Chapter 15 - Mood

4K 120 2
                                    

Hayden sebaik menapak masuk ke dalam bilik tidur yang kelihatan serba mewah itu. Bibirnya mengukir senyuman menyeramkan tangannya ditilik dengan puas hati dengan hasil gadis kecilnya.

" Dalam degil macam tu stay lagi nak ambik peduli pasal aku jugak heh " Tangannya mula mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi seseorang.

" Yes, Tuan Muda ada apa call saya tengah malam ni ? Tuan nak apa apa ke ? " Tanya Zach dalam menahan mengantuk. Maklum la ketika ini sudah jam 2 pagi. Tuan mudanya belum tidur lagi. Tubuh badannya mula bangun daripada tilam supaya hilang rasa mengantuknya sejak tadi.

" Aku nak kau siasat siapa Mikha, apa hubungan dia dengan Hanni aku nak tahu maklumat lelaki tak guna tu. " Jelas Hayden dengan dingin.

" Mikha ? Mikha apa ? " Tanya Zach dengan blur. Aduh matanya pula buat hal menahan mengantuk. Mulutnya ditutup dengan tangan supaya hilang menguap.Takut sekiranya mulut seksinya dimasuki lalat.

" Mikha lah bodoh aku nak kau cari siapa Mikha tu " Jawab Hayden dengan geram.

Tidak pasal-pasal nama yang disebut Hayden dicarutnya oleh lelaki itu. Zach yang mendengar mula pening kepala dengan sikap Hayden.

Sejak bila tuannya pandai mencarut ni ?

" Masalahnya sekarang ni Hayden, Mikha ni bukan sorang je tahu. Macam mana nak cari dia? Nama mikha ni kan ramai dekat dunia ni nama panjang dia mesti ada mikhail ke apa ? " Tanya Zach dengan panjang lebar.

" Mana aku tahu mikha apa ! Ah aku tak kira kau kena cari jugak MAMAT tu pastikan semua maklumat lelaki tak guna tu ada pada aku. Aku tak nak satu pon tinggal pasal di"

Belum sempat Hayden jelaskan dengan habis telefon bimbitnya mati tanda tiada bateri. lelaki tu mula mengeluh dengan kasar apabila sedar suara Zach tidak menyahut.

" S*al masa ni la kau nak habis baterinya. "
Akibat geram yang teramat Hayden mencampak telefon bimbitnya dengan ganas. Dia hanya melihat telefonnya di atas mozek itu dengan dingin sudah pasti telefon itu pecah berderai terbelah dua.

Dia peduli apa dia boleh beli baru. Dia masih mampu beli beratus jenis dan model telefon dengan kemewahan yang dia miliki dia masih mampu . Turun naik dada Hayden menahan marah.

Sakit hatinya apabila gadis pujaannya hatinya menyebut nama lelaki lain selain dia . Tiada langsung niat nak tidur ketika ini. Manakala di situasi Zach pula masih bingung apabila tidak mendengar suara majikannya.

" Tuan Tuan? Eh lah ? Hilang pulak dah fuh kuk mung la aku mengantuk ni esok la aku cari " Kata Zach dengan nada perlahan kepalanya mula baring di atas bantal semula.

Keesokan harinya...........

Mood Hayden semakin tidak keadaan baik ketika ini. Setiba di kolej, Dia melihat kearah Hanni yang sedang bergelak ketawa bersama-sama rakan sekuliahnya. Jika rakannya adalah seorang perempuan dia tidak kisah namun ini lelaki bukan sorang dua sahaja yang berada disitu malah ramai !

Rahangnya mengetap tanda bengang dan marah. Apabila melihat salah seorang pelajar lelaki itu memegang bahu Hanni sambil tidak lepas menatap gadis itu dengan senyuman lebar yang terukir di bibirnya.

Dia akui dia benar-benar cemburu.

Katakan lah dia gila dia tidak peduli apa yang Hayden mahu ketika ini adalah Hanni.

Dia mahukan Hanni.

Dia obses terhadap gadis itu.

Gadis itu hanya miliknya bukan lelaki lain yang berhak untuk merampasnya !

Tanpa melengahkan masa. Hayden terus pergi kearah mereka.

Manakala di situasi Hanni.

Hanni yang sedang membaca buku dengan tenang. Mulutnya terkumam-kamit kerana menghafal ayat untuk mudah diingatinya. Hanni menulis peta minda dalam nota miliknya untuk dia mudah dibaca setiap hari . Jackson menegur kedua-dua sahabatnya.

HAYDEN LITTLE GIRL Where stories live. Discover now