Chapter 31

2.8K 100 12
                                        

Tangan sudah mengigil kesejukan.Mata-mata yang memandang kearah dia hiraukan sekarang hanya satu sahaja niatnya mahu naik ke dalam biliknya.Cukup tadi dia sudah bertukar pakaian kotor ini pula dia harus tukar lagi.

"Hey,perempuan kau nak pergi mana ni ha ? " Soal makcik yang dia temui tadi.

"Makcik saya nak masuk bilik ni."

"Makcik kau panggil aku ! Aku ni Datin tahu tak ! "

Hati Hanni Dalisya rasa makin gelisah.Kenapa hari ini dia rasa hari malang buat dia ? Yang kau pun satu mulut tak reti nak jaga ke nak panggil orang mak cik sesuka hati.

Tidak cukup kah dia kena layan pergaduhan sebentar tadi.Dan sekarang dia perlu hadapi masalah baru pula.Bawah bibirnya mula terasa sejuk digigit perlahan.Lantas,dia juga memohon maaf tidak mahu keruhkan keadaan.Penat sebenarnya mahu bergaduh dengan orang.

"Saya mintak maaf puan eh datin saya mintak diri dulu."

"Eh,Kau sini aku tak habis cakap lagi ni ! "

"Datin nak apa ni ? " Soal aku dengan malas.Mata perempuan yang agak berusia itu aku pandang.

"Aku nak apa ? Aku nak kau pergi ambik air tea panas dekat dapur untuk aku kau bibik kan dekat sini.Aku nak sekarang jugak ni aku dahaga."

Kakiku melangkah laju ke arah dapur niat di hati hanya mahu mengambil air untuk ibu willians itu sahaja Hanni Dalisya hanya mampu menahan kesejukan di tubuhnya.Sesudah air itu sudah diambil dia mula menampakkan kearah depan dan menghulurkan air tersebut kearah ibu willians.Namun belum sempat wanita berusia itu pegang dengan kuat cawan tersebut jatuh ke bawah.

"Plakkk."

"Kau ni bodoh ke bibik tak reti nak buat kerja alert lah sikit ! "Pekik wanita berusia itu.Anak matanya melihat cawan yang pecah di atas lantai dengan marah.Aku yang gelabah mula mengutip sepihan kaca dengan berhati-hati.Tangannya mula menunjal kepala aku dengan kasar.

"S sa sorry sa saya mintak maaf."

Dia menarik baju aku dengan kasar dan.

"Pangggg."

Bunyi tamparan milik wanita berusia itu hinggap di pipi Hanni Dalisya.

"Kau tahu tak cawan tu mahal ! Nanti kalau abang ipar aku tahu habis kau kena pecat bodoh betul budak ni tak reti buat kerja suruh ambik air je itupun lembab.Dah lah kau buat baju aku kotor tadi ni cawan mahal macam ni siapa nak ganti bapak kau ke ! " Tengking Datin ibu kepada willians.

Kenapa datin ni suka main bapak bapak pulak.Haih tangannya memegang pipinya yang merasa panas dan berpijar sakit.Emosinya mula tidak stabil teringat ketika dia dilempang oleh ibu kandungnya.Hanni Dalisya cuba untuk menahan emosi.

"Tapi bukan saya yang buat jatuh.Saya dah bagi dekat Datin air elok elok je.Datin yang cuai tak pegang cawan itu."

"Kau nak salahkan aku pulak sekarang ni ? Ni lah anak muda sekarang suka putar belit cerita.Suka sangat menjawab cakap orang tua ! "

Hanni Dalisya mengeluh kecil.
Aku pulak yang salah sekarang ni.

"Apa bising-bising dekat sini." Celah Tengku Huzair selaku ayah tiriku.

"Eh Hanni ? Ya Allah kenapa kutip cawan ni ?" Soalnya Tangan tuanya menolong mengutip sepihan kaca tersebut.

"Da" belum sempat Hanni Dalisya bersuara.

"Shuh." Bisik Tengku Huzair dengan perlahan.Dia menyuruhi Hanni Dalisya diam kerana mahu tengok sikap adik iparnya bagaimana.

"Abang zair tengok ni bibik you tak guna betul you tahu tak bibik ni tadi dia kotorkan baju i then now dia pecahkan cawan ni.Malang betul budak ni siapa lah bapak dia ni tak reti ajar anak ke apa." Datin mengadu dekat Tengku Huzair.

HAYDEN LITTLE GIRL Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang