‹ 29 ›

59 6 0
                                    

                                      "PURINSESU?"

Terus sunyi sepi apabila sebaris nama tersebut meluncur lancar dari bibir Kenshin. Dahliah nampak terkedu untuk beberapa saat sebelum bibir lambat-lambat mengoyak senyuman mesra, cuba menutupi kekekokan yang dia rasai. Pandangan kemudian dihalakan kepada Chen lalu minuman terebut diletakkan di atas meja mereka.

"Ni air kamu berdua." Balasnya sambil mata hanya memandang bawah, tiada kekuatan untuk mengangkat muka kerana ada sepasang mata galak memerhati.

"Terima kasih Dahliah."

Dahliah hanya senyum segaris sebelum mengangguk, masih belum mengalihkan tumpuannya kepada orang sebelah.

"Tiada masalah, kalau tiada apa-apa saya minta diri dulu." Baru sahaja kaki ingin bergerak meninggalkan mereka, pegun Dahliah sesaat apabila mendengar suara Kenshin yang tiba-tiba memecahkan keheningan.

"Aku minta maaf."

Automatik Dahliah menoleh kebelakang, memandang kepada Kenshin yang redup mengamit seraut wajah manis yang dia miliki. Ekspresi gadis itu jelas tertanya-tanya. Apabila dia ingin bersuara, Chen terus berdehem dan mencelah.

"Saya minta diri dulu ya Dahliah. Dan Ken, aku tunggu kau dalam kereta aku. Borak lah dulu dengan awek kau." Ada senyuman mengusik pada wajah tampan Chen sebelum beredar meninggalkan mereka.

Wajah putih Ken memerah untum seketika sebelum mengangguk perlahan. Pandangan mereka menghantar pemergian Chen sehingga jejaka tersebut lesap dari kornea mata. Setelah itu, baru mereka berdua kembali bersemuka.

Tiba-tiba tekak terasa perit untuk bersuara. Hilang segala karangan yang dia rangka kemas dalam fikiran apabila sudah bersua muka dengan gadis tersebut.

Dahliah pula jelas terkebil-kebil dengan situasi yang dia hadapi sekarang ini. Sekejap mata bundarnya melirik ke arah belakang, terasa bahangnya apabila merasakan ada seseorang galak memerhati dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Nuria?

Dahliah mengeluh seketika sebelum tumpuan penuh diberikan kepada Kenshin yang sedang duduk dihadapannya sekarang ini.

"Kenshin?"

"Boleh kau duduk sekejap, ada benda yang aku nak cakap dengan kau." Tanpa banyak ragam, Dahliah terus menghempaskan punggung pada kerusi yang bertentangan dengan lelaki tersebut. Matanya kadang kala menjeling ke arah samping sebelum kembali menatap Kenshin.

Kenshin hanya diam dan kaku di situ, mata mengamati seraut wajah comel Dahliah. Anak matanya juga turut terhala kepada benda yang sepertinya dari tadi mengganggu tumpuan gadis tersebut.

Apabila wajah ketat Nuria yang memenuhi kornea mata, terus dia mengeluh lemah.

"Jom, ikut aku. Tak sesuai berbual di sini. Ada 'nyamuk'." Sengaja perkataan nyamuk ditekan agar gadis itu mengerti apa yang dia cuba sampaikan.

Tanpa berlengah lama, terus punggungnya diangkat dari kerusi lalu berjalan menuju ke arah pintu keluar premis tersebut.

Tidak perlu menoleh untuk memastikan dia ikut, cukup mendengar bunyi tapak kaki yang mengikuti nya, yakin akan Dahliah bakal mendengar arahannya.

Apabila sudah sampai di luar bangunan, Kenshin memeluk tubuh sambil bertentangan mata dengan mata bundar Dahliah.

Ada banyak penjelasan yang dia harus dengar. Dan ada banyak benda yang harus dia luah.

Dahliah meletakkan tangannya di sisi. Tubuh tinggi lampai milik Kenshin membuatkannya terpaksa mendongak demi melihat jejaka Jepun tersebut.

"Ya?"

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now