini dia suka gadis itu punya air.

Hanni tersenyum manis apabila mendengar pujian itu. Namun hilang senyumannya bila dia dengar suara milik cabby yang mengutuknya.

"Alah, Buat air kopi je pun bukan reti masak makanan. Setakat air buat apa. " Jawab Cabby.

"Sekurang-kurangnya dia pandai buat air dari you buat air pun tak reti. Makan ? masak ? Dapur pun you tak pernah nak masuk. " Bidas Sarah Rieana. Cabby mula tersedak air. Dia juga merasa air yang Hanni Dalisya buat padanya. Biasa je bukan sedap sangat pun. Ditepuk-tepuk dadanya bagi hilang rasa. Terkejut apabila mendengar sepupunya. Ya dia tahu kak sarah memerli dirinya.

"Masuk dapur ? Euwwww kotor lah nanti kuku cabby kak sarah. "

Sarah Rieana hanya menjeling kearah gadis itu. Kotor apa ? Ikan ? Ayam ? Daging ? Dia pun nanti makan jugak. Sumpah dia cakap perempuan ini mahu sahaja dia mencekik tapi disebabkan cabby itu sepupunya dia tahan niatnya. Hayden Aryan yang mendengar itu dia biarkan sahaja.

Mulutnya mula meneguk air kopi itu. Tersembur airnya kearah muka Cabby. Air apa ni ? Cawan yang berada ditangan dia pandang sekilas.

"Aaaaaagh apani abang Hayden !  "  Habis lencun wajahnya dengan air kopi. Hayden Aryan memandang kearah Hanni. Sarah dengan Arash terkejut beruk. Mereka berdua gelakkan Cabby sepupunya.

Hanni Dalisya tersenyum sinis. Misi berjaya !

"Padan muka kau,Hayden. " Kata Hanni Dalisya dalam hati.

"S sorry, Cab i tak sengaja. You okay ? " Tanya Hayden.

"Okay apa macam ni ! Habis kotor muka i lah tengok baju i pun habis kotor ! Aghhh jijik lah kotor macam ni ! " Jerit Cabby.

"Sarah kau ada baju lebih kan ? " Tanya Hayden Aryan lagi.

"Ada long, Kenapa ? "

"Bagi baju kau dekat cab bagi dia pakai. " Kata Hayden Aryan.

"Apa abang Hayden ni,Baju Sarah tu besar lah ! Mana muat dengan baby kalau nak pakai. "

"Eh kau ni, pakai baju besar pun kira okay lah dari takde. " Balas Sarah Rieana.

"Entah engkau ni,memilih lak. Orang nak bagi tu mujur. Sarah takyah bagi biar je dia pakai macam tu. " Jawab Arash.

"Mana boleh, kotor tahu tak ! " Jerit Cabby. Sarah dan Arash mula menutup telinganya menggunakan tangan.Berdesing telinga mereka berdua.

"Er okay kalau macam tu,apa kata kita pergi mall kita beli baru? "

"Okay,Jom ! " Inilah dia mahukan.Sudah pasti lelaki ini mahu membelanjakan duit untuk beli baju untuknya.

HAYDEN LITTLE GIRL Where stories live. Discover now