Chapter 38

5.8K 113 25
                                        

KEESOKAN HARINYA riuh rendah suasana di pasar tani, terdapat ramai manusia sibuk berjual beli.Hanni Dalisya memandang melihat orang-orang yang berniaga di kiri kanan mereka berdua.

"Ni first time aku berjalan sorang sorang pergi pasar dengan kawan pulak tu.Macam ini rasanya best la weh.Dah lama tak dapat beli ayam percik macam ni ! Mesti sedap kan ayam ni." Ujar Hanni Dalisya.Aisyah yang di sebelahnya menoleh memandang kawan baiknya itu.Mulut Hanni dijilat sikit bibirnya melihat ayam yang berada di dalam plastik.

"Kau tak pernah datang sini ke ? Tak silap aku dekat kl pun ada juga pasar seperti ini." Kata Aisyah Damia.Bingung juga melihat kawan baiknya itu teruja lain macam.

"Tak,masa kecik dulu pernah lah dengan abah aku.Tapi itu dulu sekarang ini mana ada masa aku nak pergi.Dah besar ni nak keluar rumah pun mama aku mana bagi keluar pergi jauh-jauh.Katanya bahaya kalau perempuan keluar rumah.Padahal aku sudah besar kot." Kendur sahaja bunyinya apabila Hanni menjawab.Dia rindu akan ayah kandungnya.Tapi Hanni Dalisya sedar akan takdir, jadi biar lah dia sudah reda.Hanni tersenyum kecil melihat ayam peha di dalam plastik itu.Nanti balik saya makan awak ye ayam hehehe.

Aisyah Damia yang melihat wajah Hanni Dalisya yang gembira itu juga tersenyum.Bebola matanya melihat kearah penjual yang menjual gelang di situ.Tangan kiri Hanni Dalisya segera dia menarik rapat supaya mengikutnya.

"Ni berapa hangpa ? " Soal Aisyah Damia dalam loghat kedah.Terkelip-kelip mata Hanni Dalisya.Kenapa dia tak reti loghat kedah juga ! Mana aci macam ini.Nak juga cakap bahasa kedah.

" Tiga sepuluh.Hang mau ka ? " Bersinar-sinar mata Aisyah Damia mendengar suara penjual lelaki itu bercakap.Dia mengangguk kepalanya tanda mahu membeli gelang disitu.

"Weh Hann,pilih la mana satu yang kau suka.Aku belanja." Kata Aisyah Damia.Hanni Dalisya tersenyum kekok.

"Tak yah la membazir lah weh." Bisik Hanni Dalisya.Bukan tidak sudi untuk terima tapi dia fikir duit Aisyah Damia itu nanti akan habis.

"Ambik lah weh aku beli ni nak buat kenangan.Lagi pun kita kan dah lama kawan so gelang ni sebagai persahabatan kita tau ! Jadi pilih lah satu yang mana engkau suka.Ni aku nak beli dekat kawan kita yang lain juga. " Hanni mencebik.Haih minah ni kalau dia tak ambik selagi itu juga gadis itu suruh ambik.Nasib sayang.

Hanni memandang seutas gelang berwarna pink.Di tengah manik manik itu terdapat bentuk arnab putih.Dia mula menunjukkan kepada Aisyah Damia.

"Ni cantik lah.Aku nak yang ini lah." Sejurus sahaja hanni dalisya berkata seperti itu Aisyah mengangguk kepalanya.

"Bang,Chek mau yang ini satu." Penjual lelaki itu mengambil dan membungkuskan satu per satu gelang khas buat mereka berdua.Aisyah tersenyum apabila puas hati melihat pilihan dia buat kawan kawannya.

"Terima kasih,Syah."

"Sama-sama kasih.Dah jom aku mahu pergi situ pulak.Aku lapaq air ni." Ujar Aisyah.Berkerut dahi Hanni Dalisya mendengar.

"Lapar air ? "

"Orang disini biasanya sebut begitu.Lapaq air tu dahaga air."

"Ooo,Jom aku pun lapar air jugak." Jawab Hanni Dalisya.Dia berjalan menuju kearah penjual air balang di pasar itu.

"Bukan macam tu lah ! Orang lapaq air ! " Balas Aisyah Damia.Hanni tergelak kecil melihat wajah kawan baiknya.Rilek lah dia hanya bergurau sahaja.

"Kak,Chek mau air yang ni boleh ? Hang mau air apa Hann ? " Soal Aisyah Damia.Hanni menunjukkan air teh hijau tanpa banyak bunyi.Penjual air balang itu hanya mengangguk kepalanya dan mengisi air buat mereka berdua.Selesai sahaja mereka berdua bayar.Hanni dan Aisyah pulang ke rumah Eva Lovia.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Mar 03, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

HAYDEN LITTLE GIRL Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang