Prologue

644 32 0
                                    

              Pintu kereta aku hempas dengan kuat. Kepala disandarkan di stereng kereta ku. Mengimbau segala perkara bodoh yang aku pernah lakukan.  Dan hari ni aku dipecat dari pekerjaan yang selama ini aku idamkan. Sedangkan aku sudah berkhidmat selama lebih lima tahun. Hanya kerana satu kesilapan, aku langsung diberhentikan serta merta.

Kepala masih bersandar di stereng sambil wajah menghadap kearah sebuah briefcase berwarna coklat di kerusi bersebelahan dengan pemandu. Aku tenung benda alah tersebut lama-lama. Sedar apa yang aku tengah buat, memang menempah ajal. Tapi nak buat macamana? Dah ini memang tugas aku.

Hinggalah deringan telefon memecah sepi. Langsung aku mengangkat alat elektronik itu kemudian melihat kepada contact yang di simpan.

' Big Boss '

Lambat-lambat aku mengangkat panggilan tersebut lalu dicekup di telinga. Kepala masih dalam posisi yang sama. Suara garau kedengaran dari corong panggilan.

"08, engkau dimana? Engkau dah dapat benda tu?"

"Dah. Saya dah dapat benda tu."

"Good, sorok kan benda tu dimana dia orang tak boleh jumpa. Aku tahu kau bijak. Lepastu datang ke mansion aku. Ada yang aku nak bincang sedikit sebelum kau berambus dari muka aku."

Aku diam mendengar setiap bait yang dilontarkan. Lambat juga aku merespon dengan suara redup.

"Ya, saya faham tu."

Tut.

Panggilan ditamatkan. Aku menghela nafas berat. Lalu enjin kereta dihidupkan kemudian pacuan empat roda itu mula bergerak membelah jalan.

Selesai sahaja aku menyorok kan barang berharga itu, aku terus menutup pintu kereta. Nak berambus sebelum sesiapa nampak kelibat aku. Rambut yang bergaya wolfcut aku raup kasar. Aku sedar bahawa ini merupakan tugasan terakhir aku.

Aku dalam perjalanan menuju ke rumah bos ku. Hidden mansion menjadi taste orang kaya. Jadi aku kena melepasi hutan yang gelap dan suram untuk sampai kesana.

Jam menunjukkan pukul 2.35 pagi. Kelopak mata ini sudah lama aku tahan dari biar ia tertutup. Tambah lagi jalan yang aku lalui sekarang ini berlengkang-lengkuk. Juram pula tu disebelah aku.

Kepala terasa berdenyut saking mengantuknya aku. Tangan naik memicit dahi, telinga terasa berdesing sehingga tumpuan ku hilang.

Piinnnnnnnn....

Bunyi hon yang panjang beserta cahaya terang dari hadapan terus menyedarkan aku. Sebuah lori merempuh kereta yang aku bawa. Ditolak sehingga pacuan empat roda itu terjatuh di curam yang tinggi itu.

Okey, mari kita mulakan konflik yang tidak seberapa nak konflik nih. Byee

Adek  yang baik 😋😋

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now