Chapter 11 - Shock

4K 112 3
                                    

" Eh Hann ? Hanni ! Weh tunggu aku la weh Hann haih budak ni "

Jerit Jackson apabila ternampak bayangan hanni yang sedang berlari keluar daripada kelas.

Sungguh dia terasa dengan sikap hanni sudahlah ditinggalkan malah dipalau lagi oleh gadis kecil itu.

Hanni tanpa pedulikan jackson mula berlari semakin laju keluar daripada kampus niatnya hanya satu dia nak balik jumpa katil miliknya penat dengan semua benda dirasai ketika ini.

Sahabatnya Aisyah juga bingung melihat perubahan hanni sejak masuk ke dalam kelas tadi.

Gadis tersebut hanya diam mahu ditanya malah gadis itu hanya angguk dan geleng kepala sahaja biasanya ada sahaja tingkah laku gadis tersebut.

Mata Aisyah hanya melihat pemergian hanni keluar daripada kampus dan masuk kedalam sebuah kereta yang agak mewah.

Semakin berkerut wajah aisyah apabila melihat kereta yang berwarna hitam itu mengambil gadis tersebut untuk pulang.

" Mak Hann beli kereta baru ke? "

Jelas hatinya Aisyah wajahnya mula termenung melihat kereta Volkswagen tersebut.

Biasanya hanni cuma menaiki bas sahaja ketika pulang kenapa sekarang ini rakannya boleh naik kereta pulak ni aisyah yang berasa aneh mula fikir kearah lain.

Sahabat baiknya ada sembunyikan sesuatu ke yang dia tak tahu ?

" Syah, eh asal yang engkau ni berdiri tercengat dekat sini weh mana nini aku ? "

Tanya Kyle yang baru sahaja keluar daripada kelas namun hampa apabila dia melihat Aisyah seakan termenung.

Tangannya mula menolak bahu aisyah yang berlapik dengan baju.

" Ha ? "
Jawab aisyah dengan blur matanya mula melihat kearah kyle yang baru sampai disisinya.

" Nini aku mana ? Kenapa dia lari dia dah balik ke laju siak lari mana dia "
Bertalu talu soalan yang dilempar oleh Kyle kepada Aisyah

" Oh, hann dah balik dah tu kereta hitam tu yang ambik dia "
Kepala kyle menoleh kearah hadapan yang ditunjukkan jari oleh Aisyah

Disaat hanni sampai dirumah dia mula menaiki anak tangga mamanya mula menegur satu-satunya anak perempuannya itu.

" Hanni sayang macam mana hari ini okay ke study? pensyarah okay tak "

Tanya Puan Aisya itulah hariannya selalu mengambil berat akan anaknya.

" Okay ja mama cuma hanni penat sikit je harini " bohong hanni kepada ibunya.

Hanni yang mendengar perkataan pensyarah mula mengeluh kecil apabila disebut oleh mamanya.

" Kesian anak mama letih ya dah pergila sayang naik atas mandi,solat dan rehat jangan risau mama tak kacau anak mama ni nak tido mama faham hanni penat "

Jelas puan aisya lagi.

" Baik, mama nini naik atas dulu "

Jawab Hanni dengan perlahan tenaganya mula semakin lemah apabila menahan mengantuk.

Terkedu seketika puan aisya apabila mendengar perkataan yang disebut oleh anak gadisnya.

" Nini? "

Puan Aisya mula melihat anaknya yang menaiki tangga kepalanya memandang pemergian hanni dengan lirik matanya.

Otaknya teringat akan arwah suaminya selalu memanggil gadis itu dengan sebutan panggilan manja nini.

" mama harap kamu dapat reda sayang "

HAYDEN LITTLE GIRL Where stories live. Discover now